WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN SUBTAJUK 1.1 : SKALA / 1.2 : JARAK
Total questions: 9
Worksheet time: 5mins
Pilih pernyataan yang betul tentang skala?
A. Digunakan untuk mengira jarak sebenar di atas peta
B. Digunakan untuk mengira jarak berdasarkan kos perjalanan
C. Digunakan untuk mengira jarak berdasarkan masa perjalanan
D. Digunakan untuk mengira jarak sebenar di atas permukaan bumi
---- 1 CM MEWAKILI 4 KM ----
Pernyataan di atas merujuk kepada jenis skala?
skala lurus
skala penyata
pecahan wakilan
---- 1 : 200 000 ---
Pernyataan di atas merujuk kepada jenis skala ?
skala lurus
skala penyata
pecahan wakilan
Jarak mutlak ditulis dalam unit?
I meter
II ringgit
III jam
IV kilometer
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Kawasan berlorek dalam rajah di bawah dapat dikaitkan dengan
A. jarak mutlak
B. jarak relatif
C. skala lurus
D. kedudukan relatif
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan jarak relatif?
I Masa yang diambil untuk ke Kuala Lumpur dari Temerloh ialah dua jam
II Jarak dari rumah Amirul ke rumah Mahanthi ialah 18 km
III Rumah Daniel terletak 500 m dari rumah Balan
IV Tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru ialah RM30.00
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Berdasarkan pernyataan di bawah, sila pilih jenis jarak yang betul.
Puan Haniza membayar tambang bas sebanyak RM42.00 untuk ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru.
Jarak mutlak
jarak relatif
Berdasarkan pernyataan di bawah, sila pilih jenis jarak yang betul.
Bukit Mahkota Cheras terletak 13.2 km dari Pekan Semenyih
Jarak mutlak
jarak relatif
Berdasarkan pernyataan di bawah, sila pilih jenis jarak yang betul.
Menara Taming Sari terletak 250 meter dari Kota A Famosa
Jarak mutlak
jarak relatif
