wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

''F5BM Peperiksaan Bulan April''

Total questions: 85

Worksheet time: 3hrs 50mins

Name
Class
Date
1.

Definisi KATA MAJMUK yang tepat ialah...

a)

proses penggandaan kata-dasar

b)

proses menambah imbuhan kepada kata dasar

c)

proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu

d)

proses perangkaian kata

2.

Yang mana BUKAN Kata Majmuk

a)

setiausaha

b)

kerjasama

c)

luncur air

d)

sukan

3.

Berikut ialah Kata Tunggal KECUALI...

a)

KERUSI

b)

TANGGUNGJAWAB

c)

SUKAN

d)

SIHAT

4.

Universiti, sayembara, mahasiswa merupakan contoh Kata Tunggal Empat Suka Kata atau Lebih.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Pilih ejaan yang betul

a)

antara bangsa

b)

antarabangsa

6.

Daniel dan keluarganya menaiki __________ ketika bercuti ke Sarawak.

a)

kapal kontena

b)

kapal selam

c)

kapal terbang

d)

kapal korek

7.

Muka Chong Lee menjadi __________ akibat menahan malu apabila terjatuh di atas pentas.

a)

merah padam

b)

kuning langsat

c)

kelabu asap

d)

biru laut

8.

Menara Berkembar Petronas adalah antara __________ kebanggaan rakyat Malaysia.

a)

gambar rajah

b)

mercu tanda

c)

kraf tangan

d)

susun atur

9.

Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.

a)

warganegara

b)

antarabangsa

10.

2) Berikut merupakan pernyataan yang benar mengenai kata majmuk kecuali

a)

Kata majmuk dieja terpisah

b)

Kata majmuk bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

c)

Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus dan maksud kiasan (simpulan bahasa).

d)

Kata majmuk tidak boleh menerima imbuhan dan tidak boleh melibatkan penggandaan.

11.

Pilih ejaan yang betul

a)

kerjasama

b)

kerja sama

12.

Pilih ejaan yang betul

a)

olah raga

b)

olahraga

13.

Pilih ejaan yang betul

a)

sukacita

b)

suka cita

14.

Pilih ejaan yang betul

a)

duka cita

b)

dukacita

15.

Pilih ejaan yang betul

a)

suruhan jaya

b)

suruhanjaya

16.

Pilih ejaan yang betul

a)

beritahu

b)

beri tahu

17.

Pilih ejaan yang betul

a)

tanda tangan

b)

tandatangan

18.

Pilih ejaan yang betul

a)

barang kali

b)

barangkali

19.

Pilih ejaan yang betul

a)

wal hal

b)

walhal

20.

Pilih ejaan yang betul

a)

adapun

b)

ada pun

21.

Pilih ejaan yang betul

a)

pesuruh jaya

b)

pesuruhjaya

22.
Murid-murid Tahun Empat Bestari mengulang kaji pelajaran di _______________. 
a)
pusat beli-belah
b)
pusat sumber
c)
pusat perubatan
d)
pusat komuniti
23.

Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Chloe suka baca buku cerita.

b)

Christopher merupakan anak Encik Ooi.

c)

Qi Jun suka minum teh dan makan kek..

d)

Derrick suka warna biru.

24.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Angelina dan Rui En pergi ke sekolah.

b)

Zhong Yi suka bermain bola.

c)

Gadis comel yang berbaju kuning itu ialah anak Encik Chai.

d)

Samudra rajin tetapi pemalas.

25.

Ayat majmuk terdiri daripada.....

a)

beberapa subjek atau predikat

b)

satu subjek dan satu predikat

c)

tak tahu

d)

satu subjek

26.
Jovi dan Jia Khai membeli ____________ di kedai buku itu.
a)
alat elektrik
b)
alat dapur
c)
alat tulis
d)
alat mainan
27.
Jun Keong membaca ________________ di bawah sepohon pokok yang rendang.
a)
buku cerita
b)
buku latihan
c)
buku tulisan
d)
buku tambahan
28.
Cikgu Yoong menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.
a)
papan tanda
b)
papan pameran
c)
papan lapis
d)
papan kenyataan
29.
Kita bergotong-royong membersihkan _____________ supaya kelihatan bersih.
a)
bilik darjah
b)
bilik tidur
c)
bilik pameran
d)
bilik air
30.
Ibu Bei En membeli sepuluh biji ____________ di kedai runcit itu.
a)
kari ayam
b)
telur ayam
c)
gulai ayam
d)
peha ayam
31.
Ayah menghadiahi ibu seutas ____________
sempena hari jadinya.
a)
rantai besi
b)
surat rantai 
c)
rantai palsu
d)
rantai emas
32.
Sebelum pulang, Jun Cheng ____________ kepada tuan rumah.
a)
minta maaf
b)
minta diri
c)
minta ampun
d)
minta nyawa
33.
Nenek Jay menjual kubis, sawi dan ____________ di pasar tani.
a)
kacang tanah
b)
akar kacang
c)
kacang-kacang
d)
pokok kacang
34.
Wil Liam membuang sampah ke dalam ____________.
a)
tong air
b)
tong besi
c)
tong minyak
d)
tong sampah
35.

Mereka memotong kepingan papan menggunakan __________ berdasarkan lakaran rumah yang telah dilukis dengan berhati-hati.

a)

gerudi tangan

b)

gergaji tangan

36.

Muris-murid mengambil __________ untuk membuat ukuran pada __________ yang disediakan.

a)

pita suara ........ papan hitam

b)

pita ukur ........ papan lapis

37.

Cikgu Wan Hassan telah meminta murid-muridnya supaya melukis __________ sebuah rumah mesra alam.

a)

reka bentuk

b)

reka cipta

38.

Jamal dan kumpulannya sedang bertungkus-lumus menyiapkan __________ untuk dibentangkan pada hari esok.

a)

alat tulis

b)

atur cara

c)

kertas kerja

d)

hak cipta

39.

Linda pergi ke __________ bersama-sama ibunya untuk membeli ayam, ikan dan sayur.

a)

balai raya

b)

pasar awam

c)

pejabat pos

d)

balai bomba

40.

Mesyuarat tahunan Persatuan Belia Kampung Ria itu akan diadakan di __________ pada hari Sabtu.

a)

balai polis

b)

dewan komuniti

c)

pasar tani

d)

padang bola

41.

Walaupun kita mengejar kemajuan, namun jangan menggadaikan budaya sendiri. Kita memang sedang menuju ke arah kemajuan agar setanding dengan negara maju, bak kata peribahasa ..........

a)

Dalam berselam, diangkat berjingkat

b)

Dalam dua, tengah tiga

c)

Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

d)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

42.

Orang muda kini sudah tidak mengendahkan budaya masyarakat Malaysia dan lebih suka akan budaya Barat. Mereka sepatutnya menjunjung adat dan budaya tempatan kerana .......

a)

Bagai limau masam sebelah

b)

Biar mati anak jangan mati adat

c)

Balik belakang lain bicara

d)

Biar putih tulang jangan putih mata

43.

Remaja sekarang lebih mementingkan trend semasa dan hidup dalam kelompok mereka sendiri tanpa memikirkan perasaan orang tua-tua. Mereka hanya memikirkan diri masing-masing seperti ................

a)

Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

b)

Elok lenggang di tempat datar

c)

Embun di hujung rumput

d)

Enggang lalu ranting patah

44.

Ayah berusaha untuk menyelesaikan prselisihan faham rakan-rakannya itu dengan berhati-hati agar tidak seorang pun daripada mereka yang berkecil hati.

a)

Ibarat beban, belum lepas daripada bahu

b)

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

c)

Ibarat perahu takkan karam sebelah

d)

Ibarat melukut di tepi gantang

45.

Setelah bekerja dan berjaya mendapat jawatan yang tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya sedang sakit.

a)

Seperti menangguk di air keruh

b)

Seperti menunggu buah yang tak gugur

c)

Seperti kacang lupakan kulit

d)

Seperti rusa masuk kampung

46.

Pihak pemaju yang baru dilantik itu telah mengambil kesempatan dengan mengenakan caj baik pulih rumah yang mahal terhadap pembeli yang mengalami masalah rumah terbengkalai.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Macam ular kekenyangan

c)

Makin banyak orang, makin banyak niat

d)

Mahal dibeli sukar dicari

47.

Walaupun nasihat dan teguran sering diberikan oleh guru kepada tiga orang pelajar yang sering berbuat bising dan malas itu, tetapi mereka tidak menunjukkan perubahan.

a)

Mabuk di enggang lalu

b)

Mengangkat bendera putih

c)

Malas bergarit perut perit

d)

Mencurah garam ke laut

48.

Rugi dalam sesuatu perniagaan.

a)

Gaji buta

b)

Gelap mata

c)

Gigit jari

d)

Gulung tikar

49.

Setelah berjaya memperoleh ijazah pendidikan, Cikgu Razali kembali menabur bakti untuk mengajar murid-murid di sekolah.

a)

Bagai bulan jatuh ke riba

b)

Bagai dakwat dengan kertas

c)

Belut pulang ke lumpur

d)

Burung terbang dipipiskan lada

50.

Melakukan sesuatu mengikut kemampuan.

a)

Ukur baju di badan sendiri

b)

Ucap habis niat sampai

c)

Ukur mata dengan telinga

d)

Udang hendak mengatai ikan

51.

Seseorang yang tidak menghargai pemberian orang lain.

a)

Seperti anjing bertemu pasir

b)

Seperti kera mendapat bunga

c)

Seperti anai-anai makan kayu

d)

Seperti kucing dapat tikus

52.

Ayah tidak akan meminta Rahmat membaiki motosikalnya lagi kerana dia selalu menambahkan kerosakan pada barang yang dibaikinya.

a)

Bagai gagak menggonggong telur

b)

Bagai tikus membaiki labu

c)

Bagai kucing lepas senja

d)

Bagai ayam mengeram telur

53.

Walaupun Tuan Malik telah meninggal dunia enam tahun yang lalu, namun setiap jasa dan sumbangannya kepada penduduk kampung menjadi sebutan.

a)

Harimau menunjukkan belangnya

b)

Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari

c)

Hidup segan mati tak mahu

d)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

54.

Tidak hilang martabat, darjat atau pangkat seseorang itu biarpun dia seorang yang merendah diri.

a)

Ukur mata dengan telinga

b)

Untung bagai untung kapas

c)

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

d)

Ubur-ubur airnya hitam

55.

Perselisihan faham antara adik-beradik tidak akan berpanjangan dan mereka akan berbaik-baik semula.

a)

Biar putih tulang, jangan putih mata

b)

Biduk lalu kiambang bertaut

c)

Burung terbang dipipiskan lada

d)

Bagai aur dengan tebing

56.

Kita perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.

a)

Lain padang lain belalang

b)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

c)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negara sendiri

d)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

57.

Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu sama dengan yang lain. Jika seseorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.

a)

Ibarat perahu takkan karam sebelah

b)

Ibarat air dicincang takkan putus

c)

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

d)

Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali

58.

pilih peribahasa yang sesuai untuk ayat di bawah.


Tindakan pembantu rumah Dato Aiman dan Datin Farisha melarikan wang sebanyak 50 ribu ketika mereka tiada di rumah diibaratkan seperti____________________

a)

gunting dalam lipatan

b)

api dalam sekam

c)

harapkan pagar,pagar makan padi

d)

panjang tangan

59.

Pilih ayat yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.


hanya jauhari yang mengenal manikam

a)

walaupun sudah terpisah hampir 7 tahun, Adda masih lagi mengingati wajah adik tirinya, Kugan

b)

setelah 5 tahun berkahwin, barulah ezarul mengenali perangai sebenar isterinya Noor Maisarah

c)

Apabila Siti Amira mempunyai soalan berkaitan agama, dia cepat-cepat berjumpa dengan ustazah Aisyah untuk bertanya.

d)

Che Noor San Mei Kwan masih mengingati peristiwa hitam yang melanda dirinya itu.

60.

pilih peribahasa yang sesuai untuk ayat di bawah.


Setelah 10 tahun berkhidmat di Australia, Dr. Azreen akhirnya mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di tanah airnya.

a)

Bagai ikan pulang ke lubuk

b)

di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung

c)

hujan emas di negeri orang, hujang batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

d)

jauh perjalanan,luas pandangan

61.
Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan...
a)
pahala
b)
keadilan
c)
ganjaran dan duit
d)
kerja
62.
Doktor Juaidi menyuruh semua pekerjanya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada
a)
Nusia
b)
Solehah
c)
Al-Hafiz
d)
Tuan Besar Musa
63.
Tuan Besar Musa koma dan semakin tenat kerana
a)
dadah
b)
pengambilan arak bertahun-tahun
c)
kanser
d)
kencing manis
64.
Nusia berpendapat bahawa Tuan Besar Musa tidak memerlukan pek darah tetapi lebih memerlukan...
a)
bacaan yassin
b)
alat sokongan
c)
isterinya
d)
derma
65.
Apakah yang membuat Nusia tidak berpuas hati?
a)
keluarga Tuan Besar Musa tidak datang
b)
tindakan Dr Juaidi yang mahu Tuan Besar Musa diutamakan
c)
gajinya kecil
d)
tidak diberi cuti
66.
Solehah tenat dan koma akibat
a)
pundi janinnya pecah
b)
kakinya patah
c)
didera
d)
kemalangan jalan raya
67.
Mengapakah Dr Juaidi bersungguh untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa?
a)
untuk mengumpul pahala
b)
Kerana Tuan Besar Musa penyumbang utama kelab elit hospital
c)
kerana Tuan Besar Musa sudah tua
d)
kerana Dr Juaidi seorang yang adil
68.
Dengan siapakah Nusia meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan Dr Juaidi?
a)
Tuan Besar Musa
b)
Al-Hafiz
c)
Cikgu Hasmemy
d)
Dr Murni
69.
Apakah tindakan Dr Murni akhirnya?
a)
menyokong Dr Juaidi
b)
membunuh Tuan Besar Musa
c)
meletakkan jawatan sebagai doktor
d)
melarikan diri
70.
Apakah yang dilakukan oleh Dr Murni dan Nusia demi menyelamatkan pesakit di unit ICU?
a)
membakar wad ICU tersebut
b)
mengalihkan pesakit ke hospital lain
c)
memanggil doktor lain untuk menyelamatkan pesakit tersebut
d)
menderma darah kepada pesakit ICU
71.

Siapakah yang lebih mengutamakan ganjaran material dalam cerpen ini?

a)

Doktor Murni

b)

Doktor Mirna

c)

Doktor Saidi

d)

Doktor Juaidi

72.

Berapakah jumlah tajaan yang disumbangkan oleh Tuan Besar Musa kepada hospital Doktor Juaidi?

a)

RM10 ribu

b)

RM100 ribu

c)

RM1 juta

d)

RM10 juta

73.

Siapakah jururawat yang mengambil berat tentang pesakit-pesakitnya?

a)

Nasia

b)

Nasiah

c)

Nusia

d)

Nisia

74.

Berapakah jumlah stok pek darah yang tersimpan dalam Bank Darah yang diambil oleh Nusia?

a)

10 pek darah

b)

50 pek darah

c)

5 pek darah

d)

15 pek darah

75.

"Para doktor di Wad Unit Rawatan Rapi saling membantu menyelamatkan pesakit yang dalam keadaan kritikal."


Situasi ayat di atas memaparkan nilai?

a)

Kerajinan

b)

Ketekunan

c)

Kegigihan

d)

Kerjasama

76.

Pilih nilai yang betul mengenai cerpen ini, kecuali....

a)

Bertanggungjawab

b)

berdikari

c)

Prihatin

d)

Keberanian

77.

Latar Tempat cerpen Gerhana Manusia ini ialah..

a)

Wad unit rawatan rapi

b)

rumah nusia

c)

taman permainan

d)

pusat membeli belah

78.

Antara di bawah, manakah perwatakan bagi watak Nusia..

a)

Seorang yang prihatin

b)

Seorang yang pentingkan diri sendiri

c)

Seorang yang tidak berhati mulia

d)

Seorang yang tidak bertanggungjawab

79.

Tema cerpen Gerhana Manusia ialah...

a)

sikap mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga membatasi nilai kemanusiaan

b)

sikap mengabaikan nilai kemanusiaan akibat mementingkan diri sendiri

c)

sikap yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas

d)

sikap mengabaikan nilai haiwan akibat mementingkan diri sendiri

80.

Siapakah yang lebih mengutamakan ganjaran material dalam cerpen ini?

a)

Doktor Murni

b)

Doktor Mirna

c)

Doktor Saidi

d)

Doktor Juaidi

81.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan penjarakan sosial ketika negara kita menghadapi pandemik COVID-19? (3m)

(a)  

82.

Pada pendapat anda, mengapakah perokok tidak dibenarkan merokok di tempat awam?

(a)  

83.

Pada pendapat anda , apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

(a)  

84.

Pada pendapat anda, mengapakah kita hendak mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu?

(a)  

85.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain?



(a)