Font size
WorksheetsKUIZ UJI MINDA 5D
Total questions: 45
Worksheet time: 23mins
Antara yang berikut, proses manakah terlibat dalam membentuk batuan metamorfosis?
Haba tinggi dan tindak balas kimia
Regangan dan mampatan
Tekanan tinggi dan haba tinggi
Regangan dan tindak balas kimia
Antara jenis batuan berikut, yang manakah digunakan untuk pembinaan jalan raya dan bangunan?
Batu pasir
Granit
Tanah liat
Batu kapur
Proses manakah yang menyebabkan pertembungan plat-plat tektonik?
Luluhawa
Gerakan jisim
Hakisan
Arus perolakan
Sebahagian besar Batu Caves di Kuala Lumpur terdiri daripada
batu igneus
batu pasir
batu rigolit
batu kapur
Struktur bumi terdapat beberapa lapisan. Di lapisan manakah terletaknya SIMA dan SIAL?
Mantel
Teras luar
Kerak bumi
Teras dalam
Apakah proses luluhawa yang berkesan di kawasan batu kapur?
Larutan
Hidrolisis
Pengoksidaan
Pengkarbonan
Bagaimankah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya proses pergerakan jisim?
Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau
Pembinaan pelabuhan perikanan di pinggir laut
Pembinaan petempatan di kawasan cerun bukit
Pembajakan tanah untuk penanaman padi di kawasan delta
Kejadian gempa bumi yang kuat di dasar laut boleh menyebabkan berlakunya
taufan
el-nino
jerebu
tsunami
Apakah pandang darat yang terhasil daripada luluhawa jenis pengkarbonan?
Air terjun
Padang pasir
Gerbang laut
Gua batu kapur
Bagaimanakah proses gerakan jisim dapat dikurangkan?
Menjalankan aktiviti pertanian di cerun
Membina benteng pemecah ombak
Menanam pokok di pinggir pantai
Membina teres di lereng bukit
Apakah faktor fizikal yang menyebabkan aliran lumpur berlaku?
Cerun landai
Pembinaan petempatan
Hujan yang lebat
Pertanian di lereng bukit
Manakah batuan dalam senarai di bawah tergolong dalam kumpulan batuan metamorfosis?
Marmar
Batu arang
Batu granit
Batu permata
Bagaimanakah bahan yang halus dan ringan diangkut oleh aliran sungai?
Larutan
Seretan
Ampaian
Golekan
Luluh hawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun kerana
Kekurangan tumbuhan di kawasan gurun
Proses beku cair berlaku pada batuan
Perubahan suhu yang ekstrem
Rekahan pada batuan
Aktiviti penambakan laut menyebabkan
zon penampan musnah
hakisan pantai berkurang
kemasinan air laut meningkat
rantaian makanan tidak terjejas
Situasi manakah menunjukkan kesan taburan penduduk jarang?
Guna tenaga bertambah
Persaingan guna tanah tinggi
Kawasan setinggan meningkat
Pasaran barangan domestik kurang
Kirakan kadar pertumbuhan semula jadi penduduk di Negara P sekiranya peratus kadar kelahiran ialah 2.3%, peratus kadar kematian ialah 0.6% dan peratus kadar migrasi bersih ialah 0.2%.
2.9%
1.9%
1.7%
1.5%
Apakah faktor yang menyumbang kepada pembentukan piramid terganggu?
Berlakunya sebaran penyakit berjangkit
Berlakunya peralihan politik yang positif
Berlakunya peningkatan tahap kesihatan penduduk
Berlakunya peningkatan tahap pendidikan penduduk
Apakah faktor tarikan yang mempengaruhi migrasi antarabangsa?
Bencana alam
Kadar upah tinggi
Kurang peluang pekerjaan
Keadaan politik yang tidak stabil
Proses urbanisasi akan berlaku apabila
Perubahan tempat tinggal penduduk
Perkembangan kedudukan bandar
Pertambahan kesesakan di bandar
Perubahan cara hidup moden
Apakah kesan yang berlaku akibat proses urbanisasi terhadap alam sekitar?
Pencemaran air
Kesesakan lalu lintas
Taraf hidup meningkat
Kawasan hijau bertambah
Contoh pandang darat budaya dalam peta adalah
Jalan raya, sekolah, ladang getah
Ladang getah, padi sawah, hutan
sungai, tasik, hutan
Gambar berikut menunjukkan kejadian
Banjir
Gunung berapi
Gempa bumi
Banjir kilat
Gambar di atas menunjukkan pergerakan jisim secara.....
Tanah runtuh
Kesotan tanih
Aliran lumpur
Apakah langkah pengurangan risiko gerakan jisim berdasarkan foto berikut?
Membina sistem perparitan
Penyimenan cerun bukit
Pembinaan gabion
Teres bukit
Antara berikut, kaedah manakah yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko kejadian dalam foto berikut
Membina groin
Memakai sungkupan plastik
Membina gabion
Melebarkan jalan raya
Menanam tanaman tutup bumi
Pertambahan penduduk sesebuah negara dipengaruhi oleh faktor
Emigrasi
Kadar kematian
kadar kelahiran
kepadatan penduduk
Kawasan penduduk padat adalah di kawasan
pertanian
perikanan
pembalakan
perindustrian
Kejadian Pulau Haba dapat dikaitkan dengan
Kegiatan Pembalakan
Pembinaan kolam dan takungan air
Bangunan Konkrit
Penanaman kelapa Sawit
Nyatakan jenis ombak.
Pembina
Apungan
Pembinasa
Tenaga ombak
Gua,gerbang laut,batu tunggul dan......
Gloup
Teluk dan tanjung
Tunggul sisa
Rajah di atas ialah
Geo
Tombolo
Beting pasir
Antara ciri ombak pembina ialah
Dambaran ombak ke pinggir pantai yang kuat
Basuhan balik yang kuat
Bentuk muka bumi hakisan
Apakah bentuk muka bumi yang terhasil daripada tindakan ombak berterusan seperti dalam rajah di atas?
Gloup dan geo
Pantai dan teluk
Tanjung dan teluk
Gua dan gerbang laut
Gambar berikut merupakan bentuk muka bumi pinggir laut iaitu....
batu tunggul
batu sisa
gerbang laut
tanjung
Apakah bentuk muka bumi berdasarkan foto di atas?
Air terjun
Jeram
Likuan sungai
Tetambak
Bentuk muka bumi seperti foto di atas boleh didapati di peringkat
hulu
tengah
tua
hilir
Apakah bentuk muka bumi dalam Foto tersebut?
Dataran banjir
Likuan sungai
Lurah bentuk V
Lurah bentuk U
Apakah nama bentuk muka bumi dalam gambar rajah di atas?
tombolo
beting pasir
tetanjung
lagun
Foto ini menunjukkan satu usaha pemuliharaan pinggir pantai iaitu ..................
penguatkuasaan undang undang alam sekitar
pendidikan akam sekitar
penanaman pokok bakau
kitar semula
Apakah kesan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai kepada alam sekitar?
Mewujudkan petempatan
Memberi peluang pekerjaan
Memajukan ekopelancongan
Habitat flora dan fauna musnah
Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan tentang usaha pemeliharaan laut di Malaysia?
Membina tukun tiruan di Laut China Selatan
Mewartakan Pulau Tioman sebagai taman laut
Membersihkan kawasan tumpahan minyak di Selat Melaka
Menggalakkan aktiviti akuakultur di pinggir pantai negeri Perak
Apakah kepentingan bentuk muka bumi dalam foto di atas?
Pertanian hawa sederhana
Perikanan ikan air tawar
Pelancongan
Jana kuasa hidroelektrik
Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang sesuai untuk dijadikan sebagai
tapak kilang
kawasan pertanian
tapak pelabuhan
jalan raya
Antara berikut, pulau manakah yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia?
Pulau Pangkor
Pulau Tioman
Pulau Perhentian
Pulau Kapas
