NEW
Font size
WorksheetsKUIZ NPQEL 2022
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kata kunci utama untuk menjelaskan etiket adalah:
Peraturan turun temurun yang diwarisi daripada generasi ke generasi.
Adab dan kesantunan yang diterima pakai oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Adab yang diamalkan bagi melambangkan tamadun sesuatu bangsa.
Tingkah laku yang perlu diikuti oleh individu dalam pergaulan sosial.
Antara kenyataan berikut yang manakah bukan kepentingan protokol?
Mendapatkan penghargaan dan penghormatan daripada orang lain.
Menjaga tingkah laku diri apabila berada di dalam sesuatu majlis.
Menjaga kehormatan tetamu yang diundang ke majlis rasmi.
Mengawal aspek keselamatan tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis.
Manakah pasangan yang betul bagi kenyataan yang berikut?
Perbualan semasa perkenalan dengan orang kenamaan – protokol.
Menyusun gambar pemimpin organisasi di ruang pejabat – etiket.
Mengibarkan bendera negeri di laluan masuk – protokol.
Menyediakan buku program untuk tetamu kehormat – etiket.
Yang manakah contoh majlis yang menepati kategori majlis yang dimaksudkan?
Majlis Perarakan Panji-panji Diraja – Istiadat.
Majlis Aprisiasi Murid Tahun 6 – Istiadat.
Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Hari Guru – Rasmi dan Tidak Formal.
Karnival Kerjaya Anjuran Pihak NGO Dihadiri Orang Kenamaan – Tidak Rasmi dan Formal.
Apakah prinsip utama penggayaan pakaian penjawat awam semasa bertugas rasmi?
Fesyen yang bergaya dan moden.
Berjenama yang mahal harganya.
Pakaian yang melambangkan profesion.
Pakaian yang menarik perhatian orang lain.
Anda ingin mengambil makanan yang jauh dari jangkauan anda, apakah tindakan paling tepat yang perlu anda lakukan?
Memberi isyarat kepada rakan semeja untuk menghulurkan makanan tersebut.
Menghulurkan hidangan terdekat kepada tetamu yang terhampir dengan anda.
Bangun dan mengambil makanan tersebut.
Membiarkan sahaja sehingga ada yang menghulurkannya kepada anda.
Jika jamuan secara bufet disediakan dengan beberapa stesen, apakah tindakan anda?
Memilih makanan di stesen yang kurang menjadi perhatian.
Berbaris panjang di stesen makanan kegemaran anda.
Meminta pramusaji untuk mengambilkan hidangan untuk anda.
Duduk di meja makan dan menunggu sehingga stesen lengang.
Bagaimanakah menentukan tetamu yang perlu berada di atas pentas dalam sesuatu majlis rasmi?
Status sosial tetamu jemputan.
Fungsi tetamu yang dijemput.
Tuan rumah yang menjayakan majlis.
Penaja utama bagi majlis.
Yang berikut adalah tugas urus setia majlis kecuali:
Menentukan protokol majlis.
Mengenal pasti tetamu jemputan.
Menyediakan atur cara pentadbiran majlis.
Menyambut dan mengiringi tetamu jemputan.
Berikut adalah kenyataan yang betul berkaitan atur cara pentadbiran kecuali:
Disediakan oleh floor manager.
Digunakan sebagai alat post mortem.
Menjelaskan perjalanan majlis yang lengkap.
Senarai semak persediaan urus setia sebelum melaksanakan majlis.
