WorksheetsSejarah Malaysia(Gerakan Nasionalisme)
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Berdasarkan nota diberi, apakah maksud nasionalisme?
Apakah faktor yang mempengaruhi kemunculan semangat nasionalisme di Tanah Melayu?
Pengaruh agama islam
peranan bahasa dan kesusasteraan
pengaruh kewartawanan
sistem pendidikan
Siapakah tokoh yang telah memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu?
Haji Abbas bin Muhamad Taha
Syed Sheikh Ahmad al Hadi
Syeikh Muhamad Tahir bin Jalaluddin
Syeikh Muhammad Abduh
Apakah yang diperjuangkan oleh Syed Syeikh Ahmad al Hadi dalam novelnya Hikayat Faridah Hanum?
kelemahan pemimpin Melayu tradisional dan ketidakjujuran British dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu
imansipasi wanita dan pentingnya wanita diberi hak dan kebebasan yang sama dengan lelaki terutamanya dalam pendidikan
Apokah tujuan penerbitan majalah al Imam?
mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan
mengemukakan hal ehwal politik orang Melayu untuk membangkitkan kesedaran serta mendesak orang Melayu supaya bergiat cergas dalam bidang politik di Tanah Melayu
Siapakah tokoh yang mendapat pendidikan Melayu?
Ibrahim Haji Yaakob
Mohammad Eunos Abdullah
Harun Aminurrashid
Abdul Hadi Hassan.
Apakah tujuan penubuhan Kesatuan Melayu Singapura?
menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan
menggalakkan orang Melayu supaya lebih berminat dengan hal yang berkaitan hak dan kebebasan mereka, serta berusaha memajukan orang Melayu dalam bidang politik dan pendidikan
menjaga dan mengawal kepentingan serta adat istiadat orang Melayu, serta meminta supaya hak ketuanan orang Melayu dalam segala bidang dipertingkatkan
Apakah tujuan penubuhan Belia Malaya 1930?
memperjuangkan kemajuan pendidikan bagi orang Melayu, meminta dan menyeru kerajaan British supaya member jawatan pentadbiran tertinggi kepada orang Melayu
menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
memajukan dan meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu dan menentang penjajahan British
Apakah pengaruh luar yang turut mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
Pengaruh perkembangan di Timur Tengah
Perang Rusia-Jepun (1904 – 1905)
Perkembangan politik di Indonesia
Apakah kesan kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun?
Kejayaan Jepun telah mengalihkan kepercayaan bahawa kuasa Barat bukannya tidak boleh dikalahkan oleh negara Asia
Kejayaan Jepun juga telah membuktikan bahawa sesebuah negara Asia boleh menjadi kuat melalui perkembangan pendidikan dan teknologi moden.
Kemenangan Jepun terhadap Rusia juga telah memberi ilham dan semangat baru kepada golongan nasionalis di Tanah Melayu untuk mencabar British di Tanah Melayu.
