WorksheetsAYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL
Total questions: 13
Worksheet time: 6mins
Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
Jalan itu dinaiki air.
Jalan itu ditutup sementara waktu.
Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.
Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.
Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.
Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
Kami mendapat berita.
Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.
Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.
Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.
Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.
Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
Ejen Ali terkejut.
Ejen Ali terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
Ejen Ali terkejung kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
Ejen Ali terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
Ejen Ali terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.
Ibu sedang menyiram bunga.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Dia menangis kerana sakit perut.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Kavi Raj membaca buku cerita sambil mendengar radio.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Adik saya suka menonton rancangan kartun.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Kucing itu mengiau kerana lapar.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Nadia masih mempunyai datuk dan nenek.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.
Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.
Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.
Perompak itu berjaya melepaskan diri.
Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.
Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.
Pelakon itu sedang berucap gembira.
Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan.
Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.
Pelakon itu tersenyum gembira.
Pilih ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah.
Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.
Mei Mei tidak suka memegang kucing dan arnab.
Lily memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.
Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.
