wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.
Apakah jenis ayat ini?
Jangan buang sampah di sini.
a)
Ayat larangan
b)
ayat silaan
c)
ayat suruhan
d)
ayat perintah
2.
apakah jenis ayat ini?
Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.
a)
ayat silaan
b)
ayat perintah
c)
ayat larangan
d)
ayat suruhan
3.
yang manakah bukan jawapan yang salah bagi ayat dibawah yang dipasifkan?
Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.
a)
Sebelum menandatangainya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.
b)
Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.
c)
Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.
d)
surat perjanjian jual beli rumah itu perlu ditandatangani oleh kamu sebelum menandatanganinya.
4.
yang manakah bukan ayat tunggal bagi ayat ini?
golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.
a)
Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada keluarga 
b)
Golongan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.
c)
Kasih sayang daripada keluarga diperlukan oleh remaja.
5.
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
ayat yang manakah bukan ayat tunggal bagi penyataan diatas. 
a)
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
b)
Kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
c)
Remaja diabaikan manakala ibu bapa sibuk bekerja.
6.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
pecahan yang manakah bukan ayat tunggal?
a)
Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
b)
Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
c)
Pencapaian akademik mereka akan centiasa cemerlang jika dipastikan oleh ibu bapa.
7.
Yang manakah bukan ayat tunggal yang betul?

Ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung dan sikap cinta akan kebersihan
a)
ibu bapa perlu menyemai sikap menabung dalam diri anak mereka
b)
Ibu bapa perlu menyemai sikap cinta akan kebersihan
c)
ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung.
8.
yang manakah bukan pecahan ayat tunggal bagi ayat ini?
Hanis berasa amat terkejut apabila disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
a)
Hanis amat terkejut disergah seorang pemuda
b)
Hanis berasa amat terkejut
c)
Hanis disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
9.
yang manakah bukan pecahan ayat majmuk yang betul?
Media massa melaporkan bahawa kejadian banjir kilat di kuala lumpur semakin teruk
a)
Media massa melaporkan banjir kilat di kuala lumpur.
b)
Media massa melaporkan sesuatu
c)
Kejadian banjir kilat di kuala lumpur
10.
Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya.
Yang manakah peribahasa yang paling sesuai dengan maksud diatas?
a)
Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
b)
Siapa makan cili dia yang terasa pedas
c)
Sudah jatuh ditimpa tangga
d)
                                                        Sudah terhantuk baru tergadah
11.
Jika dikehendaki bermacam-macam iktiar boleh dilakukan dan begitu juga sebaliknya.  Peribahasa apakah yang menunjukkan maksud tersebut?
a)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
b)
patah tumbuh hilang berganti
c)
genggam bara api biar jadi abu
d)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
12.
yang manakah tidak membawa maksud yang seerti
a)
genggam bara api sampai jadi abu
b)
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
c)
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
d)
melepaskan batuk di tangga
13.
apakah pola bagi ayat ini?
Kebudayaan nasional lambang identiti negara.   
a)
FN+FK
b)
FN+FN
c)
FN+FS
d)
FN+FA
14.
Basikal merah itu untuk abang saya.  Nyatakan pola ayat tersebut
a)
FN+FS
b)
FN+FN
c)
FN+FA
d)
FN+FK
15.
Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan hamparan hijau. 
Apakah pola ayat ini?
a)
FN + FN
b)
FN+ FK
c)
FN+FA
d)
FN+FS
16.
Pola ayat ini ialah?
Menara yang tinggi itu cantik reka  bentuknya. 
a)
FN+FA
b)
FN + FS
c)
FN+FN
d)
FN + FK
17.
Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan tersebut.  Nyatakan pola ayat berikut.
a)
FN + FN
b)
FN+FA
c)
FN+ FS
d)
FN+ FK
18.
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah. 
a)
berkumpul
b)
mengumpul
c)
dikumpul
d)
mengumpulkan
19.
Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya. 
a)
berdua
b)
kedua
c)
berdua-duaan
d)
dua
20.
Bapanya __________________ salah seorang pekerja untuk memantau tapak projek yang
baharu.
 
a)
diarah
b)
terarah
c)
mengarahkan
d)
mengarah