NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ayah berlari ________ kawasan tebing sungai apabila beliau mendengar sayup-sayup suara orang meminta tolong.
A. di
B. ke
C. pada
D. kepada
"Telefon pintar milik murid lelaki yang dirampas semalam telah __________ serahkan kepada Pengetua untuk diambil tindakan selanjutnya," kata Cikgu Khalid.
A. dia
B. saya
C. beliau
D. mereka
Dalam sidang media tersebut, Menteri Besar Pahang ________ kemangkatan Sultan Ahmad Shah pada pagi tadi.
A. merasmikan
B. menyebarkan
C. menerangkan
D. mengumumkan
Ibu sedang menenun selendang yang akan dipakainya untuk majlis hujung minggu ini dengan benang emas.
Kesalahan : menenun
Pembetulan : menjahit
Kesalahan : dipakainya
Pembetulan : dipakaikannya
Kesalahan : menenun
Pembetulan : menyulam
Salah pendidikan daripada ibu bapa dikenal pasti sebagai punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.
Kesalahan : daripada
Pembetulan : dari
Kesalahan : pendidikan
Pembetulan : didikan
Kesalahan : dalam kalangan
Pembetulan : di kalangan
Mereka yang tertakluk kepada peraturan tersebut ialah atlet olahraga.
Kesalahan : kepada
Pembetulan : pada
Kesalahan : ialah
Pembetulan : adalah
Kesalahan : atlet
Pembetulan : atlit
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Izzah seorang yang sangat pendiam.
Apiqah pula seorang yang sangat peramah
dan
kerana
manakala
sungguhpun
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.
Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.
dan
atau
walaupun
kerana
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.
Jangan lupa untuk mengambil reset selepas kamu membuat pembayaran di kaunter.
Reset
Jangan
Pembayaran
Tiada kesalahan ejaan
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.
Puan Jasmin kagit apabila beg tangan yang disandang pada bahunya tiba-tiba disentap oleh pencopet.
Pencopet
Kagit
Bahunya
Beg tangan
