wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.4 : Klasifikasi Perniagaan

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

2.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana berbanding dengan perniagaan bersaiz besar?

a)

Dapat menguasai pasaran

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Berupaya membuat perubahan dengan cepat

d)

Senang mendapat pekerja yang berpengalaman

3.

Antara yang berikut, manakah yang digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kilang kek

b)

Kedai perabot

c)

Pengeluaran kereta

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

4.

Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder?

a)

Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah

b)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

c)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat umum

d)

Penghasilan peralatan saintifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran

5.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan sektor ketiga?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Melibatkan aktiviti peruncit dan pemborong

b)

Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan

c)

Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara

d)

Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama

6.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...

a)

antara penduduk luar negara.

b)

antara negara dengan negara.

c)

antara penduduk dalam negara

d)

antara sempadan sesebuah negara

7.

Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

MATRADE

8.

Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Saiz pasaran adalah kecil

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Tidak melibatkan operasi yang besar

d)

Kos yang ditanggung adalah rendah

9.

Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa?

a)

Skala zon

b)

Skala negeri

c)

Skala tempatan

d)

Skala kebangsaan

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Roti Aisyah.


[ Kilang Roti Aisyah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh. Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai]


Kriteria di atas merujuk kepada ...

a)

syer pasaran

b)

bilangan buruh

c)

jumlah modal

d)

jumlah jualan

11.

Gambar di atas menunjukkan sejenis aktiviti.

Aktiviti manakah yang boleh digolong dalam sektor yang sama dengan aktiviti tersebut?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Pembinaan

b)

Perkilangan

c)

Perlombongan

d)

Perhutanan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti.


[Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan]


Aktiviti di atas digolong sebagai aktiviti dalam sektor ...

a)

utama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

13.

Apakah kekurangan bagi perniagaan bersaiz sederhana?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Sukar untuk ditubuhkan

b)

Melibatkan pengkhususan kerja yang rumit

c)

Pekerja tiada peluang naik pangkat dalam organisasi

d)

Tiada sumber yang mencukupi untuk melatih pekerja

14.

Pasaran domestik terbahagi kepada ...

a)

zon dan global

b)

tempatan dan global

c)

daerah, zon dan kebangsaan

d)

tempatan, negeri dan kebangsaan

15.

Apakah sektor yang banyak penduduk Malaysia ceburi selepas Merdeka?

a)

Sektor pertanian

b)

Sektor pembinaan

c)

Sektor perindustrian

d)

Sektor perkhidmatan