Font size
WorksheetsKUIZ RAMADHAN
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Ayat di atas menerangkan tentang kewajipan?
Solat
Puasa
Zakat
Haji
Berikut adalah keistimewaan bulan Ramadhan kecuali....
Bulan diturunkan Al-Quran
Bulan menyambut Maulidur Rasul
Bulan umat Islam berpuasa
Terdapat malam al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan
Puasa bermaksud menahan diri daripada perkara membatalkan puasa bermula dari terbit _____ sehingga terbenam matahari mengikut syarat tertentu dan disertai _____ puasa.
matahari, doa
bulan, niat
bintang, doa
fajar, niat
Berikut adalah syarat sah puasa kecuali....
Islam
Pitam sepanjang hari
Mumaiyiz
Suci dari haid atau nifas
Berikut adalah syarat wajib puasa kecuali.....
Islam
Berakal
Tidak uzur syar'ie yang menghalang puasa
Sakit yang memudaratkan
Rukun puasa ada dua. Apakah ia?
Niat puasa, tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa
Niat puasa, tertib
Niat puasa, terawih
Niat puasa, bersahur
Ibu memasak makanan untuk berbuka puasa. Ketika memasak, ibu merasa makanan dengan lidah. Apakah hukumnya?
Sunat
Makruh
Harus
Haram
Amirah suka melewatkan sahur. Apakah hukumnya?
Sunat
Makruh
Harus
Haram
Akmal kebiasaannya akan muntah apabila melihat bangkai. Ketika dalam perjalanan ke bazar Ramadhan, dia sengaja mencari dan melihat bangkai sehingga muntah. Adakah sah atau batal puasanya?
Sah
Batal
Seorang lelaki berkhayal sehingga keluar air mani. Adakah sah atau batal puasanya?
Sah
Batal
Ros berbekam selepas pulang dari kerja di siang hari. Adakah sah atau batal puasanya?
Sah
Batal
Ahmad tinggal di Pulau Pinang. Dia telah bermusafir ke Johor untuk melanjutkan pelajaran di universitinya. Adakah harus untuk dia berbuka puasa?
Harus
Tidak Harus
Nenek Halimah berumur 96 tahun dan sedang sakit tua. Dia tidak berpuasa. Apakah hukumnya?
Sunat
Makruh
Harus
Haram
Seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya telah berbuka puasa kerana bimbang akan kesihatan dirinya. Adakah dia wajib qada' atau fidyah?
Wajib Qada' (mengganti puasa)
Wajib Fidyah (memberi makan pada fakir miskin)
Fifi tidak mengganti puasa sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Apakah yang perlu dia lakukan?
Wajib Qada' (mengganti puasa)
Wajib Fidyah (memberi makan pada fakir miskin)
Wajib Qada' dan Fidyah (mengganti dan memberi makan pada fakir miskin)
Amri berpuasa pada 1 Syawal. Apakah hukum puasanya?
Wajib
Sunat
Haram
Makruh
Fatimah bernazar untuk berpuasa selama 3 hari jika dia berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM. Apakah hukum puasanya?
Wajib
Sunat
Haram
Makruh
Pak Abdullah berpuasa sepanjang tahun. Apakah hukum puasanya?
Wajib
Sunat
Haram
Makruh
Adakah batal puasa apabila menggunakan earphone di lubang telinga?
Batal
Tidak Batal
Apakah hukum orang yang berpuasa terkentut di dalam air?
Sah Puasa
Batal Puasa
Apakah hukum berniat puasa Ramadhan pada waktu siang hari
Sah Puasa
Batal Puasa
Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?
Wajib
Sunat
Haram
Makruh
Anita berpuasa dan datang ke sekolah. Ketika di dalam kelas, dia tiba-tiba pengsan sekejap dan sedar selepas beberapa minit. Adakah puasa Anita sah atau batal?
Sah Puasa
Batal Puasa
Pahala membaca al-quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda daripada bulan-bulan lain.
Betul
Salah
Pilih 3 hikmah berpuasa
Puasa dapat mengurangkan perbelanjaan makan dan minum di siang hari
Puasa dapat menjaga kesihatan badan
Puasa dapat menyebabkan keletihan dan sakit perut
Puasa dapat melahirkan sifat belas ihsan terhadap fakir miskin
