wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Bahan sisa boleh dibahagikan kepada berapa jenis?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

2.

Manakah antara bahan berikut yang tidak boleh dibuang di dalam singki?

a)

air garam

b)

asid hidroklorik pH3

c)

air suling

d)

glukosa

3.

Manakah antara berikut BUKAN bahan sisa biologi?

a)

medium kultur

b)

tisu bangkai

c)

minyak

d)

sarung tangan

4.

Manakah antara berikut adalah bahan sisa biologi kategori C?

a)

picagari

b)

sarung tangan

c)

bangkai

d)

darah

5.

Bagaimanakah sisa biologi seperti darah perlu dilupuskan?

a)

Dimasukkan ke dalam bekas khas

b)

Dibuang ke dalam tong sampah

c)

Dinyahkontaminasikan secara autoklaf

d)

Dibalut di dalam tisu dan disejukbekukan

6.

Apakah nilai pH bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?

a)

7 sahaja

b)

Kurang daripada 5

c)

Lebih daripada 9

d)

Antara 5 hingga 9

7.

Apakah jenis bahan sisa biologi di mana pengurusan sisanya perlu dibalut dalam bahan penyerap (kertas tisu), dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku sebelum dilupuskan?

a)

Peralatan tajam

b)

Pepejal tidak tajam

c)

Bangkai, organ

d)

Cecair

8.

Antara bahan berikut, yang manakah sekiranya tertumpah di dalam makmal sains memerlukan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan seterusnya?

a)

Gris

b)

Merkuri

c)

Petrol

d)

Iodin

9.

Pilih contoh bahan yang boleh dibuang kedalam singki.

a)

sebatian pelarut organik

b)

bahan toksik

c)

logam berat

d)

pewarna makanan

10.

Berapakah kategori bahan sisa biologi?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

11.

Sekiranya termometer yang anda gunakan dalam eksperimen pecah dan mengakibatkan tumpahan merkuri, apakah langkah pertama yang harus diambil?

a)

hubungi Jabatan Bomba

b)

segera memberitahu guru dan pembantu makmal

c)

jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

d)

tabur serbuk sulfur untuk menutup tumpahan

12.

Manakah antara berikut merupakan langkah yang betul apabila bahan kimia tertumpah ke atas meja?

1. jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

2. buang dengan selamat

3. kaut tumpahan bahan kimia

4. segera memberitahu guru atau pembantu makmal

5. sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

a)

1, 5, 3, 2, 4

b)

4, 1, 5, 3, 2

c)

1, 4, 5, 3, 2

d)

4, 5, 3, 1, 2

13.

Antara bahan berikut, yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri?

a)

Pasir

b)

Air

c)

Garam

d)

Serbuk sulfur

14.

Maklumat yang berikut menunjukkan satu kaedah pengurusan sisa biologi di dalam makmal.

Bungkus dan masukan ke dalam beg plastik biobahaya

Diautoklaf dan dimasukan ke dalam tong biobahaya

Anatara berikut, yang manakah perlu diproses melalui kaedah ini setelah menggunakannya?

a)

Bilah skalpel

b)

Darah

c)

Haiwan makmal

d)

Sarung tangan

15.

Apakah yang perlu dibuat untuk menguruskan tumpahan merkuri dari termometer yang pecah?

a)

Lap dengan kain bersih

b)

Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan itu

c)

Jadikan kawasan tumpahan itu kawasan terbuka

d)

Gunakan air untuk menyingkirkan tumpahan merkuri

16.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah adalah Kategori D di bawah Prosedur Operasi Standard (POS) bagi pelupusan sisa biologi?

a)

Haiwan ujian makmal

b)

Darah

c)

Picagari

d)

Sarung tangan

17.

Nyatakan kategori bagi sisa biologi diatas

a)

Kategori A

b)

Kategori B

c)

Kategori C

d)

Kategori D