wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PPIM Bidang 3: Kesihatan & Pembangunan Diri

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Semua anggota badan muslimah wajib ditutup di hadapan lelaki ajnabi kecuali

a)

kaki.

b)

muka.

c)

tapak tangan.

d)

rambut.

2.

Tudung yang dipakai mestilah memenuhi syarat iaitu

a)

labuh

b)

jarang

c)

tidak jarang

d)

berwarna-warni yang menimbulkan riak

3.

Antara golongan yang berikut, yang manakah dibolehkan melihat aurat wanita seperti rambut?

a)

Bapa saudara (adik ibu).

b)

Sepupu lelaki.

c)

Jiran lelaki.

d)

Ipar lelaki.

4.

Pakaian yang menutup aurat haram dipakai sekiranya

a)

cantik.

b)

menimbulkan rasa sombong.

c)

menyebabkan rasa selesa.

d)

baru.

5.

Pilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.

a)
b)
c)
d)
6.

Pilih adab bagi seorang gadis muslimah sewaktu rumah terbuka perayaan.

a)

Bergaul bebas dengan lelaki ajnabi.

b)

Bergaul sopan dengan tetamu dan tidak berlebihan dengan tetamu lelaki.

c)

Melayan tetamu dengan kasar.

d)

Bersiaran langsung di media sosial sambil menari.

7.

Semua yang berikut merupakan ciri-ciri muslimah sejati KECUALI

a)

menundukkan pandangan.

b)

beradab sopan.

c)

merendahkan suara.

d)

berteriak dengan suara yang lantang.

8.

Semua jenis olahraga berikut baik untuk muslimah KECUALI

a)

berjogging dalam keadaan menutup aurat.

b)

bersenam di rumah.

c)

berenang menggunakan baju renang yang terdedah di kolam renang awam.

d)

mengemas rumah.

9.

Yang manakah merupakan cara untuk menjaga kesihatan kulit wajah?

a)

Mencuci muka menggunakan pembersih muka yang lembut dan air.

b)

Kerap menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor.

c)

Selalu terdedah kepada sinaran matahari tanpa memakai krim pelindung suria.

d)

Minum air kurang dari 8 gelas sehari.

10.

Berikut adalah cara menjaga kesihatan mata KECUALI

a)

menulis di bawah lampu yang terang.

b)

makan makanan yang kaya dengan beta karotena seperti lobak merah.

c)

melihat skrin telefon bimbit dalam masa yang lama.

d)

sering melihat objek yang berwarna hijau.

11.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai cara menjaga kebersihan mulut dan gigi?

a)

Selalu makan makanan manis.

b)

Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

c)

Memberus gigi 2 kali sehari.

d)

Bersugi atau bersiwak.

12.

Yang manakah antara berikut cara menjaga kuku dengan betul?

a)

Mewarnakan kuku dengan pewarna kalis air.

b)

Menyimpan kuku panjang.

c)

Membiarkan kuku hitam.

d)

Memotong kuku sehingga pendek.

13.

Semua yang berikut merupakan cara yang betul untuk menjaga kebersihan dan kesihatan rambut KECUALI

a)

menggunakan perapi selepas bersyampu.

b)

mewarnakan rambut dengan pewarna kekal.

c)

menyikat rambut.

d)

bersyampu setiap hari.

14.

Pilih penyakit yang boleh berjangkit.

a)

Kurap

b)

Penyakit jantung

c)

Tekanan darah tinggi

d)

Kanser

15.

Bagi mencegah jangkitan terhadap orang lain, seseorang yang sedang mengalami selsema perlu

a)

bersin sambil menutup hidung dengan tangan.

b)

memakai pelitup muka.

c)

berbual dengan orang yang lain pada jarak dekat.

d)

mencium bayi.

16.

Penyakit berikut adalah contoh penyakit berjangkit kecuali

a)

Demam campak

b)

Influenza

c)

Panau

d)

Kencing manis

17.

Antara makanan berikut, yang manakah mempunyai jumlah kalori paling tinggi?

a)

Semangkuk sup ayam

b)

Semangkuk nasi

c)

Semangkuk minyak sapi

d)

Semangkuk buah tembikai.

18.

Konsep Pinggan Sihat Malaysia untuk menggalakkan amalan diet seimbang dalam kalangan rakyat Malaysia juga dikenali sebagai

a)

Diet Atkins.

b)

Diet Suku-suku Separuh

c)

Diet Paleo

d)

Diet Militari.

19.

Nora mengalami masalah berat badan berlebihan. Dia ingin menurunkan berat badannya supaya dia lebih mudah bergerak. Apakah cadangan anda agar Nora dapat mengurangkan berat badannya?

a)

Bersenam 30 minit 3 kali seminggu

b)

Makan makanan seimbang

c)

Tidur yang cukup

d)

Kerap makan makanan segera

20.

Pilih kaedah memasak yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.

a)

Rebus

b)

Goreng

c)

Bakar

d)

Kukus