NEW
Font size
WorksheetsKUIZ RAMADAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Antara berikut, perbuatan yang manakah TIDAK MEMBATALKAN Puasa?
A. Makan dan minum dengan sengaja
B. Korek hidung dengan sengaja
C. Muntah dengan sengaja
D. Murtad (Keluar dari ISLAM)
2. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di..
A. Gua Thur
B. Gua Hira'
C. Bukit Tursina
D. Bukit Safa
3. Apakah hukum bersahur dalam waktu imsak?
A. Tidak sah puasa
B. Sah puasa
C. Makruh
D. Haram
4. Apakah perbezaan antara puasa orang Islam dan ahli kitab?
A. Pergi ke bazar ramadhan
B. Juadah berbuka
C. Bersahur
D. Pakaian raya
5. Perkara berikut tidak membatalkan puasa kecuali:
A. Menggosok gigi
B. Memakai ubat penitis mata
C. Tidak sengaja termakan nasi
D. pengsan sepanjang hari
6. Soalan: Antara berikut, yang manakah urutan yang betul bagi tingkatan berpuasa?
A. awam - Khusus - khususil khusus
B. Khusus – awam – khususil khusus
C. khususil khusus – Khusus – awam
7. Apakah peperangan yang berlaku pada bulan Ramadan?
A. Perang Uhud
B. Perang Mu'tah
C. Perang Badar
D. Perang Khaibar
8. Dalil manakah yang menunjukkan kewajipan berpuasa?
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ (البقرة: 183
فمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ(البقرة: 184)
شهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ (البقرة: 185)
ثمَّ اَتِمُّوا الصِّيَامَ اِلَى الَّيْلِۚ (البقرة: 187)
9. Ali menunaikan solat sunat terawih selepas maghrib kerana risau tertidur selepas solat isya'. Apakah hukum solatnya?
A. Sah dengan pahala penuh
B. Sah dengan pahala kurang
C. Tidak sah solatnya
10. Bilakah umat Islam difardhukan berpuasa?
A. 9 Sya’ban tahun kedua Hijrah
B. 10 Sya’ban tahun kedua Hijrah
C. 9 Sya’ban tahun ketiga Hijrah
D. 10 Sya’ban tahun ketiga Hijrah
11. Berikut merupakan waktu yang dibenarkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kecuali…
A. bermula 1 Ramadan hingga 30 Ramadan
B. selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
C. selepas solat Subuh pada akhir Ramadan hingga sebelum solat Aidilfitri
D. selepas terbenam matahari 1 Syawal
12. Aminah akan muntah apabila setiap kali melihat bangkai. Pada siang hari 2 Ramadan, dia sengaja melihat bangkai biawak di belakang rumahnya. Apakah hukum puasanya jika dia termuntah?
A. Batal
B. Tidak batal
C. Sah
D. Tidak sah
13. Nek Mah menghidap sakit tua dan tidak ada kemampuan untuk berpuasa. Apakah penyelesaian bagi situasi yang dihadapi oleh Nek Mah?
A. Tidak perlu qadha dan tidak bayar fidyah
B. Tidak perlu qadha tetapi perlu bayar fidyah
c. Perlu qadha dan fidyah
d. Perlu qadha sahaja
14. Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
A - haram
B - makruh
C - sunat
15. Nabilah bermusafir ke Mekah pada bulan Ramadan. Setibanya di sana, penduduk Mekah sedang berhari raya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nabilah pada hari tersebut terhadap puasanya?
A. Teruskan berpuasa
B. Berbuka dan berhari raya bersama serta tidak perlu qadha
c. Berbuka dan berhari raya bersama tetapi perlu qadha
