wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Unit 2 tingkatan 2 UTM

Total questions: 45

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Agama atau ________ membentuk keperibadian mulia.

a)

peribadi

b)

jati diri

c)

kepercayaan

d)

kesederhanaan

2.

Mempunyai harga diri merupakan salah satu ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Pembentukan keperibadian diri yang baik dan unggul harus berlandaskan pegangan agama dan emosi.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan KECUALI

a)

Bersyukur

b)

Bercakap benar

c)

Pemaaf

d)

Tinggi diri

5.

Mencemarkan dan merosakkan alam sekitar merupakan salah satu kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri KECUALI

a)

Meningkatkan disiplin dan imej diri.

b)

Selalu berasa tertekan dalam hidup.

c)

Melahirkan individu yang berpekerti mulia

d)

Meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai murni.

7.

Siddhartha Gautama merupakan suri teladan bagi penganut agama Hindu.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Masyarakat Iban menyambut _______ sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.

a)

Hari Kaamatan

b)

Hari Gawai

c)

Hari Raya Aidilfitri

d)

Hari menuai padi

9.

Aiman bercita-cita untuk menjadi jurutera apabila dewasa kelak. Di samping belajar dan berusaha gigih, dia juga tidak putus berdoa dan memohon restu daripada ibu bapa dan guru untuk berjaya dalam pelajarannya. Berikut ialah nilai yang diamalkan oleh Aiman KECUALI

a)

Rajin berusaha

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Hemah tinggi

d)

Hormat-menghormati

10.

Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat

a)

Islam - Tripikata

b)

Hindu - Bhagavad Gita

c)

Buddha - Bible

d)

Kristian - Al-Quran

11.

"Saya baik kepada mereka yang baik kepada Saya; Saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada Saya. Apa yang Saya beri, Saya akan terima. Sehingga semua menjadi baik."

Pernyataan diatas merujuk kepada ajaran...

a)

Agama Buddha

b)

Agama Hindu

c)

Kepercayaan Taoisme

d)

Agama Sikh

12.

Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.

i) memberi panduan kepada pengamalnya.

ii) melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.

iii) memupuk perpaduan dan keharmonian Negara.

iv) menyedarkan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.

a)

i dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

13.

Kaum India melakukan alaman sujud kaki.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng', iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Kaum Semai akan menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Ramalkan kesan jika seseorang itu tiada pegangan agama atau kepercayaan.

i) hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera.

ii) melakukan perkara yang ditegah agama.

iii) sentiasa berfikiran positif dan hidup berasa tenteram.

iv) mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

17.

Berdasarkan gambar apakah nama kaum tersebut.

a)

Kaum Iban

b)

Kaum Kadazan

c)

Kaum Melanau

d)

Kaum Melayu

18.

"Tadau Kaamatan merupakan hari kesyukuran selepas menuai padi"


Perayaan tersebut dirayakan oleh suku kaum

a)

Cina

b)

India

c)

Iban

d)

Kadazan Dusun

19.

Apakah maksud Keperibadian?

a)

Keperibadian diri merujuk kepada perihal peribadi, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang TIDAK terdapat pada seseorang individu

b)

Keperibadian diri merujuk kepada perihal peribadi, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang sama persis pada dua individu yang sedang bercinta

c)

Keperibadian diri merujuk kepada perihal umpulan, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang individu

d)

Keperibadian diri merujuk kepada perihal peribadi, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang individu

20.

ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama dan kepercayaan

a)

Bertanggungjawab, Bersyukur, Pemaaf, Sabar, Mempunyai Harga diri, Bercakap Benar

b)

Bertanggungjawab, Bersyukur, Pemaaf, Sabar, Mempunyai Harga diri, Bercakap Benar jika perlu

c)

Bertanggungjawab, Bersyukur, Pendenam, Sabar, Mempunyai Harga diri, Bercakap Benar

d)

Bertanggungjawab, Suka mengeluh, Pemaaf, Sabar, Mempunyai Harga diri, Bercakap Benar

21.

Agama atau kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keperibadian diri dalam kehidupan manusia

a)

Benar

b)

Salah

c)

Tidak pasti

22.

Kepentingan agama atau kepercayaan

i) Meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai moral.

ii) Membezakan amalan baik dengan amalan buruk.

iii) Melahirkan individu berperkerti mulia.

iv) Meningkatkan disiplin diri dan imej diri.

v) Menjauhi perkara yang dilarang.

vi) Menjadikan diri lebih berkuasa

a)

i ,ii dan v

b)

i, ii dan iv

c)

i, ii iii, iv dan vi

d)

i, ii, iii, iv dan v

23.

Berikut adalah contoh perlakuan berlandaskan ajaran agama atau kepercayaa KECUALI

a)

Menghormati orang tua

b)

Bantu-membantu

c)

Hidup berbaik-baik

d)

Menghormati guru

e)

Menyeksa haiwan peliharaan

24.

"Memupuk sifat belas kasihan dan rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan dan keharmonian"


Pernyataan di atas merupakan

a)

Sumber moral dan keperibadian diri

b)

Kesan tidak ada pegangan agama dan kepercayaan terhdap kepercayaan diri

c)

Kepentingan pegangan agama dan kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri

d)

Cadangan Kepercayaan Diri

25.

Berikut adalah cadangan nilai untuk Unit 2, KECUALI

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Harga Diri

c)

Hemah Tinggi

d)

Kesederhanaan

e)

Berdikari

26.

Ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan

a)

baik hati

b)

pemarah

c)

terpesona

27.

Apakah maksud keperibadian diri ?

a)

akhlak dan tingkah laku terpuji

b)

akhlak, tingkah laku dan sikap terpuji

c)

akhlak, tingkah laku dan percakapan terpuji

28.

Suri teladan kepada penganut agama Buddha ialah

a)

Confucius

b)

Vivekananda

c)

Gautama Buddha

29.

Nyatakan kesan jika tidak ada pegangan agama atau kepercayaan.

a)

tidak dipercayai orang lain

b)

tidak mempunyai prinsip

c)

tidak mempunyai rumahtangga

d)

mencetuskan perbalahan

30.

Mengapakah agama penting dalam pembentukan peribadi ?

a)

menjadikan anda sebagai pelajar pembuli

b)

boleh membezakan amalan baik dan buruk

c)

membentuk keluarga yang berantakan

31.

Apakah contoh perlakuan yang berlandaskan agama ?

a)

menghormati orang tua

b)

membuang sampah dalam sungai

c)

menjaga alam sekitar

d)

membantu membersihkan kawasan rumah

32.

Perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu

a)

Thaipusam

b)

Cheng Beng

c)

Hari Natal

33.

Bulan kebesaran umat Islam dan diwajibkan berpuasa

a)

Rejab

b)

Syawal

c)

Ramadan

34.

Haiwan penting yang memainkan peranan utama ketika Hari Tahun Baru Cina

a)

anjing

b)

ular

c)

naga

35.

Rumah ibadat bagi penganut agama Sikh

a)

gurdwara

b)

kuil

c)

gereja

36.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keperibadian diri dalam kehidupan manusia. Adakah ini benar atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

37.

Bercakap benar adalah salah satu ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan.

a)

Salah

b)

Betul

38.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan?

i. Bertanggungjawab

ii. Bercakap benar

iii. Mengejek agama lain

iv. Mempunyai harga diri

a)

i dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

semua di atas

39.

Sekiranya kita bertanggungjawab, kita akan _____________

a)

dicaci

b)

ditakuti

c)

dimalukan

d)

dihormati

40.

Anda terdengar adik anda menjerit ke arah anak jiran. Anda seharusnya ______

a)

memukulnya

b)

menasihatinya

c)

membiarkan sahaja

d)

sama-sama menjerit

41.

V. Naresh mempelawa Laqshan untuk mencuba menghisap rokok. Apakah yang perlu Laqshan melakukan?

a)

memukul V. Naresh dan memberi amaran kepadanya tentang bahaya merokok

b)

memarahi V. Naresh dan tidak berkawan dengannya lagi

c)

cuba merokok bersama V. Naresh kerana ingin menjaga hatinya

d)

menolak pelawaan dengan sopan

42.

Anda merupakan makhluk ciptaan Tuhan. Apakah perasaan anda?

a)

Bersyukur

b)

Gembira

c)

Bangga

d)

Tidak bersyukur

43.

Orang yang tidak boleh menimbulkan kepercayaan kepada orang lain dianggap sebagai seorang yang ____

a)

ingkar

b)

tidak peka

c)

tidak amanah

d)

suka berbohong

44.

Antara berikut, yang manakah kesan kesan jika tada pegangan agama atau kepercayaan?

i. Berfikiran negatif atau selalu berasa tertekan dalam hidup

ii. Mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan

iii. Melahirkan individu yang berpekerti mulia

iv. Mencemarkan dan merosakkan alam sekitar

a)

i, ii, dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii, dan iv

d)

semua di atas

45.

Membezakan amalan baik dengan amalan buruk adalah salah satu kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri.

a)

Betul

b)

Salah