NEW
Font size
WorksheetsPengenalan kepada Kimia
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Antara berikut yang manakah adalah definisi kimia?
Kajian tentang semua galian semula jadi
Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan bahan kimia
Kajian tentang komposisi, sifat dan perubahan dalam jirim
Kajian tentang penukaran bahan kimia tertentu kepada bahan kimia lain
Antara bidang kajian berikut, yang manakah tidak memerlukan pengetahuan kimia?
Perikanan
Geologi
Farmasi
Pertanian
Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan kesan suhu ke atas keterlarutan garam dalam air. Apakah pembolehubah yang bergerak balas dalam eksperimen ini?
Suhu air
Isi padu air
Saiz garam
Jisim garam yang dilarutkan
Antara yang berikut, yang manakah tidak patut dilakukan semasa menjalankan satu penyiasatan saintifik supaya mendapat keputusan yang lebih memuaskan?
Mengubah jenis radas yang digunakan
Mengubah bahan yang digunakan
Mengubah kaedah yang dirancangkan
Mengubah keputusan yang direkodkan
Antara yang berikut, yang manakah adalah tujuan penulisan laporan selepas satu penyiasatan saintifik?
I Mendokumenkan kegagalan
II Berkomunikasi dengan ahli sains yang lain
III Membuat kesimpulan dan menamatkan kajian selanjutnya dalam topik yang sama
IV Menggalakkan perbincangan dengan penyelidik lain
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara sikap-sikap berikut, yang manakah patut diamalkan semasa menjalankan penyelidikan saintifik?
Sistematik
Tamak
Berat sebelah
Mementingkan diri sendiri
Maklumat berikut menunjukan empat langkah yang penting dalam kaedah saintifik.
I) Merancang eksperimen
II) Mentafsir data
III) Mengenal pasti masalah
IV) Mengenal pasti pemboleh ubah
I,II, IV dan III
II, I, IV dan III
III, IV, I dan II
IV, III, II dan I
bagaimanakah mata perlu dirawat sekiranya percikan bahan kimia masuk ke dalamnya? Pilh tindakan yang betul.
Tutup mata selama 30 minit.
Letakkan kain lembap pada mata yang tertutup.
Bilas mata dengan air di stesen pencuci mata
Basuh mata di stesen pancuran kecemasan
Industri berasaskan bahan kimia manakah yang menghasilkan plastik?
Industri minyak kelapa sawit
Industri petroleum
Industri getah asli
Industri bahan kimia tak organik
Bahan kimia yang disimpan dalam minyak parafin
bahan reaktif seperti litium, natrium dan kalium
hidrokarbon dan pelarut organik
bahan yang senang terurai
logam berat dan bahan toksik
Bahan kimia yang mengakis (pH < 5 dan pH > 9 ) biasanya di simpan di dalam
minyak parafin
botol gelap
kabinet penyimpanan khas dan dikuncikan
bekas khas yang berlabel
Berikut merupakan simptom keracunan merkuri kecuali
sesak nafas
loya
batuk
selera makan meningkat
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan alat pelindung diri?
Menanggalkan bahan kimia dan kotoran dari tangan
Membersihkan badan dari tumpahan bahan kimia
Melindungi organ pernafasan dari wasap bahan kimia
Memadamkan kebakaran pada pakaian
Agar tepat dalam penyimpanan dan penggunaanya bahan -bahan kimia dalam botol atau kemasannya diberi label tertentu. Bahan kimia yang memiliki sifat mudah terbakar diberi simbol…
Kimia merupakan satu bidang sains yang mengkaji tentang
I struktur jirim
II sifat jirim
III komposisi jirim
IV interaksi jirim
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?
Etanol
Asid hidroklorik pekat
Hidrogen peroksida pekat
Merkuri
Pernyataan manakah yang menghuraikan kimia dengan betul?
Kimia ialah kajian tentang komposisi, struktur, sifat dan interaksi jirim.
Kimia ialah kajian tentang organisma hidup.
Kimia ialah kajian tentang keadaan fizikal alam sekitar.
kKimia ialah kajian tentang kaedah saintifik.
Antara yang berikut yang manakah adalah pasangan yang salah?
Bahan Kimia : Formaldehid
Kegunaan : Pemeliharaan spesimen biologi
Bahan Kimia : Natrium klorida
Kegunaan : Pengawetan makanan
Bahan Kimia : Argentum bromida
Kegunaan : Elektrolit dalam bateri
Bahan Kimia : Ammonium sulfat
Kegunaan : Baja
Natrium klorida ialah bahan kimia yang selalu digunakan dalam kehidupan harian. Antara berikut yang manakah natrium klorida?
Kapur
Cuka
Garam makanan
Mononatrium glutamat
Antara berikut, yang manakah tidak wajib dipakai murid apabila menjalankan eksperimen dalam makmal?
Sarung tangan
Baju makmal
Kasut kulit
Kaca mata keselamatan
