NEW
Font size
WorksheetsUP 1 Kesantunan Berbahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Antara berikut yang manakah bukan peraturan asas berbahasa untuk menimbulkan minat orang lain
melibatkan pendengan yang aktif
gaya dan isi perbualan boleh menghibur
membicarakan topik perbualan yang umum
mengenalpasti keistimewaan orang lain untuk merapatkan hubungan
‘Wafat’ digunakan bagi mengungkapkan tentang kematian yang merujuk kepada
orang Islam
Raja-Raja Melayu
para Nabi dan Rasul
Kerabat Diraja Negara Brunei Darussalam
'Sahibul Samahah' merupakan gelaran bagi
imam
kadi
mufti
ustaz
Pilih ungkapan eufemisme yang tepat digunakan sebagai ‘pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang mendengar’.
Berat hati, mendiang dan pak belit.
Buang air besar, marah dan cek ti,
Buang angin, anak itik dan bulan kesiangan.
Anak gajah, bujang senang dan panjang tangan.
Berikut merupakan kesan daripada amalan kesantunan bahasa kecuali
tidak menimbulkan kegusaran dan kemarahan
mencetuskan rasa tersingggung dan emosi sedih
mewujudkan pertembungan komunikasi yang berkesan
menimbulkan suasana yang harmoni antara penutur dan pendengar
Panggilan dalam keadaan lain yang manakah digunakan untuk kerabat diraja yang telah mangkat
Al-marhumah
Allahyarham
Allahyarhamah
Mendiang
Komunikasi mata dalam peraturan asas berbahasa digunakan untuk
mendapatkan maklumat dengan cepat.
mempengaruhi pendengar atau teman berbicara.
mengetahui perkara yang hendak disampaikan oleh teman bicara.
meningkatkan rasa keyakinan diri atau rasa hormat kepada teman
berbicara.
Antara berikut, kedudukan tubuh dan pergerakan badan yang menggambarkan keyakinan diri seseorang ialah
berpeluk tubuh sambil tersenyum.
duduk dalam keadaan tegak dan santai.
duduk dalam keadaan kaki bersilang sambil tersenyum.
berdiri sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada dinding.
Tabu atau larangan terhadap penggunaan beberapa bentuk bahasa atau perkataan dianggap kesat/kasar contohnya seperti
berhati-hati ke hutan tu nanti ada Pak Belang.
aduh! habis penutup tupperware ni digigit Cek Ti.
Saya berat hati untuk meninggalkan keluarga di kampung.
Puan Rosma enggan beranak di hospital, walaupun keadaannya sangat
lemah.
Sifat suara berikut boleh dijadikan panduan ketika melontarkan suara kecuali
intonasi yang mendatar boleh menimbulkan rasa bosan.
mutu suara harus diselang-seli kenyaringannya.
intonasi harus berubah-ubah mengikut tujuan dan perkara yang
diperkatakan.
vokaliser seperti ók’, ya’, úmm’, ér’, áee’ boleh digunakan secara kerap bagi
membantu proses komunikasi.
Sapaan ringkas merupakan salah satu dalam empat bentuk sistem sapaan yang telah diketengahkan oleh Amat Juhari Moain (1985), apakah yang dimaksudkan dengan sapaan ringkas?
Penggunaan kata ganti nama diri.
Menyebut nama gelaran dan pangkat dengan atau tanpa nama peribadi.
Orang yang disapa dari pangkat yang paling kanan hingga pangkat paling bawah.
Kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap.
Dalam bahasa Melayu, terdapat angkubah sosial yang harus dipertimbangkan ketika hendak menggunakan kata ganti nama diri untuk menyapa seseorang. Angkubah sosial yang dimaksudkan itu ialah
I. umur
II. pangkat
III. status
IV. jarak sosial
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
Kesemua di atas
Sapaan beliau digunakan secara khusus untuk merujuk kepada
panggilan kepada orang yang mempunyai gelaran disebabkan keturunannya
sekumpulan manusia tanpa terikat oleh sifat jantina, status atau usia pihak yang dirujuk
golongan yang berada pada status/ kedudukan/ usia yang lebih tinggi untuk menyapa teman berbicara
orang yang berumur dan berwibawa seperti pemimpin, guru, ketua masyarakat, pegawai, ibu bapa, dan warga tua yang dihormati dalam masyarakat
Apakah panggilan hormat bagi gelaran kurniaan kerajaan seperti Tan Sri, Datuk Petinggi, Datuk Amar?
Yang Berhormat
Yang Berbahagia
Yang Berusaha
Yang Amat Berbahagia
“Dalam peraturan ini, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan faktor hubungan (antara pembicara dengan khalayak), faktor suasana (rasmi atau tidak rasmi), faktor bidang dan faktor media (lisan atau bukan lisan)”. Pernyataan tersebut merujuk kepada peraturan berbahasa
Linguistik
Sosiolinguistik
Pragmatik
Semantik
