NEW
Font size
WorksheetsBab 1 Mengenali Sejarah
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
1.1 Pengertian Sejarah
Apakah maksud tambo?
A. Salasiah keluarga
B. Riwayat dahulu kala
C. Kajian peristiwa lama
D. Cerita tentang seseorang
Antara yang berikut, manakah berkaitan dengan maksud sejarah berdasarkan Kamus Dewan?
I Keturunan
II Kajian peristiwa lalu
III Cerita tentang seseorang
IV Penyelidikan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
Rajah berikut berkaitan dengan pengertian sejarah mengikut E.H. Carr
Pengertian Sejarah
- Proses interaksi berterusan antara sejarawan dengan fakta
- X
Apakah X?
A. Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting
B. Dialog antara masa kini dengan masa lampau
C. Catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa
D. Membicarakan perkara tentang masyarakat manusia
Apakah perkara asas dalam sesuatu pengkajian ilmu sejarah?
A. Bukti
B. Cerita
C. Teladan
D. Catatan
Apakah kandungan karya hebat berikut?
Muqaddimah - Karya oleh Ibn Khaldun
A. Sejarah negara
B. Disiplin sejarah
C. Peristiwa perang
D. Kehidupan manusia
1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
Apakah yang menjadi penanda permulaan Zaman Masihi?
A. Turun wahyu
B. Kelahiran Nabi Isa
C. Penghijrahan Rasul
D. Pembukaan kota Makkah
Pilih maklumat yang betul berkaitan ruang masa.
A. 10 tahun = Alaf
100 tahun = Abad
1000 tahun = Dekad
B. 10 tahun = Abad
100 tahun = Alaf
1000 tahun = Dekad
C. 10 tahun = Dekad
100 tahun = Abad
1000 tahun = Alaf
D. 10 tahun = Abad
100 tahun = Dekad
1000 tahun = Alaf
1.4 Sumber Sejarah
Senarai berikut berkaitan dengan ciri - ciri sumber sejarah.
- Belum diolah
- Belum ditafsirkan
- Bersifat asli
Apakah contoh sumber tersebut?
A. Fosil
B. Jurnal
C. Akhbar
D. Ensiklopedia
Apakah kepentingan penemuan artifak berikut?
Loceng gangsa di kampung Pencu, Muar, Johor
A. Menunjukkan pengaruh agama
B. Membuktikan hubungan perdagangan kerajaan
C. Menunjukkan kebudayaan masyarakat tempatan
D. Membuktikan kemajuan bidang pertanian
Rajah berikut berkaitan dengan sumber sejarah.
X = Patung diperbuat daripada batu atau kayu / Dipahat menyerupai bentuk sesuatu.
Apakah X?
A. Arca
B. Candi
C. Artifak
D. Monumen
1.5 Penyelidikan dalam Sejarah
Antara yang berikut, manakah kaedah untuk membuat sesuatu penyelidikan sejarah?
I Bertulis
II Catatan
III Epigrafi
IV Arkeologi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah ilmu yang berkaitan dengan istilah berikut?
Paleografi
A. Kajian tulisan kuno
B. Riwayat hidup tokoh
C. Pengumpulan data cari gali
D. Tafsiran tulisan pada prasasti
Rajah berikut menunjukkan tiga tahap dalam kaedah lisan yang diguna pakai oleh ahli sejarah dalam sesuatu pengkajian sejarah.
Persediaan - Rakaman temu bual - X
Apakah X?
Memproses rakaman
Menyimpan rakaman
Meneliti sumber bertulis
Menentukan skop temu bual
1.6 Tafsiran dalam Sejarah
Apakah maksud tafsiran dalam sejarah?
A. Penilaian terhadap sumber sejarah
B. Pengkajian tentang tindakan manusia
C. Penerangan fakta berdasarkan sumber
D. Pentafsiran terhadap pandangan sejarawan
1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah
Apakah iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa berikut?
Tahun 1945 - Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
A. Berhati - hati terhadap kuasa luar
B. Negara mesti membuat hubungan keselamatan dengan kuasa besar
C. Kekayaan ekonomi sepatutnya diagih sama rata
D. Rakyat hendaklah bijak memilih pemimpin
Antara kepentingan tafsiran sejarah ialah
Mengajak dua pihak berdebat
Menilai fakta dari sumber berbeza
Mendorong seseorang bersikap egois
Melatih seseorang berhujah tanpa sumber
Apakah sebab berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah?
Pendapat penulis
Perbezaan ideologi
Keterangan lisan
Ketiadaan sumber
Kaedah X bertujuan mendapatkan maklumat
daripada sumber yang dipahat pada batu.
Kaedah X ialah?
Kaedah lisan
Kaedah bertulis
Kaedah arkeologi
Kaedah temubual
Antara berikut yang manakah merupakan sumber sekunder?
Fosil
Artifak
Ensiklopedia
Batu bersurat
“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”. Penyataan berikut dinyatakan oleh
Herodotus
E.H. Carr
Ibn Khaldun
Khoo Kay Kim
Apakah yang dimaksudkan kronologi?
Garis masa peristiwa
Rentetan peristiwa mengikut urutan
Tarikh berlakunya peristiwa
Aturan peristiwa
Antara berikut yang manakah ciri sumber primer?
Bersifat asli
Ditafsir oleh pakar
Telah diolah
Rujukan sejarawan
Apakah kepentingan mempelajari sejarah?
Mengenali masyarakat majmuk
Mengukuhkan perpaduan
Elakkan salah faham
Mengenali warisan bangsa
Mengapakah sejarah perjuangan Tunku Abdul Rahman perlu dihayati oleh setiap warga negara Malaysia?
Memupuk patriotisme
membina keyakinan diri
Menanam sifat tolak ansur
Menunjukkan permuafakatan
Pada pendapat anda, mengapakah mata pelajaran Sejarah perlu diberikan penekanan dalam pendidikan sekolah menengah?
merakam kejayaan negara
memupuk perasaan cinta akan negara
mengkaji proses pembentukan bangsa
Mengingati peristiwa bersejarah negara
