Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 5 Bab Satu (2022) Mytution

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab...

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

2.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara...

a)

Menjadi kuasa politik unggul di dunia

b)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

3.

Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pandangan ini ditafsir oleh...

a)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

b)

Aristotle

c)

Ibn Khaldun

d)

Tun Dr. Mohamed Salleh Abas

4.

Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan. Berapakah jenis kedaulatan yang diamalkan oleh sesebuah negara...

a)

3

b)

2

c)

1

d)

4

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan tradisional...

a)

Kedaulatan yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.

b)

Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara.

c)

Kedaulatan yang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat.

d)

Kedaulatan yang merujuk kepada pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara.

6.

Apakah dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang...

a)

Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.

b)

Kedaulatan berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.

c)

Kedaulatan dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa.

d)

Kedaulatan yang dapat menjamin kedailan dalam kehidupan bermasyarakat.

7.

Kedaulatan Moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas...

a)

Revolusi Amerika Syarikat

b)

Revolusi Tanah Melayu

c)

Revolusi Keagungan di England

d)

Revolusi Perancis

8.

Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip ... dalam Rukun Negara.

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

9.

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

10.

Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

11.

Berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

12.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Kedaulatan negara kita terletak pada kekuasaan Raja-raja Melayu yang merupakan pemerintah tertinggi yang diperkukuh oleh taat setia rakyat

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

13.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

14.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

15.

Apakah institusi yang bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita?

a)

Badan Kehakiman

b)

Institusi Parlimen

c)

Badan Pelaksana

d)

Institusi Tadbir Negara