wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK INTRO

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
ASK bermaksud
a)
Asas Sains Komputer
b)
Asas Sivik Kemanusiaan
c)
Asas Sains Kemanusiaan
d)
Alatan Sains Kemahiran
2.

Apakah yang anda boleh fahami mengenai teknik leraian dalam proses penyelesaian masalah?

a)

Menambah penelitian untuk menjadikan masalah lebih kompleks

b)

Menjadikan setiap masalah kepada bahagian lebih kecil atau bahagian yang boleh dikawal

c)

Apabila anda mengabaikan maklumat yang tidak diperlukan dalam setiap masalah

d)

Mengenalpasti pelbagai corak dalam proses penyelesaian masalah yang pernah dilalui

3.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh pemikiran komputasional apabila anda ingin berjumpa rakan anda di satu tempat yang telah ditetapkan

a)

Merancang arah laluan perjalanan untuk berjumpa kawan

b)

Apabila ingin pergi jumpa kawan, anda perlu tanya keluarga anda laluan yang sesuai untuk anda ikuti

c)

Apabila ingin berjumpa kawan anda perlu perhatikan sekitar kawasan sehingga anda berjumpa kawan tersebut

d)

Laluan perjalanan bergantung kepada aktiviti anda. Tidak tetap tetapi akan sampai destinasi

4.

Antara berikut yang manakah TIDAK mempunyai corak

a)

Kebanyakan jam mempunyai jarum

b)

Kebanyakan jam adalah dalam bentuk digital

c)

Kebanyakan jam akan dipakai ditangan

d)

Kebanyakan jam menggunakan bateri

5.

Mengapa kita perlu mengenalpasti corak dalam menyelesaikan masalah?

a)

Corak akan menambah masalah

b)

Mengenalpasti masalah juga merupakan masalah

c)

Corak membolehkan kita menyelesaikan masalah dengan lebih mudah

d)

Corak akan menjadikan setiap masalah lebih susah untuk diselesaikan

6.

Teknik peniskalaan membahagikan proses penyelesaian masalah kepada aspek penting dan kurang penting. Antara Yang berikut yang manakah aspek kurang penting dalam penyelesaian masalah mengurangkan berat badan.

a)

Waktu makan yang teratur

b)

Amalan pemakanan yang sihat

c)

Tiada pembaziran makanan

d)

Amalan senaman yang berterusan

7.

Yang manakah di antara yang berikut merupakan contoh pengunaan teknik leraian?

a)

Melihat mekanik membaiki motosikal

b)

Melihat motosikal yang lain dan mencari persamaan dengan motorsikal anda

c)

Melihat secara terperinci kerja-kerja membaiki motosikal pada setiap bahagian yang berbeza yang membentuk motorsikal tersebut

d)

Mendapatkan penjelasan dari makanik bagaimana membaiki motosikal tersebut

8.

Dalam kehidupan seharian anda berapa kerapkah anda menggunakan teknik leraian dalam proses penyelesaian masalah?

a)

Anda tidak pernah menggunakan teknik leraian tetapi komputer yang melakukan untuk anda

b)

Pada setiap hari tetapi anda tidak sedari berapakah bilangannya

c)

Kadang-kadang sahaja tetapi anda tidak gemar menyelesaikan masalah menggunakan teknik leraian

d)

Anda menggunakan teknik leraian pada semua proses penyelesaian masalah tanpa memikirkan teknik-teknik lain yang lebih sesuai

9.
Rajah diatas adalah satu contoh 
a)
carta alir
b)
algoritma
c)
pseudokod
d)
ralat
10.
Simbol yang digunakan dalam carta alir seperti rajah di atas mewakili 
a)
mula/tamat
b)
pilihan
c)
proses
d)
input/output
11.
Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian. 
Penerangan di atas adalah salah satu teknik dalam asas pemikiran komputasional iaitu ...
a)
Pengecaman corak
b)
Peniskalaan
c)
Pengitlakan
d)
Leraian
12.

Pemikiran Komputasional ialah

a)

satu proses pemikiran bertujuan untuk membahagikan masalah kepada bahagian kecil

b)

satu proses pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah berbantukan mesin

c)

satu proses memberikan arahan kepada komputer

d)

satu proses berfikir seperti komputer

13.

Antara berikut, yang manakah contoh teknik Leraian masalah?

a)

Menganggarkan kuantiti bahan untuk mengadun kek

b)

Membina formula pengiraan padang bola

c)

Membuat pengiraan luas dan lilitan bulatan sebuah bulatan

d)

Pengiraan bil elektrik dipecahkan berdasarkan unit penggunaan dan kadar yang dikenakan

14.

Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan bagi mencari persamaan antara jam tangan digital dan analog ?

a)

Leraian

b)

Peniskalaan

c)

Pengitlakan

d)

Pengecaman Corak

15.
Apakah yang anda faham tentang Teknik Leraian (Decomposition)?
a)
Teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapa masalah/cerita/keadaan/situasi.
b)
Teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.
c)
Teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
d)
Teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama.
16.
Apakah yang anda faham tentang Teknik Peniskalaan (Abstraction)?
a)
Teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapa masalah/cerita/keadaan/situasi.
b)
Teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.
c)
Teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
d)
Teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama.
17.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Sebelum membuat karangan, Lina merangka karangannya dahulu untuk setiap perenggan.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
18.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Dalam kedua-dua cerita Cinderella dan Bawang Putih Bawang Merah, watak utama dilayan dengan buruk oleh keluarga tiri. Tetapi, Cinderella mempunyai dua orang kakak tiri manakala Bawang Merah mempunyai seorang kakak tiri.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
19.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Hukum matematik untuk mencari luas segi empat tempat ialah panjang darab lebar.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
20.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Cikgu memberikan tugas melabel bahagian-bahagian pokok.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
21.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Dalam peta, bentuk muka bumi yang penting sahaja ditunjukkan.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
22.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Ketika membaca buku cerita, Kate hanya membaca bahagian rumusan di akhir sekali untuk mendapatkan isi pentingnya.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
23.
Pemikiran komputasional ialah satu proses ____________ bagi tujuan _________________ sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains _____________.
a)
komputer; menyelesaikan; pemikiran
b)
pemikiran; menyelesaikan; komputer
c)
pemikiran; menyelesaikan; mesin
d)
menyelesaikan; pemikiran; mesin