Worksheetskata ganda
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1) Apakah maksud kata ganda?
Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan.
Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
2) Berikut merupakan jenis-jenis penggandaan kecuali
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Penggandaan berbunyi
4) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh
meja-meja, gegelang
gotong-royong, gunung-ganang
jualan, jualan, kementerian-kementerian
tetikus, sesiku
5) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa
sesiku, lelaki
buku-buku, cerpen-cerpen
saudara-mara, lintang pukang
remeh-temeh, kekuda
6) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa
tadika-tadika, universiti-universiti
sayur-sayuran, doa-doakan
lelangit, gunung-ganang
huru-hara, kucar-kacir
7) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak
batu-batan, batu-batu
ulang-alik, berulang-ulang
lauk-pauk, sayur-mayur
ikan-ikan, ayam-ayam
8) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak
rindu-rinduan, mati-matian
huyung-hayang, langit-langit
guru-guru, murid-murid
suku-sakat, kontang-kanting
Kita hendaklah sentiasa ____________ ketika memandu di jalan raya.
berhati-hati
berlumba-lumba
berlambat-lambat
berkejar-kejaran
Kalau hanya _____________, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.
berbual-bual
berangan-angan
bersungguh-sungguh
berkejar-kejaran
Mereka berjuang ___________ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.
berperang-perangan
bertembak-tembakan
bermati-matian
berbunuh-bunuhan
Adik menangis ___________ kerana duitnya hilang semasa bermain.
teresak-esak
terjaga-jaga
tergesa-gesa
terlompat-lompat
Semalam hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula _____________.
sambung-menyambung
terus-menerus
pancar-memancar
sabung-menyabung
Hidup berjiran mestilah _____________ antara satu sama lain.
bantu-membantu
berjalan-jalan
bertandang-tandang
ziarah-menziarahi
Walaupun sudah _______________ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
bersusah-payah
bersungguh-sungguh
berpeluh-peluh
berkali-kali
Saya dan kakak sering _____________ di taman rekreasi pada waktu petang.
bersungguh-sungguh
bersiap-siap
berpusing-pusing
bersiar-siar
Ayah _______________ ke pejabat setiap hari dengan memandu kereta.
berulang-alik
berdolak-dalik
bersoal-jawab
berbalas-balas
Pelanggan itu _______________ harga ikan dengan penjual di pasar malam.
membeli-belah
jahit-menjahit
jual-menjual
tawar-menawar
Emak Aziela membeli sayur-sayuran di pasar Parit pada waktu pagi untuk membuat kuih.............
onde-onde
epok-epok
cumi-cumi
Encik Halim memasang hujung kelambu pada bumbung bilik tidur anaknya di............
langit-langit
kuda-kuda
Kisi-kisi
Cahaya daripada badan........amat menarik untuk dilihat terutamanya pada waktu malam.
otak-otak
rama-rama
api-api
