wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA (SEKOLAH MENENGAH)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Menara pemerhati polis hanya _________ pada penglihatan pemandu kerana diselubungi kabus yang tebal pada waktu pagi.

a)

dekat-dekat

b)

balam-balam

c)

datang-datang

d)

bayang-bayang

2.

Hang Tuah mengelak ke kanan apabila musuhnya melemparkan __________ ke arahnya.

a)

bebola

b)

bebaling

c)

bebalang

d)

bebawang

3.

Suasana di pasar raya itu _________ selepas dua das tembakan kedengaran.

a)

huru-hara

b)

gundah-gulana

c)

inggang-inggung

d)

tunggang-langgang

4.

Pada setiap hari Jumaat, umat Islam ___________ ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

a)

berburu-buru

b)

berbolak-balik

c)

berbunyi-bunyi

d)

berbondong-bondong

5.

Wasiat datuk Ali masih _________ di telinganya.

a)

menderu-deru

b)

berdesir-desir

c)

berderau-derau

d)

mendesing-desing

6.

___________ tawa bayi itu kedengaran apabila ibu menggeletek ketiaknya.

a)

Derak-derik

b)

Debak-debuk

c)

Dekuh-dekah

d)

Dekuk-dekak

7.

"____________ lagi sudah aku kata, jangan bermain di situ," kata Pak Sali kepada cucunya.

a)

Bila-bila

b)

Rasa-rasa

c)

Esok-esok

d)

Awal-awal

8.

Tilam yang dibuat daripada _________ agak mahal harganya di pasaran.

a)

kekabu

b)

bebulu

c)

rerambut

d)

bebenang

9.

Bumbung bangunan itu mudah runtuh apabila ditiup angin kerana _________nya dibuat daripada bahan yang bermutu rendah.

a)

jejari

b)

kekuda

c)

lelangit

d)

tetulang

10.

Boon Hoek mengukur sudut meja itu dengan menggunakan ___________.

a)

bebola

b)

tetupai

c)

sesiku

d)

tetawak

11.

Banyak _________ berterbangan di kawasan berhampiran sungai itu.

a)

pepatung

b)

lelabi

c)

kekura

d)

jejentik

12.

Restoran itu menjadi pilihan ramai kerana menyediakan _________ daging rusa sebagai menu istimewanya.

a)

tetikus

b)

bebola

c)

lelangit

d)

bebenang

13.

Fakhrul dan rakan-rakannya ___________ untuk sampai dahulu ke kawasan persekolahan itu.

a)

berpusu-pusu

b)

berlumba-lumba

c)

berguling-guling

d)

bertolak-tolak

14.

Ashraf _________ apabila dimarahi oleh abangnya tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

a)

terkial-kial

b)

tersedu-sedu

c)

terpinga-pinga

d)

tersentak-sentak

15.

Pasukan bola sepak negara bermain _________ untuk menumpaskan pihak lawannya dalam perlawanan akhir itu.

a)

besar-besaran

b)

kecil-kecilan

c)

buat-buatan

d)

mati-matian

16.

Asap yang tebal __________ keluar melalui tingkap bangunan yang terbakar itu.

a)

berkepul-kepul

b)

bergerak-gerak

c)

berpusu-pusu

d)

berebut-rebut

17.

Kebanyakan rumah-rumah tradisional mempunyai ____________ untuk memudahkan udara keluar dan masuk ke dalam rumah tersebut.

a)

lelabi

b)

kekisi

c)

beburung

d)

sesiku

18.

Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

19.

Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

tercungap-cungap

b)

terbahak-bahak

c)

teresak-esak

d)

tersipu-sipu

20.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang