wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 1 DAC22202 OSH

Total questions: 11

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 ialah sebuah akta telah disegerakan pewartaannya disebabkan oleh salah satu peristiwa berikut:

a)

Kebakaran Kompleks Campbell

b)

Kebocoran Gas Beracun Bhopal

c)

Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl

d)

Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers

2.

Berapakah bilangan seksyen induk dan bahagian di dalam AKKP 1994?

a)

67 dan 15

b)

35 dan 6

c)

15 dan 5

d)

40 dan 5

3.

Apakah badan yang menguatkuasakan AKKP 1994?

a)

JKKP

b)

Menteri KSM

c)

JAS

d)

PARLIMEN

4.

Kewajipan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak pada mereka yang mencipta risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko. Siapakah mereka:

I. Majikan

II. Pekerja

III. Klien

IV. Pembekal

V. Pengeluar

VI. Juru Reka Bentuk

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

Selain I dan II

d)

Semua di atas

5.

Objektif utama AKKP 1994 adalah berkaitan yang berikut, KECUALI

a)

Penyediaan kemudahan untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan individu di tempat kerja.

b)

Perlindungan badan dan minda orang daripada penyakit akibat bahan, proses atau prosedur yang digunakan di tempat kerja.

c)

Langkah dan amalan yang diambil untuk mencegah dan meminimumkan risiko kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan kepada harta benda dan alam sekitar.

d)

Memastikan tahap pencemaran disebabkan aktiviti di tempat kerja di bawah tahap yang dibenarkan.

6.

Diskriminasi terhadap pekerja ada disebutkan di dalam AKKP 1994. Sebab yang mungkin berlakunya diskriminasi adalah berikut, KECUALI

a)

Pekerja tersebut ialah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini.

b)

Pekerja tersebut membuat aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan.

c)

Pekerja tersebut menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.

d)

Pekerja itu dengan melulu atau cuai mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan.

7.

Akta Kilang dan Jentera atau FMA 1967, selain mempunyai objektif yang sama dengan AKKP 1994, ia juga untuk

a)

memastikan kilang sentiasa selamat

b)

memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjaga

c)

memastikan pendaftaran dan pemeriksaan mesin dan jentera

d)

memastikan pembentukan polisi keselamatan dan kesihatan

8.

Skop pencemaran yang disebutkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar atau EQA 1974 adalah berikut:

I. Air

II. Udara

III. Bunyi

IV. Sisa Berjadual

a)

I dan II

b)

I, II, dan III

c)

I, II, dan IV

d)

Semua

9.

Syarikat pembinaan bertanggungjawab memastikan perancah dipasang mengikut peraturan yang terdapat di dalam BOWECs. Oleh yang demikian, orang berkenaan adalah terlibat secara langsung dengan pemasangan perancah di tapak bina:

I. Jurutera Profesional (PE)

II. Operator Kren (OK)

III. Orang Yang Kompeten (OYK)

IV. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)

V. Penyelia Keselamatan Tapak (SSS)

a)

I, II dan III

b)

I dan III

c)

IV dan V

d)

Semua di atas

10.

Siapakah entiti dalam organisasi yang paling utama dalam mewujud dan melestarikan budaya selamat di tempat kerja?

a)

Pengurusan Tertinggi

b)

Staf Sokongan

c)

Staf Pelaksana

d)

Klien

11.

Nama penuh (seksyen):

4 lines