wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TADABBUR SURAH ABASA MTEN

Total questions: 8

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH ASBAB NUZUL SURAH ‘ABASA?

a)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Ummi Maktum datang bertemu Rasulullah saw. Apabila Ibnu Ummi Maktum sampai, beliau berkata, “Wahai Rasulullah, bacakan kepadaku al-Quran dan ajarkan kepada aku apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.”

b)

Sedangkan ketika itu Rasulullah SAW sibuk berbincang dengan pembesar-pembesar Musyrik.

c)

Baginda tidak senang dengan permintaan Ibnu Ummi Maktum dan berpaling memasamkan muka. Lalu ayat-ayat ini diturunkan sebagai teguran kepada Nabi SAW secara lembut dan halus

d)

Tindakan ini telah melukakan hati para fakir miskin. Bagi memperbetulkan keadaan tersebut, Rasulullah SAW ditegur kerana memasamkan muka kepada si miskin yang buta.

2.

TADABBUR AYAT AYAT 1-2

a)

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ

b)

“(Muhammad) telah bermasam muka dan berpaling. Kerana dia telah didatangi seorang yang buta.”

c)

Lalu Allah taala menegur sikap tersebut pada sambungan ayat ketiga dan keempat.

d)

Nabi SAW memasamkan dan memalingkan mukanya kerana seorang buta iaitu Ibnu Ummi Maktum datang menemuinya sedangkan ketika itu baginda sibuk berbincang dengan pembesar-pembesar musyrik.

3.

AYAT 3-4

a)

Boleh jadi dia bertanya untuk membersihkan jiwanya atau untuk mengambil pengajaran, dengan itu peringatan yang kamu berikan bermanfaat kepadanya.

b)

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ

c)

“Tahukah engkau boleh jadi ia ingin membersihkan dirinya (daripada dosa) Atau (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?”

d)

Benar, apakah sumber yang memberitahu kamu keadaan orang yang bertanya?

4.

AYAT 5-10

a)

Tugas dan peranan Rasul hanyalah memberikan peringatan dan nasihat. Selepas itu, sesiapa yang menerima, dia boleh beriman dan sesiapa yang menolak, dia boleh kufur. Lantaran itu wahai Rasul, kamu tidak perlu terdesak melayan mereka supaya beriman.

b)

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ

وَهُوَ يَخْشَىٰ

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ

c)

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

d)

Setelah menyebutkan kisah ini, Allah terus menyebut tugas dan peranan Rasul. Tugas risalah yang dibawanya tidak perlu kepada helah mahupun usaha mati-matian untuk menjadikan jiwa orang kafir memperakuinya.

5.

AYAT 11-12

a)

كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌۭ

b)

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

c)

Tidak perlu sama sekali. Ayat-ayat al-Quran merupakan peringatan dan nasihat bagi mereka yang alpa terhadap Allah.

d)

Oleh itu, sesiapa yang ingin mengambil peringatan dan pedoman, lakukanlah. Sesiapa yang tidak ingin mengambil manfaat nasihatnya, dia melakukan jenayah ke atas dirinya sendiri.

6.

AYAT 13-16

a)

Mereka mulia di sisi Allah bahkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang dimuliakan. Mereka tidak melakukan kesalahan dan suci daripada dosa. Mereka tidak mengingkari perintah Allah. Malah melaksanakan apa yang diperintahkan.

b)

. Terangkat dan bersih daripada kekurangan dan kecacatan. Ia tidak dicemari oleh sebarang kepincangan pada mana-mana aspek.

c)

Kemudian Allah Taala menggambarkan peringatan ini (al-Quran) dengan gambaran yang menunjukkan keagungannya. Allah menyatakan bahawa al-Quran tersimpan dan kekal dalam naskhah-naskhah yang tinggi, mulia dan terpuji kedudukannya.

d)

فِى صُحُفٍۢ مُّكَرَّمَةٍۢ

مَّرْفُوعَةٍۢ مُّطَهَّرَةٍۭ

بِأَيْدِى سَفَرَةٍۢ

كِرَامٍۭ بَرَرَةٍۢ

e)

Sesungguhnhya ia dibawa dengan tangan-tangan malaikat perantaraan Allah dan makhluk-Nya.

7.

IBRAH DAN PENGAJARAN AYAT

a)

Utamakan orang Islam dalam segala hal yang dilakukan tanpa meninggalkan orang lain.

b)

Sentiasa memberi peringatan dan nasihat dengan hikmah dan rendah hatI

c)

Tidak berbangga dan besar diri dengan peringatan dan nasihat tentang Islam yang diberikan.

d)

Memperakui segala nasihat dan peringatan yang diberikan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

e)

Laksanakan segala perintah Allah dan jauhi segala laranganNya dalam setiap tindakan yang dilakukan.

8.

IBRAH DAN PENGAJARAN AYAT

a)

Setiap perbuatan akan dihisab sama ada perbuatan baik atau buruk.

b)

Perbuatan baik akan diberikan ganjaran manakala perbuatan buruk akan diberikan balasan setimpal di akhirat kelak.

c)

3. Tidak berbangga dan besar diri dengan peringatan dan nasihat tentang Islam yang diberikan.

d)

Hari akhirat menjadi bukti setiap amalan ketika di dunia.

e)

Jika baik, maka akan dibangkitkan dalam keadaan yang sempurna, namun jika sebaliknya, maka demikianlah keadaan dibangkitkan sepertimana yang digambarkan dalam surah ini.