wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 PENGARUH PERSEKITARAN FIZIKAL

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

I Bentuk muka bumi

II Saliran

III Luluhawa

IV Geomorfologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Berikut merupakan jenis bentuk muka bumi yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar kecuali

a)

tanah tinggi

b)

tanah pamah

c)

muara sungai

d)

pinggir laut

3.

Salah satu contoh hidupan liar di kawasan bersaliran baik ialah

a)

biawak

b)

burung shoebill

c)

harimau

d)

buaya

4.

Apakah maksud tanih aridisols?

a)

Tanih yang kering dan tandus

b)

Tanih yang berpasir, liat dan lembap

c)

Tanih yang nipis, berasid dan beku

d)

Tanih yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput

5.

Jenis tanih apakah yang menggalakkan pertumbuhan Hutan Mediterranean?

a)

tanih latosol

b)

tanih podzol

c)

tanih terra rossa

d)

tanih permafrost

6.

Berikut adalah contoh tumbuh-tumbuhan bagi iklim

Pokok caper

Rumput alfalfa

a)

gurun panas

b)

monsun tropika

c)

siberia

d)

laurentia

7.

Antara contoh hidupan liar di kawasan iklim Siberia ialah

I badak sumbu

II gajah

III harimau Siberia

IV beruang kutub

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Tanih podzol yang nipis dan dan beku di bawahnya menyebabkan

a)

hidupan liar di Gurun Panas kurang aktif terutama pada siang hari

b)

hidupan liar mudah bergerak mencari makanan

c)

menjadi habitat pelbagai jenis hidupan liar

d)

hanya tumbuhan yang mempunyai akar yang panjang sahaja mampu hidup

9.

Berikut adalah contoh hidupan liar yang terdapat di iklim

-Beaver

-Burung angsa

-Wood duck

a)

laurentia

b)

siberia

c)

monsun tropika

d)

gurun panas

10.

Pilih tumbuhan yang dapat dikaitkan dengan iklim di bawah.


I. Suhu: 24 ̊ C hingga 27 ̊ C

II. Hujan : 1000 mm hingga 2000 mm

a)

Pokok Jati

b)

Liken

c)

Kaktus

d)

Pain Merah

11.

Pokok jelutong dan tualang merupakan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan Tropika.


Pilih faktor persekitaran fizikal yang sesuai untuk pertumbuhan kedua-dua spesies tumbuh-tumbuhan di atas.

a)

kawasan paya berlumpur yang bersaliran buruk

b)

kawasan tanih latosol yang bersaliran baik

c)

kawasan pinggir pantai yang menerima pengaruh bayu laut

d)

kawasan tanih laterit di kawasan tanah tinggi beriklim sejuk

12.

Namakan jenis iklim yang sesuai untuk pertumbuhan spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi di bawah.


Kulampair

Lumut

Rusiga

a)

Gurun

b)

Tundra

c)

Khatulistiwa

d)

Mediterranean

13.

Tumbuh-tumbuhan di kawasan ini kurang, hanya tumbuhan yang mempunyai akar panjang mampu hidup di kawasan ini.


Pilih faktor persekitaran berkaitan tanih yang mempengaruhi ciri tumbuh-tumbuhan tersebut.

a)

lapisan tanih yang terlalu nipis dan kurang kelembapan

b)

lapisan tanih berpasir yang sangat kering dan tandus

c)

lapisan tanih yang terdiri daripada tanah liat dan subur dan mudah menakung air

d)

lapisan tanih gambut yang tidak menakung air dan tinggi kadar resapan air bawah tanah

14.

Kombinasi yang manakah betul tentang jenis iklim dengan hidupan liar?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Hidupan liar di bawah terdapat di kawasan


Mink

Martens

Lynx

a)

Iklim Siberia

b)

Iklim Laurentia

c)

Iklim Gurun Panas

d)

Iklim Monsun Tropika

16.

Apakah lapisan paling atas di permukaan bumi?

a)

Air

b)

Tanih

c)

Banjaran

d)

Tanah Pamah

17.

Apakah proses pemecahan batuan dalam pembentukan tanih?

a)

Lelasan

b)

Hakisan

c)

Rekahan

d)

Luluh hawa

18.

Hutan konifer merupakan kawasan bentuk muka bumi

a)

Tanah pamah

b)

Tanah tinggi

c)

Pinggir laut

d)

Saliran

19.

Anakonda merupakan hidupan liar yang terdapat di

a)

Lembangan Murray

b)

Dataran Manchuria

c)

Lembangan Congo

d)

Amazon Brazil

20.

Hidupan liar di bawah terdapat di Banjaran Himalaya kecuali

a)

yak

b)

leopard cat

c)

snow leopard

d)

rhesus monkey

21.

Ciri-ciri kawasan bersaliran baik termasuklah

a)

tanih subur

b)

menakung air

c)

memerlukan air yang banyak

d)

boleh hidup di kawasan berair

22.

Kawasan di bawah merupakan hutan paya air masin , kecuali

a)

Tasik Bera

b)

Teluk Santos

c)

Pulau Phi Phi

d)

Teluk Marudu

23.

Tanih yang membeku merujuk kepada jenis tanih

a)

permafrost

b)

terra rossa

c)

aridisols

d)

latosol

24.

Negara yang mengalami iklim Gurun Panas ialah

a)

Malaysia

b)

Kanada

c)

Poland

d)

Kuwait

25.

Binturong meupakan hidupan liar di kawasan

a)

Iklim Siberia

b)

Iklim Laurentia

c)

Iklim Gurun Panas

d)

Iklim Monsun tropika