wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI 1

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Aku akan jumpa ______ di padang pada jam 3 petang nanti," kata Jin Hee kepada Wei Xian.

a)

anda

b)

engkau

c)

tuan hamba

d)

tuanku

2.

"Saya amat menghargai sokongan tuan-tuan dan puan-puan,:" kata wakil rakyat itu. Selepas ucapan, _________ meninggalkan majlis tersebut kerana mempunyai urusan yang lain.

a)

dia

b)

baginda

c)

beliau

d)

saudara

3.

"Ibu, ________ ingin membeli alat tulis di kedai Pak Cik Soh," kata Jie Ling dan Jie Qi kepada ibu mereka.

a)

saya

b)

aku

c)

kami

d)

kita

4.

"___________ akan merantau selama setahun," kata Tun Bida kepada rakan sekampungnya.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Tuan hamba

5.

"__________ berharap agar rakyat bersatu padu dalam menghadapi krisis ekonomi ini," titah Sultan Kedah.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

6.

"__________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," janji murid Tahun Enam Ikhlas kepada guru mereka.

a)

Saya

b)

Aku

c)

Kami

d)

Kita

7.

"Saya mahu ___________ menghadiri seminar itu," kata pengurus itu kepada keraninya.

a)

kau

b)

awak

c)

anda

d)

tuan hamba

8.

"Saya harap ___________ datang ke majlis saya nanti," kata Qi En kepada Thong Ern, Christine dan Lydia.

a)

kamu

b)

awak

c)

kalian

d)

saudari

9.

Sudah berapa hari ______ tidak hadir ke pejabat. Ada sesiapa yang tahu tentang sebabnya?

a)

ia

b)

anda

c)

kalian

d)

saudara

10.

Kucing itu dilanggar oleh sebuah kereta. __________ telah tercedera.

a)

Ia

b)

Dia

c)

Kucing itu

d)

Baginda

11.

Keprihatinan Sultan Pahang terserlah apabila ___________ melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.

a)

beliau

b)

dia

c)

tuanku

d)

baginda

12.

____________ masih bermain bola sepak di padang itu walaupun hujan lebat.

a)

Kamu

b)

Kita

c)

Mereka

d)

Kalian

13.

"____________ telah dititahkan oleh ______________ supaya menjaga bungkusan ini dengan baik," kata Tun Mamat kepada bendahara.

a)

Hamba, beliau

b)

Tuan hamba, beliau

c)

Hamba, baginda

d)

Patik, baginda

14.

Pasangan suami isteri itu sungguh gembira dengan kelahiran anak sulung ___________.

a)

beliau

b)

baginda

c)

mereka

d)

-nya

15.

Nenek tidak dapat tidur kerana mendengar bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang di hadapan rumah ____________.

a)

mereka

b)

dia

c)

saya

d)

ia