Font size
WorksheetsREKA BENTUK MEKATRONIK (1.1.2 ~ 1.1.3)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis elemen mekatronik.
"Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus (AT) atau arus ulang-alik (AU) sebagai sumber bekalan kuasa"
Apakah elemen mekatronik tersebut?
Sistem elektrik
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis elemen mekatronik.
"Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar"
Apakah elemen mekatronik tersebut?
Sistem elektrik
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis elemen mekatronik.
"Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem"
Apakah elemen mekatronik tersebut?
Sistem elektrik
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis elemen mekatronik.
"Satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna"
Apakah elemen mekatronik tersebut?
Sistem elektrik
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Apakah tujuan sistem elektrik digabungkan dengan sistem lain dalam elemen mekatronik?
Mengawal atur tindakan
Menjalankan operasi sistem
Memindahkan sumber gerakan
Membekalkan arus elektrik sebagai bekalan kuasa
Apakah sistem yang menggunakan komponen di atas?
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Sistem mekanikal
Sistem elektronik
Sistem elektrik
Rajah menunjukkan bahagian dalam sistem elektronik. Yang manakah merupakan pernyataan yang tepat bagi sistem elektronik di atas?
Mengawal atur tindakan
Membekalkan arus elektrik
Berfungsi secara berputar atau bergerak
Susunan dan sambungan fizikal komponen
Yang berikut merupakan fungsi bagi suatu sistem kawalan kecuali...
Mengarah
Mengurus
Menggerak
Mengawal atur
Nyatakan dua contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kod berbentuk teks?
Java
mBlock
Phyton
C++
Yang manakah di antara berikut menunjukkan sejenis produk mekatronik.
Nyatakan fungsi sistem kawalan
Menjalankan operasi sistem
Mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik
Bergerak atau berputar apabila menerima arahan
Apakah pengaturcaraan ?
Senarai elemen asas kejuruteraan yang terdapat dalam mekatronik
Ia berbeza denga sistem kawalan
Merupakan proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai set pengaturcaraan sintaks dan semantik. Apakah fungsi pengaturcaraan sintaks dan simantik?
Menetapkan cara menulis arahan untuk mikropengawal
Membolehkan pengguna membaca dalam bahasa mereka sendiri
Memastikan pengaturcaraan berfungsi secara automatik
Fungsi gear dalam kereta kawalan jauh ialah_________
Mengurang dan meningkatkan halaju dan menambah daya kilas
Menukar isyarat input kepada output
Mengawal arah putaran motor AT
Apakah elemen elektronik dalam kereta kawalan jauh ?
Bateri nikel kadmium
Papan litar mikro pengawal
Modul geganti
Apakah fungsi sistem elektrik pada pintu gelangsar automatik ?
Mengesan sebarang gerakan manusia mendekati pintu
Membekalkan tenaga elektrik kepada sistem
Membuka dan menutup pintu
Apakah fungsi elemen elektronik pada pintu gelangsar automatik ?
Membekalkan tenaga elektrik daripada punca solar
Menaik atau menurunkan voltan bekalan arus ulang alik
Memproses isyarat input dari penderia gerakan dan menghantar isyarat output kepada pemacu motor.
Sistem mekatronik terdapat dalam peralatan berikut kecuali ______
Mesin basuh semi auto
Dron
Kipas elektrik dengan sistem kawalan jauh
Adakah dron menggunakan sistem mekatronik ?
Ya
Tidak
Apakah fungsi sistem elektronik pada mesin basuh automatik ?
Menghasilkan putaran pada dram ketika mencuci pakaian
Menggabungkan fungsi takal, tali sawat da galas bebola
Memberi arahan seperti ON/OFF, START DAN PAUSE
