wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Daya dalam bendalir

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud tekanan?

a)

Daya yang bertindak secara normal ke atas satu unit luas

b)

Daya per unit luas

c)

Luas per unit daya yang bertindak secara normal

d)

Luas per unit daya

2.

Yang manakah antara berikut merupakan unit bagi tekanan?

a)

Nm1Nm^{-1}

b)

NmNm

c)

N m2N\ m^{-2}

d)

N

3.

Semakin besar daya yang bertindak pada suatu permukaan, semakin ________ tekanan.

a)

kecil

b)

rendah

c)

besar

d)

cepat

4.

Apakah hubungan tekanan dengan luas permukaan?

a)

Berkadar terus

b)

Berkadar songsang

c)

semakin tinggi luas permukaan, semakin tinggi tekanan

d)

semakin kecil luas permukaan, semakin kecil tekanan

5.

Semua dibawah merupakan faktor yang mempengaruhi tekanan di dalam cecair kecuali .....

a)

Pecutan graviti

b)

Ketumpatan cecair

c)

Kedalaman

d)

Ketumpatan objek

6.

Yang manakah pernyataan yang betul tentang tekanan atmosfera ?

a)

tekanan disebabkan oleh

berat udara dalam atmosfera yang dikenakan ke atas

semua objek di permukaan bumi

b)

tekanan disebabkan oleh

berat air dalam awan yang dikenakan ke atas

semua objek di permukaan bumi

c)

tekanan disebabkan oleh

berat awan dalam atmosfera yang dikenakan ke atas

semua objek di permukaan bumi

d)

tekanan disebabkan oleh

berat air dalam atmosfera yang dikenakan ke atas

semua objek di permukaan bumi

7.

Peralatan manakah yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera?

a)

Tolok skru micrometer

b)

termometer

c)

Barometer

d)

galvanometer

8.

sebuah objek sedang tenggelam. Ini kerana ..........

a)

Berat objek + daya apungan

b)

Berat objek = daya apungan

c)

Berat objek < Daya apungan

d)

Berat objek > Daya apungan

9.

Perhatikan gambar berikut!

Tekanan yang paling besar terjadi pada titik

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Manakah antara kasut berikut mengenakan tekanan yang paling minima kepada tanah apabila dipakai oleh wanita yang sama?

a)
b)
c)
d)
11.

Rajah menunjukkan sebiji durian dan sebiji kelapa yang sama jisim, diletakkan di dalam dua beg plastik yang serupa.

Mengapakah beg plastik berisi durian lebih mudah koyak?

a)

Luas permukaan durian yang bersentuhan dengan beg plastik lebih besar

b)

Daya yang dikenakan oleh durian terhadap beg plastik lebih besar

c)

Tekanan yang dikenakan oleh durian terhadap beg plastik lebih besar

d)

Isipadu durian adalah lebih besar

12.

Rajah menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri di atas sebelah kaki. Beratnya adalah 720 N dan luas permukaan tapak kasutnya adalah 0.02 m2.

Berapakah tekanan yang dikenakan oleh lelaki tersebut?

a)

14.4 Pa

b)

28.8 Pa

c)

18 000 Pa

d)

36 000 Pa

13.

Blok manakah yang menghasilkan tekanan yang kecil ke atas lantai jika kesemua blok itu diperbuat daripada bahan yang sama. Berat setiap blok ialah 100 N.

a)
b)
c)
d)
14.

Yang manakah antara rajah berikut bukan aplikasi tekanan dalam kehidupan seharian kita?

a)
b)
c)
d)
15.

Apakah hubungan antara  F1F_1  dan  F2F_2  jika  A1=A2A_1=A_2  

a)

F1=F2F_1=F_2  

b)

F1>F2F_1>F_2  

c)

F1<F2F_1<F_2  

d)

F1×F2F_1\times F_2  

16.

Apakah yang berlaku kepada tekanan atmosfera apabila ketinggian dari aras laut berkurang?

a)

Tekanan atmosfera tidak berubah

b)

Tekanan atmosfera rendah

c)

Tekanan atmosfera tinggi

17.

Apakah yang akan dialami oleh penyelam itu jika dia menyelam semakin dalam ke dasar laut?

a)

Berat air laut yang bertindak pada badan penyelam itu bertambah (tekanan tinggi)

b)

Berat air laut yang bertindak pada badan penyelam itu berkurang (tekanan rendah)

c)

Penyelam akan kekurangan nafas

d)

Penyelam lebih senang nak timbul semula ke permukaan

18.

Mengapakah dinding empangan air direka bentuk lebih lebar pada bahagian dasar?

a)

Untuk mengatasi kesan tekanan air yang tinggi pada bahagian dasar empangan

b)

Untuk menampung air yang banyak dalam empangan

c)

Untuk mengatasi tekanan atmosfera yang tinggi pada dasar empangan

19.

Mengapakah paip bagi bekas air ditempatkan pada bahagian bawah bekas?

a)

Tekanan dibahagian bawah bekas air lebih tinggi berbanding dengan permukaan bawah

b)

Tekanan dibahagian bawah lebih rendah daripada permukaan atas.

20.

Mengapakah jarak air yang keluar dari lubang yang paling atas lebih pendek berbanding yang lain?

a)

Tekanan di lubang paling atas adalah paling tinggi

b)

Luas permukaan lubang paling atas adalah lebih besar

c)

Tekanan di lubang paling atas adalah paling rendah

21.

Sebuah pam penyedut ditarik ke atas untuk mengeluarkan kekotoran di dalam sebatang paip sinki yang tersumbat.Rajah manakah yang betul untuk menunjukkan tekanan?

a)
b)
c)
d)
22.
Mengapakah air tidak boleh disedut masuk ke dalam picagari apabila omboh di tarik ke atas?
a)
Tekanan udara di dalam picagari lebih tinggi daripada tekanan atmosfera.
b)
Tekanan udara di dalam picagari lebih rendah daripada tekanan atmosfera.
c)
Tekanan udara di dalam picagari sama daripada tekanan atmosfera.
23.
Apabila disedut, udara di dalam penyedut minuman disingkirkan. Kawasan tekanan ___________ terhasil di dalam penyedut minuman. Tekanan udara di luar yang lebih _____________ menolak air masuk ke dalam penyedut minuman. 
a)
Tinggi , Rendah
b)
Tinggi, Tinggi
c)
Rendah, Tinggi
d)
Rendah, Rendah
24.
Apabila pelocok ditekan ke bawah, udara di dalamnya dipaksa keluar. Kawasan tekanan _______ terhasil. Tekanan udara di luar yang lebih ________ menekan penyedut getah dan melekapkannya pada permukaan sinki. Apabila pelocok ditarik ke atas, tekanan yang lebih ______ di dalam saluran paip menolak keluar kotoran yang tersumbat. 
a)
Rendah, Tinggi, Rendah
b)
Rendah, Tinggi, Tinggi
c)
Tinggi, Rendah, Rendah
d)
Tinggi, Rendah, Tinggi
25.
Rajah menunjukkan susu pekat dituangkan keluar daripada sebuah tin. Dua lubang diperlukan untuk menuang susu pekat lebih mudah daripada tin itu. Ini adalah kerana
a)
susu itu berada dalam keadan cecair
b)
tekanan atmosfera di luar tin berkurang
c)
tekanan udara di dalam tin dan di luar tin adalah sama
d)
tekanan udara menolak udara masuk ke dalam suatu lubang dan menolak susu keluar daripada satu lubang lagi.
26.

__________ bertambah dengan kedalaman dan ketumpatan cecair

a)

Tekanan udara

b)

Tekanan atmosfera

c)

Tekanan cecair

d)

Tekanan graviti

27.

Penyelam laut memakai peralatan khas pada pakaian supaya dapat menahan ________________________________

a)

tekanan air yang tinggi

b)

tekanan air yang rendah

c)

tekanan graviti yang tinggi

d)

tekanan graviti yang rendah

28.

Badan kapal selam diperbuat daripada bahan yang kuat supaya tidak kemik akibat_____________

a)

Tekanan air rendah

b)

tekanan air tinggi

c)

tekanan atmosfera rendah

d)

tekanan atmosfera tinggi

29.

Apakah kaitan antara kedalaman dengan tekanan cecair?

a)

semakin bertambah kedalaman, semakin bertambah tekanan cecair

b)

semakin bertambah kedalaman, semakin berkurang tekanan cecair

c)

semakin bertambah kedalaman, tekanan cecair tidak berubah