wayground logo

Lembar Kerja Gratis yang Dapat Dicetak

BARU

Ukuran huruf

S
M
L
XL
Lembar kerja

ASK Ting 1 Bab 1.1

Total soal: 10

Worksheet time: 5mins

Nama
Kelas
Tanggal
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?

a)

Menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah.

b)

Menggunakan konsep asas komputer bagi menyelesaikan masalah.

c)

Memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugas.

d)

Menyelesaikan masalah berbantukan komputer.

2.

Mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional?

a)

Membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah.

b)

Membolehkan kita memahami cara komputer menyelesaikan masalah.

c)

Membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.

d)

Membolehkan penyelesaian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik.

3.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik pemikiran komputasional?

a)

Leraian

b)

Pengekodan

c)

Pengecaman corak

d)

Peniskalaan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian?

a)

Menambahkan maklumat pada setiap bahagian kecil supaya lebih rumit.

b)

Memecahkan masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah diselesaikan.

c)

Menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama.

d)

Memecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan masalah-masalah tersebut.

5.

Apakah kepentingan meleraikan masalah yang kompleks?

a)

Menjadikan masalah lebih rumit.

b)

Menukarkan masalah yang ada.

c)

Menjadikan masalah mudah diselesaikan.

d)

Menjadikan masalah lebih kecil.

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengecaman corak?

a)

Memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil.

b)

Membina model dari corak.

c)

Melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama.

d)

Melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek.

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik peniskalaan?

a)

Mengabaikan ciri-ciri yang tidak perlu bagi sesuatu unsur dalam satu perkara.

b)

Satu proses mengenal pasti ciri-ciri yang penting yang dapat membantu menyelesaikan masalah.

c)

Satu proses mengambil kira semua ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu perkara.

d)

Proses menambahkan ciri-ciri yang berkaitan dalam sesuatu perkara.

8.

Apakah kepentingan teknik peniskalaan?

a)

Sebagai penambahbaikan bagi membolehkan sesuatu masalah diselesaikan.

b)

Membolehkan masalah yang besar diselesaikan.

c)

Bagi membuat keputusan untuk menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan.

d)

Membolehkan masalah diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat.

9.

Maklumat berikut menunjukkan proses pemikiran komputasional.

P - Kenal pasti corak yang sama

Q - Sediakan satu model penyelesaian masalah

R - Tinggalkan perkara yang tidak penting

S - Masalah dipecahkan

Antara berikut, manakah turutan yang betul?

a)

P, Q, R, S

b)

Q, P, R ,S

c)

S, P R, Q

d)

R, P, S, Q

10.

Pembinaan model bagi masalah yang diselesaikan di mana model boleh dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah-langakah merupakan teknik _______

a)

leraian.

b)

pengitlakan.

c)

peniskalaan.

d)

pengecaman corak.