wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja (Sekolah Rendah)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Setiap pagi emak saya _________ seteko teh untuk ahli keluarga saya.

a)

menuang

b)

menjirus

c)

mengadun

d)

membancuh

2.

Pak Usop sedang _________ seekor ayam jantan sambil diperhatikan oleh anak-anaknya.

a)

menyembelih

b)

menyiang

c)

melapah

d)

menghiris

3.

Encik Akbar sedang _________ barang-barang dari lorinya untuk disimpan di dalam stor sambil dibantu oleh anak lelakinya.

a)

membuang

b)

membaling

c)

memunggah

d)

menyelongkar

4.

Danial ________ basikalnya yang pancit menuju ke sebuah bengkel berdekatan rumahnya.

a)

menarik

b)

membaiki

c)

mengangkat

d)

menuntun

5.

Ibu ________ adik supaya dapat tidur dengan lena.

a)

menyentuh

b)

mengusung

c)

mendodoikan

d)

menolak

6.

Peserta pertama dari Moscow sedang _________ sajak sempena Minggu Bahasa Melayu Antarabangsa yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

a)

menuliskan

b)

mendeklamasikan

c)

menghafal

d)

menciptakan

7.

Kami berasa kagum tatkala melihat pekerja industri desa itu ________ batik.

a)

melakar

b)

melukis

c)

mencatat

d)

mencanting

8.

Beberapa ekor kerbau ________ di sawah sewaktu cuaca panas terik.

a)

diikat

b)

berkubang

c)

berendam

d)

meragut rumput

9.

Azmi suka _________ sewaktu rakan-rakannya berbual menyebabkan dia tidak disukai ramai.

a)

mencampur

b)

mencelah

c)

menempek

d)

membebel

10.

Peserta ekspedisi itu _________ sampan beramai-ramai untuk sampai ke seberang.

a)

menarik

b)

mendayung

c)

membonceng

d)

menolak

11.

Penduduk Kampung Permata bergotong-royong _________ dodol menjelang hari raya.

a)

merebus

b)

menanak

c)

mengacau

d)

mengukus

12.

Syafiqah sedang __________ sebuah esei sempena Hari Kebangsaan peringkat sekolah.

a)

mereka

b)

mencipta

c)

menggubah

d)

mengarang

13.

Sebuah kereta yang dipandu di lebuh raya itu telah __________ ke tepi jalan akibat permukaan jalan yang licin dan berminyak.

a)

terbabas

b)

terseret

c)

terkucil

d)

terlanggar

14.

Jalan tar yang rosak teruk di Kampung Tok Uban itu sudah pun __________ dengan tar oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

a)

diturap

b)

diganti

c)

dibubuh

d)

ditambal

15.

Ibu akan _________ nasi terlebih dahulu sebelum mula memasak lauk-pauk.

a)

merebus

b)

mereneh

c)

memasak

d)

menanak

16.

Datin Fatimah sedang berbual-bual dengan suaminya di taman sambil ________ udara petang yang segar.

a)

menelan

b)

menghirup

c)

meneguk

d)

menghidu

17.

Kelihatan beberapa orang gadis sedang duduk bersimpuh sambil _________ daun kunyit.

a)

mengerat

b)

memotong

c)

menghiris

d)

membelah

18.

Wan Qi belajar _________ kuih pau daripada ibu saudaranya yang menjalankan perniagaan menjual kuih pau.

a)

merebus

b)

mengukus

c)

menguli

d)

menjerang

19.

Pak Cik Man _________ lubang untuk menanam tin-tin kosong di tepi rumahnya.

a)

mengambus

b)

meratakan

c)

mengorek

d)

menyimpan

20.

Pertandingan berbalas pantun tersebut terpaksa _______ ke minggu hadapan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

a)

ditolak

b)

ditunda

c)

ditarik

d)

diheret