wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1: 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan Perakaunan

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Perniagaan Hafizi menggunakan kaedah susut nilai yang sama dalam penyediaan Penyata Kewangan perniagaanya.

a)

Metarialiti

b)

Ketekalan

c)

Prinsip catatan bergu

d)

Usaha berterusan

2.

Tidak ada titik akhir dalam jangka hayat Anizan Sport Enterprise. Perniagaan ini sentiasa beroperasi untuk tempoh yang tidak terbatas.

Nyatakan andaian/prinsip/batasan perakaunan yang terlibat.

(a)  

3.

Nyatakan jenis andaian, prinsip dan batasan bagi situasi berikut:

Perniagaan Qistina menyediakan penyata kewangan bagi 12 bulan untuk mengetahui prestasi perniagaannya

a)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

b)

Ketekalan

c)

Usaha Berterusan

d)

Tempoh Perakaunan

4.

Nyatakan jenis andaian, prinsip dan batasan perakaunan bagi situasi berikut:

Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh kedai Dean pada tahun 2020 dengan harga RM88000. Selepas setahun, berikutan kemelesetan ekonomi disebabkan Pendemik COVID-19 kenderaan mengalami penurunan harga kepada RM70000 sahaja. Namun begitu, dalam Penyata Kedudukan Kewangan, En. Dean tetap merekodkan kenderaan tersebut dengan nilai RM88000.

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Prinsip Pemasaran

d)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

5.

Terangkan secara ringkas berkenaan dengan Kos Manfaat.

4 lines
6.

Komisen belum terima diambil kira dalam Penyediaan Untung Rugi pada tarikh Imbangan.

a)

Prinsip Kos

b)

Tempoh Perakaunan

c)

Kos Manfaat

d)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

7.

Perabot mewah yang dibeli oleh Puan Sridayanty untuk kegunaan perhiasan rumahnya tidak direkodkan dalam buku perakaunan Kedai Puan Sridayanty.

Nyatakan andaian/prinsip/batasan perakaunan yang telah dipatuhi.

(a)  

8.

Nyatakan jenis andaian, prinsip dan batasan bagi situasi berikut:

ketika menyediakan Penyata Kewangan, semua belanja belum bayar, belanja prabayar, hasil belum terima dan hasil belum terperoleh perlu diambilkira dalam menghitung untung bersih perniagaan

a)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

b)

Wang sebagai Ukuran

c)

Prinsip Kos

d)

Ketekalan

9.

Nyatakan jenis andaian, prinsip dan batasan perakaunan bagi situasi berikut:

Perusahaan Kilang Coklat Maju telah membuat keputusan untuk menyewa sebuah mesin memproses berbanding membeli mesin berkenaan setelah mengambilkira kos penyelenggaraan yang semakin tinggi, ia dijangka mampu meningkatkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa 2 hungga 2 tahun akan datang.

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Prinsip Kos

c)

Kos Manfaat

d)

Ketekalan

10.

Butik Raisya menetapkan bahawa tempoh perakaunan perniagaannya adalah 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

a)

Tempoh perakaunan

b)

Ketekalan

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Prnsip Kos

11.

Seorang tukang gunting rambut mengenakan bayaran RM30 bagi setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya.

a)

Metarialiti

b)

Kos Manfaat

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Prinsip Catatan Bergu

12.

Syarikat Golden Mass telah membeli sebuah Van berharga RM89000. Setelah 4 tahun, syarikat ini telah mencatatkan rekod RM60000 sebagai nilai vannya dalam penyata kewangan perniagaan kerana van tersebut telah mengalami susut nilai sepanjang tempoh 4 tahun berkenaan. Apakah prinsip yang tidak dipatuhi oleh syarikat Golden Mass ini?

a)

Kos Manfaat

b)

Prinsip Kos

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Tempoh Perakaunan

13.

Apakah tarikh mula tempoh perakaunan (setahun) bagi Perniagaan Elica jika tarikh akhir tempoh perakaunan pada 31 ogos 2021 ?

a)

1 September 2021

b)

1 Ogos 2020

c)

1 September 2020

d)

1 Ogos 2021

14.

Perniagaan Aliff Satar melibatkan jumlah perbelanjaan tahun sebanyak RM20000. Manakala pendapatan yang diperoleh ialah sebanyak RM30000. Untung bersih yang ditunjukkan dalam penyata pendapatan ialah RM10000.

a)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

b)

Usaha Berterusan

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Tempoh Perakaunan

15.

Eco Shop memulakan perniagaan pada 1 November 2020. Bilakah tahun perakaunan pertamanya berakhir ?

a)

1 Oktober 2021

b)

31 Oktober 2021

c)

30 Oktober 2021

d)

31 Disember 2021