WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Moral berasal daripada perkataan Latin 'mores' yang membawa maksud...
Tingkah laku baik, betul dan diterima
Tingkah laku cermat dan berhati-hati
Tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat
Tingkah laku mengikut peraturan dan perasaan
"Tingkah laku yang sesuai dibuat dan diterima oleh masyarakat."
Pernyataan berikut merupakan definisi bagi perlakuan...
Benar
Baik
Bijak
Patut
Gambar menunjukkan contoh tingkah laku bermoral. Namakan tingkah laku tersebut.
Memuliakan ibu bapa
Menghormati guru
Menziarahi jiran
Membantu rakan
Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan bertingkah laku baik, benar dan patut dengan tepat.
i) Hubungan dengan orang lain akan menjadi mesra.
ii) Dipercayai dan diyakini oleh orang lain.
iii) Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.
iv) Dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
i dan ii
i,ii dan iii
i dan iii
i,iii Dan iv
Tingkah laku benar berasaskan __________ dan diterima oleh masyarakat.
Cakap-cakap
Khabar angin
Fakta
Uanggapan
Ranjeet Singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ___________.
Benar
Baik
Sesuai
Patut
Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang __________.
Sahih
Baik
Benar
Luhur
Seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa _________ dalam kehidupan.
Sedih
Ragu-ragu
Gelisah
Tenang
Murid yang bertingkah laku baik akan _______ oleh orang lain.
Ditakuti
Disenangi
Dilindungi
Dipulaukan
Pilih tingkah laku bermoral.
Berebut ketika menaiki bas.
Berbuat baik untuk dipuji.
Makan dengan gelojoh.
Bercakap dengan sopan.
