wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Tristan menangis bila kakinya digigit semut api ketika bermain di halaman rumah.

a)

bila

b)

digigit

c)

ketika

d)

di

2.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Buku latihan Matematik itu ada kepada Cikgu Soh. Kamu boleh minta buku itu daripada beliau.

a)

ada

b)

kepada

c)

minta

d)

beliau

3.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Setengah pengunjung datang ke pameran kesihatan ialah murid sekolah.

a)

Setengah

b)

ke

c)

kesihatan

d)

ialah

4.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Lydia memayung seraya berjalan di tengah hujan.

a)

memayung

b)

seraya

c)

di

d)

tengah

5.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Pengantin lelaki itu lihatan segak ketika berbaju Melayu dan bersamping.

a)

lelaki

b)

lihatan

c)

berbaju

d)

bersamping

6.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Helaine menunjukkan koleksi gambar-gambar semasa dia belajar di luar negara.

a)

menunjukkan

b)

gambar-gambar

c)

belajar

d)

luar

7.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Pencemaran sungai ini berpunca dari sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai.

a)

berpunca

b)

dari

c)

membuang

d)

dalam

8.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Pak Cik Soh berkerja keras demi menyara keluarganya supaya hidup menjadi lebih senang.

a)

berkerja

b)

demi

c)

hidup

d)

senang

9.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Tugasan itu telah disiapkan oleh kami pada petang semalam. Usahlah kamu berasa bimbang.

a)

Tugasan

b)

disiapkan oleh

c)

Usahlah

d)

bimbang

10.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Tangan kanannya telah dibaham oleh buaya yang bengis di Sungai Kinabatangan.

a)

kanannya

b)

dibaham

c)

buaya

d)

bengis

11.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Kami sekeluarga telah pergi ke Restoran Ali untuk menikmati asam pedas ikan pari yang sedap.

a)

Kami

b)

Restoran Ali

c)

asam pedas

d)

ikan pari

12.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Kami telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah selama berapa hari.

a)

menjalankan

b)

gotong-royong

c)

selama

d)

berapa

13.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Christine mempunyai sebuah impian yang besar. Oleh itu, dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya.

a)

mempunyai

b)

sebuah

c)

besar

d)

mencapai

14.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Jin Hee mengambil masa selama dua setengah jam untuk menyiapkan lukisan itu.

a)

masa

b)

lukisan

c)

setengah

d)

menyiapkan

15.

Ayat di bawah terdapat satu kesalahan. Cari kesalahan tersebut.

Oleh kerana kepalanya sakit, dia terpaksa berbaring di atas katil supaya berasa lebih selesa.

a)

kerana

b)

sakit

c)

terpaksa

d)

selesa