NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF PT3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Walaupun gagal mengikuti kursus yang diminatinya, Ruhil tetap ____________ kerana berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.
cekal
tabah
selesa
gembira
Ibu bapa Yahaira __________ apabila nama anak mereka diumumkan sebagai Tokoh Kokurikulum 2020 pada peringkat sekolah.
rindu
segan
hairan
bangga
Jika kita __________, peluang untuk kita menyelamatkan diri apabila lemas adalah sangat tipis.
ngeri
gayat
gerun
cemas
Meskipun sedih, lelaki itu menerima berita kematian ibunya dengan ____________.
tenang
berani
sopan
lega
Isi buah manggis berwarna putih manakala kulitnya berwarna ___________ kehitaman.
ungu
hijau
hitam
kuning
Sudu yang digunakan oleh abang untuk membuka penutup tin susu tepung itu ___________ kerana penutupnya terlalu kuat.
leper
lurus
kempis
bengkok
Kuih keria yang dibuat daripada ubi keledek __________ itu telah menghasilkan warna keemasan.
oren
hijau
putih
ungu
Ayah membeli dua kilogram gula _________ untuk membuat kuih onde-onde yang akan dijual di bazar Ramadan.
putih
hitam
coklat
merah
Budak-budak itu ditegur oleh Pak Cik Jali kerana masih bermain di padang walaupun hari sudah _________ petang.
awal
lewat
suntuk
lambat
Walaupun sudah bergelar jutawan, Dato' Aziz tidak pernah lupa akan masa _________nya yang susah dan miskin.
awal
lewat
suntuk
lampau
Permukaan tasik itu kelihatan __________ apabila dilitupi oleh daun-daun pokok teratai yang subur.
oren
hijau
hitam
merah
Warna bendera negeri Pahang dengan negeri Perak hampir sama tetapi bendera negeri Pahang tidak mempunyai warna ____________.
putih
hitam
merah
kuning
Belon gas helium semakin ___________ kerana terdapat kebocoran kecil pada belon tersebut.
lurus
bundar
kempis
bengkok
Zainab berasa _________ kerana keputusan peperiksaan PT3 akan diumumkan esok.
buntu
seram
bengang
gementar
Jangan mengambil masa yang terlalu __________ untuk menjawab soalan pada bahagian ulasan.
lama
lewat
lambat
lampau
Kami _________ menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila ternampak asap berkepul-kepul di dalam rumah itu.
awal
cepat
segera
baharu
Penculik itu tidak mengambil masa yang _________ untuk membawa lari kanak-kanak itu.
lama
lewat
suntuk
lambat
Surat hitam __________ berkenaan dengan perjanjian pembelian rumah itu akan kami tandatangani minggu depan.
putih
merah
kelabu
kuning
Muka gadis itu _________ sirih sementara matanya pula agak sepet.
bulat
leper
bujur
cengkung
Tempoh masa pertandingan yang masih ___________ itu membolehkan para peserta mencari idea yang lebih kreatif.
tinggi
suntuk
singkat
panjang
