NEW
Font size
WorksheetsKATA KERJA 1 TAHUN 6
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Wanita itu _________ anak lelakinya dengan tinggi ketika beriadah di taman rekreasi.
menjunjung
menjinjit
menjulang
mendulang
Pemuda itu ________ ketika bermeditasi.
bersimpuh
bersilang kaki
bersila
berlunjur
Wei Xian _______ rakannya yang tercedera ketika bersukan untuk pulang ke rumah.
mengangkat
memikul
menggalas
memapah
Wanita itu _______ anak perempuannya yang masih kecil ketika bersiar-siar di taman botani.
menggendong
mengepit
mengandar
mengelek
Pada masa dahulu, penjaja nasi kandar akan _______ dua buah periuk besar yang berisi nasi dan lauk untuk berjaja di tepi jalan pada waktu pagi.
menggandar
mengandar
mengganda
menganda
Pelayan wanita itu _______ sebuah dulang yang berisi minuman sambil berjalan ke arah sebuah meja.
mengambil
mengangkat
menatang
menadah
Wanita itu ________ di tepi jalan setelah penat berdiri.
bertinggung
berlutut
bersujud
berlunjur
Lelaki itu ______ basikalnya di atas bahu kerana basikalnya telah pancit.
menjinjit
menyorong
menjunjung
memikul
Brandon ______ sebuah troli untuk mengisi barangan yang dibelinya ketika membeli-belah di Pusat Beli-Belah Aeon.
membawa
menyorong
menjunjung
memandu
Seorang nelayan tua sedang ________ jalanya yang sudah terkoyak di bawah pokok.
menenun
menyirat
menyulam
mengukir
Ibu ________ beberapa butir telur di dalam periuk yang berisi air itu sebagai salah satu lauk untuk nasi lemak.
menggoreng
menumis
mengukus
merebus
Zocelyn terpaksa ________ basikalnya yang pancit sambil berjalan pulang ke rumah dengan geram.
menuntut
menonton
menuntun
menarik
Beberapa ekor kerbau sedang _______ rumput di tepi jalan.
merungut
merengut
merapu
meragut
Abang sedang ________ daging ayam untuk membuat bebola ayam.
mencencang
membelah
mencantas
mencanting
Pemuda yang jahat itu _______ sebaldi air panas ke arah anjing yang mengejarnya untuk melepaskan geram.
merenjis
menyembur
menyimbah
mengalir
