Font size
WorksheetsBAB 1 PN T5
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?
Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi
Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi
"Lewat datang kerja sebanyak dua kali tanpa kebenaran penyelia". Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?
Dipecat kerja
Amaran bertulis
Ditahan kenaikan gaji
Tiada kenaikan pangkat
Organisasi manakah sesuai untuk mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?
Kilang perabot
Universiti swasta
Pengeluar kereta
Kilang penapis minyak
Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?
Kos operasi tinggi
Mempunyai banyak cawangan
Bilangan pekerja yang ramai
Menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan
Syarikat Faraha akan memberikan pakej percutian kepada pekerja yang mencapai target jualan pada bulan Januari 2021. Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut.
Prestasi pasukan
Latihan peningkatan kemahiran
Pemantapan budaya profesional
Pemberian insentif yang munasabah
Antara berikut, yang manakah merupakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan?
Pemberhentian pekerja
Struktur organisasi
Pengalaman
Gaji
Apakah fungsi struktur organisasi dalam sesebuah perniagaan?
Penjelasan tanggungjawab seseorang pekerja
Pemberian insentif kepada seseorang pekerja
Penawaran kontrak kepada seseorang pekerja
Penilaian ganjaran kepada seseorang pekerja
Apakah struktur organisasi yang sesuai untuk syarikat yang mempunyai jumlah kakitangan yang ramai di bu pejabat dan memerlukan penyelarasan di setiap cawangannya?
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan wilayah
Struktur organisasi berdasarkan pelanggan
Mengapakah ganjaran sangat penting kepada seseorang pekerja?
Melatih pekerja secara individu
Membangunkan prestasi pasukan
Meningkatkan motivasi pekerja
Melindungi pekerja daripada risiko
Bagaimanakah sesebuah organisasi perniagaan boleh menarik pekerja baharu untuk berkhidmat di syarikatnya?
Persekitaran kerja yang kondusif
Sistem pengangkutan yang cekap
Sistem penggajian yang kompetitif
Penggunaan teknologi maklumat dalam syarikat
" Encik Henry telah meluluskan tender yang dimohon oleh rakannya dengan syarat dia diberi sedikit bayaran"
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Henry?
Tidak beretika
Pecah amanah
Salah guna aset syarikat
Rasuah
Pernyataan berikut berkaitan pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan.
" Puan Siti diberi kemudahan mesin jahit serta ruang kerja bagi menjalankan tugasnya sebagai Tukang jahit"
Apakah aspek pengelolaan tersebut?
Standard Prosedur Operasi Tugas
Penempatan pekerja dan fasiliti
Penyelesaian Masalah
Struktur Organisasi
Antara berikut, manakah kaedah yang boleh dilakukan oleh pengurus sumber manusia bagi menggalakkan kreativiti dan inovasi pekerja?
Menyediakan sumber pembiayaan pendidikan
Memberi penghargaan kepada pekerja yang kreatif dan inovatif
Mengurangkan masa bekerja pekerja
Menggalakkan pekerja menambah pengetahuan dan kemahiran
Apakah kelebihan sekiranya seseorang pekerja mempunyai pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan?
Boleh memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan berkesan
Meningkatkan imej syarikat
Memperoleh tangga gaji yang lebih tinggi
Mempercepatkan proses pengeluaran produk
Pernyataan berikut berkaitan struktur organisasi dalam sesebuah perniagaan.
"Perniagaan ABC Sdn Bhd ingin meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia. Beberapa cawangan baru akan dibuka di setiap Negeri"
Bagi memudahkan urusan pemantauan, apakah struktur organisasi yang paling sesuai bagi Syarikat ABC Sdn Bhd?
Berdasarkan Fungsi
Berdasarkan Produk
Berdasarkan Pelanggan
Berdasarkan Wilayah
