WorksheetsBAB 1 - 1.1PENGENALPASTIAN MASALAH (2C/2D)
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Maksud masalah bukan inventif ialah
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan
Maksud masalah inventif ialah
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan
Contoh masalah inventif ialah
Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat.
Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan
Contoh masalah bukan inventif ialah
Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat.
Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan
Proses di atas merujuk
Masalah inventif
masalah bukan inventif
Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan. Situasi ini adalah contoh penyelesaian .........................
Masalah inventif
Kaedah pemisahan masa
Kaedah pemisahan ruang
Masalah bukan inventif
Pernyataan yang manakah merupakan masalah bukan inventif?
Setelah Aimie menambah perisa makanan, mi goreng tersebut menjadi masin
Fadlee mudah membawa barang-barang yang dibeli di pasar setelah memasang bakul di motorsikalnya
Hadhari telah menukar tapak kasut bola dengan tapak kasut biasa dan menyebabkan kasutnya menjadi berat
Encik Willsteroy telah menukarkan enjin keretanya kepada enjin turbo untuk meningkatkan kuasa enjin tetapi mengakibatkan keretanya mudah hilang kawalan serta membazirkan bahan api
Masalah inventif ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila
masalah dibiarkan sahaja
usaha penambahbaikan berlaku
masalah berlarutan
usaha gagal
'Pendingin hawa dipasang di rumah untuk menyejukkan persekitaran tetapi menyebabkan penggunaan bil elektrik yang tinggi'.
Masalah inventif
Masalah bukan inventif
Aminah, Nadia, Jamila berkongsi payung yang kecil pada hari hujan dan menyebabkan baju mereka basah. Oleh itu Nadia menukarkan payung yang lebih besar, namun masalah baru timbul iaitu payung tersebut lebih berat dan menyebabkan tangan menjadi lenguh apabila memegangnya.
Nyatakan jenis masalah di atas
Masalah inventif
Masalah bukan inventif
Rajah menunjukkan carta alir proses penyelesaian masalah bukan inventif. Apakah langkah yang ketiga?
melaksanakan pilihan
membuat pilihan
menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
mengenal pasti masalah
Apakah proses kerja kedua dalam aliran kerja penyelesaian masalah bukan inventif?
Mengenal pasti masalah
Membuat pilihan
Melaksanakan pilihan
Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
Terdapat …………….. fasa dalam penyelesaian masalah inventif
satu
dua
tiga
empat
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN fasa dalam penyelesaian masalah inventif?
Analisis
Model masalah
Kaedah penyelesaian
Pemerhatian masalah
