Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Bab 4 Ting 4

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan empat tonggak kelestarian dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

a)

Tenaga

b)

Kesihatan

c)

Alam Sekitar

d)

Ekonomi

2.

Berikut adalah salah satu sektor dalam Teknologi Hijau.

a)

Sektor pendidikan

b)

Sektor pelancongan

c)

Sektor pengangkutan

d)

Sektor perindustrian

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga hijau?

a)

Tenaga bersih yang tidak boleh dijana semula

b)

Tenaga bersih yang boleh dijana semula

c)

Tenaga semulajadi yang tidak boleh dijana semula

d)

Tenaga semulajadi yang tidak boleh diperbaharui

4.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan sumber tenaga hijau?

a)

Solar

b)

Air

c)

Arang batu

d)

Angin

5.

Berikut adalah isu sosiosaintifik sektor tenaga

a)

Bekalan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Bekalan bahan api fosil yang berkurangan

c)

Penggunaan bahan api fosil tidak terkawal

d)

Penggunaan bahan api yang tidak sistematik

6.

Mengapakah penggunaan racun serangga kimia merupakan salah satu isu sosiosaintifik sektor pertanian?

a)

Harga yang amat mahal

b)

Sukar untuk diperolehi

c)

Menjejaskan kesihatan

d)

Tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama

7.

Aktiviti penyahutanan dijalankan atas faktor-faktor berikut kecuali

a)

pembukaan kawasan pertanian

b)

pembinaan stesen hidro elektrik

c)

pembinaan kawasan tadahan hujan

d)

pembinaan kawasan perumahan

8.

Yang manakah antara berikut merupakan isu sosiosaintifik sektor pengangkutan?

a)

Harga kenderaan yang terlalu tinggi

b)

Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan membebaskan gas rumah hijau.

c)

Jumlah kenderaan berat semakin bertambah di atas jalan raya.

d)

Penggunaan sumber tenaga hijau oleh kenderaan menjejaskan kesihatan

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan kenderaan cekap tenaga?

a)

Kenderaan yang menggunakan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Kenderaan yang mempunyai nilai harga yang rendah

c)

Kenderaan yang memenuhi spesifikasi penggunaan bahan api dan pelepasan karbon yang terhasil

d)

Kenderaan yang boleh memuatkan ramai penumpang.

10.

Berikut adalah contoh kenderaan cekap tenaga melainkan

a)

Kenderaan hibrid

b)

Kenderaan hidroelektrik

c)

Kenderaan elektrik

d)

Kenderaan bahan bakar alternatif

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan jejak karbon ?

a)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

b)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

c)

Pembebasan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

d)

Pembebasan gas karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia

yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

12.

Kesemua langkah berikut membantu dalam mengurangkan jejak kaki karbon kecuali

a)

Menaiki pengangkutan awam

b)

Menanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan

c)

Menggunakan kaedah pertanian secara bergilir

d)

Mematikan perkakasan elektrik yang tidak digunakan