wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMPULAN BAHASA (SEKOLAH RENDAH)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pak Deraman macam kerbau _________ apabila mengetahui kebun buah-buahnnya telah diceroboh.

a)

patah hati

b)

buku mulut

c)

naik minyak

d)

tangkai jering

2.

__________ yang dibawa oleh Kak Ina dari New Zealand berupa buah kiwi yang memang saya sukai.

a)

Buah fikiran

b)

Buah hati

c)

Buah tangan

d)

Buah mulut

3.

Kemenangan Amira dalam pertandingan ping pong peringkat negeri Selangor sudah menjadi __________ rakan-rakannya.

a)

buah mulut

b)

perang mulut

c)

ringan mulut

d)

mulut tempayan

4.

Encik Rahmat memberi _________ kepada wakil Syarikat Jualan Automobil itu kerana hendak membeli sebuah kereta.

a)

duit poket

b)

wang hangus

c)

wang hantaran

d)

wang muka

5.

Hanya Kak Idah sahaja yang dapat menyelami ___________ Along Khairul yang bersikap pendiam itu.

a)

buah hati

b)

buah fikiran

c)

isi hati

d)

patah hati

6.

Sikap Azlan yang suka __________ semasa orang lain bekerja menyebabkan dia diberhentikan kerja.

a)

putih tulang

b)

ringan tulang

c)

berat tulang

d)

curi tulang

7.

Patutlah Helen seperti __________ apabila diberitahu dirinya dipanggil oleh majikan, rupa-rupanya dia sudah berbuat salah.

a)

lintah darat

b)

bunga dedap

c)

cacing kepanasan

d)

kerang busuk

8.

Angela tersengih-tersengih seperti __________ apabila diberitahu teman lelakinya menghantar sejambangan bunga untuknya.

a)

lintah darat

b)

kerang busuk

c)

bunga dedap

d)

mati kutu

9.

Kami ketawa hingga __________ melihat aksi-aksi Nabil dalam program Maharaja Lawak sebentar tadi.

a)

buruk siku

b)

pecah perut

c)

angkat bahu

d)

berat perut

10.

Tiba-tiba sahaja __________ Wan berubah apabila ada yang mencacinya.

a)

air muka

b)

air tangan

c)

hasil tangan

d)

panas hati

11.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya __________.

a)

rambang mata

b)

otak udang

c)

tanda mata

d)

tajam akal

12.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menjadi _________ Hanim di tengah malam yang sunyi.

a)

halwa telinga

b)

hati terbuka

c)

telinga kuali

d)

lapik perut

13.

Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu __________ setiap kali bertemu.

A berpeluk tubuh C kepala batu

B bertikam lidah D habis jodoh

a)

berpeluk tubuh

b)

kepala batu

c)

habis jodoh

d)

bertikam lidah

14.

Mila __________ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak tidur semalaman.

a)

berat mata

b)

hilang nyawa

c)

hilang akal

d)

berat hati

15.

Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan _________.

a)

titik peluh

b)

makan suap

c)

telinga kuali

d)

minta diri

16.

Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.

a)

berat sebelah

b)

ambil angin

c)

kepala angin

d)

tin kosong

17.

Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber __________ semasa bermain di padang.

a)

mulut tempayan

b)

gigi hutan

c)

jejak bara

d)

kaki ayam

18.

__________ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.

a)

Hidung tinggi

b)

Hancur hati

c)

Iri hati

d)

Besar hati

19.

Maria _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.

a)

hilang akal

b)

makan diri

c)

mandi kerbau

d)

titik peluh

20.

Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.

a)

langkah kanan

b)

mandi peluh

c)

pekak badak

d)

ketam batu