wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pemikiran komputasional ialah satu proses ____________ bagi tujuan _________________ sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains _____________.

a)

komputer menyelesaikan pemikiran

b)

pemikiran menyelesaikan komputer

c)

pemikiran menyelesaikan mesin

d)

menyelesaikan pemikiran mesin

2.

Mengutamakan perkara-perkara penting dalam sesuatu masalah dan meninggalkan perkara-perkara yang kurang penting.

a)

Teknik Peniskalaan

b)

Teknik Leraian

c)

Teknik Pengecaman corak

d)

Teknik Pengitlakan

3.

Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian.

a)

Teknik Peniskalaan

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Leraian

d)

Teknik Pengitlakan

4.

Meminta kebenaran ibu bapa untuk pergi ke kedai. Adakah pernyataan tersebut pemikiran komputersional ?

a)

Benar

b)

Palsu

5.

Merancang perjalanan yang paling pendek untuk ke sekolah. Adakah pernyataan tersebut pemikiran komputersional ?

a)

Benar

b)

Palsu

6.

1. Pembinaan model bagi masalah yang diselesaikan dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah-langkah.

2. Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian.

a)

Teknik Leraian & Pengecaman Corak

b)

Teknik Peniskalaan & Leraian

c)

Teknik Pengitlakan & Leraian

d)

Teknik Peniskalaan & Pengitlakan

7.

BENAR bagi aspek penting dan PALSU bagi aspek kurang penting dalam membuat kek.

1. Tempoh kek dibakar dalam ketuhar

2. Bentuk bekas adunan kek yang dibakar

3. Sukatan bahan kek

a)

1. BENAR, 2. BENAR, 3. BENAR

b)

1. BENAR, 2. BENAR, 3. PALSU

c)

1. BENAR, 2. PALSU, 3. BENAR

d)

1. BENAR, 2. PALSU 3. PALSU

8.

Dalam satu soalan matematik berkaitan pecahan, Raina memecahkan soalan kepada beberapa langkah sebelum menyelesaikannya.

a)

Teknik Peniskalaan

b)

Teknik Leraian

c)

Teknik Pengitlakan

d)

Teknik Pengecaman Corak

9.

Kelas 1 Inovatif hendak merancang membeli barang bagi majlis perpisahan guru kelas mereka.

a)

Teknik Pengecaman Corak

b)

Teknik Peniskalaan

c)

Teknik Leraian

d)

Teknik Pengitlakan

10.

Asfa sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan menggaris isi penting sahaja.

a)

Teknik Pengecaman Corak

b)

Teknik Pengitlakan

c)

Teknik Leraian

d)

Teknik Peniskalaan

11.

Pemikiran komputasional ialah

a)

satu proses pemikiran bertujuan untuk membahagikan masalah kepada bahagian kecil

b)

satu proses pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah berbantukan mesin

c)

satu proses memberikan arahan kepada komputer

d)

satu proses berfikir seperti komputer

12.

Yang manakah benar turutan aliran proses pemikiran komputasional

a)

Kenal pasti corak yang sama -> Masalah dipecahkan -> Perkara tidak penting ditinggalkan -> Sediakan satu model penyelesaian masalah

b)

Masalah dipecahkan -> Kenal pasti corak yang sama -> Perkara tidak penting ditinggalkan -> Sediakan satu model penyelesaian masalah

c)

Sediakan satu model penyelesaian masalah -> Masalah dipecahkan -> Kenal pasti corak yang sama -> Perkara tidak penting ditinggalkan

d)

Masalah dipecahkan -> Perkara tidak penting ditinggalkan -> Kenal pasti corak yang sama -> Sediakan satu model penyelesaian masalah

13.

Cikgu memberikan tugas melabel bahagian-bahagian pokok.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

14.

Ketika membaca buku cerita, Rakesh hanya membaca bahagian sinopsis sahaja untuk mendapatkan isi pentingnya

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

15.

Dalam kedua-dua cerita Cinderella dan Bawang Putih Bawang Merah, watak utama dilayan dengan buruk oleh keluarga tiri. Tetapi, Cinderella mempunyai dua orang kakak tiri manakala Bawang Merah mempunyai seorang kakak tiri.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

16.

Padankan pernyataan pengitlakan berdasarkan gambar-gambar tersebut berdasarkan jawapan yang diberi.

a)

B: Kucing yang memikirkan tentang ikan

A: Kucing ingin makan ikan

C: Kucing ingin makan ikan

b)

A: Kucing yang memikirkan tentang ikan

C: Kucing ingin makan ikan 

B: Kucing ingin makan ikan

c)

C: Kucing yang memikirkan tentang ikan

B: Kucing ingin makan ikan 

A: Kucing ingin makan ikan

d)

A: Kucing yang memikirkan tentang ikanB: Kucing ingin makan ikan C: Kucing ingin makan ikan

17.

Sesetengah perkakasan harian mempunyai atur cara komputer. Apakah yang dimaksudkan oleh atur cara komputer?

a)

Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah.

b)

Satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu.

18.

Komputer polis boleh mengesan penjenayah dengan menggunakan sistem yang mengenal pasti cap jari.

a)

Teknik Pengitlakan

b)

Teknik Peniskalaan

c)

Teknik Leraian

d)

Teknik Pengecaman Corak

19.

Ketika membaca buku cerita, Kate hanya membaca bahagian rumusan di akhir sekali untuk mendapatkan isi pentingnya.

a)

Teknik Peniskalaan

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Leraian

d)

Teknik Pengitlakan

20.

Akram sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan menggariskan isi penting sahaja.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Peniskalaan

c)

Teknik Pengecaman Corak

d)

Teknik Pengitlakan