wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa

Total questions: 190

Worksheet time: 2hrs 8mins

Name
Class
Date
1.
Pak Cik Samad ________________ penduduk asal Kampung Permatang.
a)
bukan
b)
tidak
2.
Seluruh kawasan pedalaman itu ______________ mendapat bekalan air yang bersih.
a)
kelak
b)
sudah
3.
Kelakuan budak lelaki yang berbaju kuning itu kelihatan ______________ ganjil.
a)
agak
b)
paling
4.
_______________ kah mesyuarat bulanan Persatuan Penduduk Taman Indah akan diadakan?
a)
Bagaimanakah
b)
Bila
5.
Gelas kaca yang dipegang oleh Adik Ijan _______________ terhempas ke lantai.
a)
langsung
b)
nyaris
6.
Nazirah dan keluarganya _____________ berpindah ke Pulau Pinang pada bulan hadapan.
a)
akan
b)
telah
7.
Saya _____________ ingat akan pesan ibu dan ayah agar berbudi bahasa dan menghormati orang lain.
a)
saling 
b)
sentiasa
8.
Pak Amin _____________ ke kebun kerana dia membawa parang dan cangkul.
a)
barangkali
b)
langsung
9.
Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita ___________ berbahasa asing.
a)
cekap
b)
fasih
10.
Pemandu kereta itu disaman oleh seorang anggota polis kerana memandu dengan _____________.
a)
laju
b)
tangkas
11.
Ukiran bunga-bungaan pada kerusi kayu itu sangat ____________ buatannya.
a)
halus
b)
licin
12.
Walaupun Encik Baharum tidak berpelajaran tinggi, beliau mempunyai pengalaman yang _____________ dalam selok-belok perniagaan.
a)
besar
b)
luas
13.
Rumah di hujung kampung itu tidak berpenghuni lagi kerana sudah _____________. 
a)
lama
b)
usang
14.
Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ______________.
a)
empuk
b)
lembut
15.
Kita perlu bersenam supaya tubuh badan kita sentiasa _____________ dan cergas.
a)
kukuh
b)
sihat
16.
Ketua kampung berasa kesal kerana kempen kitar semula yang diadakan mendapat sambutan yang ______________ daripada penduduk.
a)
dingin
b)
sejuk
17.
Pasu bunga di ____________ ruang tamu rumah Puan Mariani itu dihadiahkan oleh rakannya dari Sarawak.
a)
pinggir
b)
sudut
18.
Murid baharu itu diminta oleh Cikgu Athirah supaya duduk di __________ Fadilah.
a)
tengah
b)
belakang
19.
Apakah jenis ayat ini?
Jangan buang sampah di sini.
a)
Ayat larangan
b)
ayat silaan
c)
ayat suruhan
d)
ayat perintah
20.
apakah jenis ayat ini?
Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.
a)
ayat silaan
b)
ayat perintah
c)
ayat larangan
d)
ayat suruhan
21.
yang manakah bukan jawapan yang salah bagi ayat dibawah yang dipasifkan?
Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.
a)
Sebelum menandatangainya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.
b)
Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.
c)
Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.
d)
surat perjanjian jual beli rumah itu perlu ditandatangani oleh kamu sebelum menandatanganinya.
22.
yang manakah bukan ayat tunggal bagi ayat ini?
golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.
a)
Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada keluarga 
b)
Golongan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.
c)
Kasih sayang daripada keluarga diperlukan oleh remaja.
23.
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
ayat yang manakah bukan ayat tunggal bagi penyataan diatas. 
a)
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
b)
Kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
c)
Remaja diabaikan manakala ibu bapa sibuk bekerja.
24.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
pecahan yang manakah bukan ayat tunggal?
a)
Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
b)
Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
c)
Pencapaian akademik mereka akan centiasa cemerlang jika dipastikan oleh ibu bapa.
25.
Yang manakah bukan ayat tunggal yang betul?

Ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung dan sikap cinta akan kebersihan
a)
ibu bapa perlu menyemai sikap menabung dalam diri anak mereka
b)
Ibu bapa perlu menyemai sikap cinta akan kebersihan
c)
ibu bapa perlu menyemai tabiat menabung.
26.
yang manakah bukan pecahan ayat tunggal bagi ayat ini?
Hanis berasa amat terkejut apabila disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
a)
Hanis amat terkejut disergah seorang pemuda
b)
Hanis berasa amat terkejut
c)
Hanis disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
27.
yang manakah bukan pecahan ayat majmuk yang betul?
Media massa melaporkan bahawa kejadian banjir kilat di kuala lumpur semakin teruk
a)
Media massa melaporkan banjir kilat di kuala lumpur.
b)
Media massa melaporkan sesuatu
c)
Kejadian banjir kilat di kuala lumpur
28.
Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya.
Yang manakah peribahasa yang paling sesuai dengan maksud diatas?
a)
Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
b)
Siapa makan cili dia yang terasa pedas
c)
Sudah jatuh ditimpa tangga
d)
                                                        Sudah terhantuk baru tergadah
29.
Jika dikehendaki bermacam-macam iktiar boleh dilakukan dan begitu juga sebaliknya.  Peribahasa apakah yang menunjukkan maksud tersebut?
a)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
b)
patah tumbuh hilang berganti
c)
genggam bara api biar jadi abu
d)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
30.
yang manakah tidak membawa maksud yang seerti
a)
genggam bara api sampai jadi abu
b)
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
c)
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
d)
melepaskan batuk di tangga
31.
apakah pola bagi ayat ini?
Kebudayaan nasional lambang identiti negara.   
a)
FN+FK
b)
FN+FN
c)
FN+FS
d)
FN+FA
32.
Basikal merah itu untuk abang saya.  Nyatakan pola ayat tersebut
a)
FN+FS
b)
FN+FN
c)
FN+FA
d)
FN+FK
33.
Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan hamparan hijau. 
Apakah pola ayat ini?
a)
FN + FN
b)
FN+ FK
c)
FN+FA
d)
FN+FS
34.
Pola ayat ini ialah?
Menara yang tinggi itu cantik reka  bentuknya. 
a)
FN+FA
b)
FN + FS
c)
FN+FN
d)
FN + FK
35.
Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan tersebut.  Nyatakan pola ayat berikut.
a)
FN + FN
b)
FN+FA
c)
FN+ FS
d)
FN+ FK
36.
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah. 
a)
berkumpul
b)
mengumpul
c)
dikumpul
d)
mengumpulkan
37.
Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya. 
a)
berdua
b)
kedua
c)
berdua-duaan
d)
dua
38.
Bapanya __________________ salah seorang pekerja untuk memantau tapak projek yang
baharu.
 
a)
diarah
b)
terarah
c)
mengarahkan
d)
mengarah
39.

Pilih satu kesalahan tatabahasa dalam ayat dibawah.


Persahabatan antara Jasmine dengan Azyan sudah terjalin selama tiga tahun.

a)

selama

b)

antara

c)

dengan

40.

Pilih satu kesalahan tatabahasa dalam ayat dibawah.


Bangunan mencakar langit itu menunjukkan kebolehan arkiteknya yang bijak merancang

pembinaannya dengan teliti.

a)

arkiteknya

b)

pembinaannya

c)

mencakar

41.

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dalam ayat dibawah.


Mentega merupakan makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi.

(a)  

42.

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dalam ayat dibawah.


Ibu bapa saya sering membawa pulang buku-buku dan mengsyorkan kami membacanya.

(a)  

43.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Malisa menyapu daun-daun yang __________ di halaman rumah.

a)

musnah

b)

jatuh

c)

gugur

d)

hancur

44.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Kang Min Ah yang berasal dari negara Korea itu _______ berbahasa Melayu kerana sudah dua tahun menetap di Malaysia.

a)

gagap

b)

fasih

c)

pelat

d)

pandai

45.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan dia di _____ oleh rakan rakannya.

a)

benci

b)

malu

c)

hina

46.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


“________ mesti sentiasa menjaga nama baik kampung ini,” kata ketua kampung kepada

anak buahnya.

a)

kami

b)

saya

c)

kita

47.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


“Ampun __________, memang benar kata-kata bendahara itu,” sembah Temenggung

Ibrahim kepada Sultan Mahmud.

a)

patik

b)

beta

c)

tuanku

48.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Yun Xuan menangis kerana kucing kesayangan_____ mati.

a)

dia

b)

nya

c)

ia

49.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Walaupun nenek telah lanjut usia, namun __________ masih aktif bersukan.

a)

beliau

b)

dia

c)

anda

50.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Walaupun Fazura mengenakan _________ yang nipis, namun dia tetap menawan.

a)

dandanan

b)

andaman

c)

solekan

51.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Letusan Gunung Berapi Krakatau yang dahsyat itu telah _________ banyak nyawa dan harta

benda.

a)

mengorbankan

b)

memusnahkan

c)

membinasakan

52.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Kesika ____________sejambak bunga untuk ibu sempena hari jadinya.

a)

menghadiahi

b)

menghadiahkan

c)

dihadiakan

53.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Saloma telah dianugerahkan gelaran _____ pada tahun 1978

a)

seniman

b)

seniwati

c)

biduanita

54.
Ayah pulang dari Arab Saudi bila?

a)
AYAT TANYA
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT PENYATA
d)
AYAT PERINTAH
55.
Puan Afifah baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata perempuan.

a)
AYAT TANYA
b)
AYAT PERINTAH
c)
AYAT PENYATA
d)
AYAT SERUAN
56.
Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.

a)
AYAT TANYA
b)
ATAY SERUAN
c)
AYAT PERINTAH
d)
AYAT PENYATA
57.
Ah, jangan haraplah aku akan ke rumahnya lagi!

a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT PENYATA
58.
Pasukan Rumah Rajawali telah memenangi acara lompat jauh.

a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT PENYATA
59.
Bagaimanakah cara membuat kek lapis itu?
a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT PENYATA
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT SERUAN
60.
Cis, berani awak datang ke sini lagi!
a)
AYAT SERUAN
b)
AYAT PERINTAH
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT PENYATA
61.
Harap hadirin bersabar seketika.
a)
AYAT PENYATA
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT PENYATA
d)
AYAT PERINTAH
62.
Ibu saya seorang jurujual barangan kosmetik.
a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT PENYATA
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT SERUAN
63.
Beribu-ribu penonton membanjiri stadium itu untuk menyaksikan  perlawanan bola sepak .
a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT PENYATA
64.

Wah, cantiknya kasut awak!

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

65.

Siapakah nama awak?

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

66.

Baju itu sangat cantik.

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

67.

Tolong ambilkan buku itu.

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

68.

Jangan makan ketika cikgu mengajar.

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata.

69.

Hai, Guan Hong!

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

70.

Sekolah akan mengadakan pertandingan mewarna.

a)

ayat penyata

b)

ayat tanya

c)

ayat perintah

d)

ayat seru

71.

Apakah yang ada di sana?

a)

ayat perintah

b)

ayat tanya

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

72.

Amboi, besarnya rumah awak!

a)

ayat penyata

b)

ayat seru

c)

ayat perintah

d)

ayat tanya

73.

Sila masuk ke dalam rumah.

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

74.

Bagaimanakah keadaan awak?

a)

ayat perintah

b)

ayat seru

c)

ayat tanya

d)

ayat penyata

75.

Tolong hantarkan buku ini ke bilik guru.

a)

ayat tanya

b)

ayat penyata

c)

ayat seru

d)

ayat perintah

76.

Di manakah awak tinggal?

a)

ayat perintah

b)

ayat tanya

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

77.

Saya mempunyai 3 orang adik.

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

78.

Sila baca panduan yang diberikan dengan teliti.

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

79.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Laila jurutaip.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

80.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Lina sedang tidur.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

81.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Bunga melur itu wangi.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

82.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Guru mengajar murid itu membaca.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

83.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Pesakit mental itu ditahan di hospital.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

84.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Pukul berapakah mereka sampai?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

85.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Adik masih menangis?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

86.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Pembantu makmal itu pemalu?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

87.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Siapakah guru disiplin di sekolah ini?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

88.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Telefon bimbit ini awak beli di mana?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

89.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Ambillah wang RM1 ini.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

90.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Tengoklah perangai anak awak itu.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

91.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Jangan menangis.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

92.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Jemput masuk.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

93.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Tolong senyap.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

94.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Cantiknya dia!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

95.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Aduh, sakitnya tanganku!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

96.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Syabas, awak telah berjaya mendapat tempat pertama!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

97.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Comel betul anak kucing itu!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

98.

Arahan: Pilih jenis ayat bagi ayat di bawah:


Wah, besarnya rumah awak!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

99.

Jangan ganggu gadis yang sedang berjalan seorang diri itu.

a)

Ayat nafi

b)

Ayat larangan

c)

Ayat perintah

100.

Nama murid yang menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan itu siapa?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat penegas

c)

Ayat tanya

101.

Muhammad Aiman tidak menjadi ketua murid pada tahun ini.

a)

Ayat nafi

b)

Ayat penegas

c)

Ayat larangan

102.

Kisah seorang tua yang meninggal akibat jangkitan wabak Covid 19 adalah benar

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penegas

103.

Jagalah kebersihan diri dan persekitaran selalu.

a)

Ayat seru

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penyata

104.

Nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak menangkap ikan pada musim tengkujuh

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat larangan

105.

Remaja janganlah mudah terpedaya dengan budaya hedonisme

a)

Ayat nafi

b)

Ayat larangan

c)

Ayat seruan

106.

Wah, kelakarnya pelawak dari negeri Kelantan itu!

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

107.

Minat membaca dalam kalangan anak-anak perlu dipupuk sejak kecil.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat seruan

c)

Ayat penyata

108.

Tolong bersihkan kawasan yang kotor itu supaya kita tidak dijangkiti penyakit.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat penegas

109.

Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Seruan

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Tanya

110.

Oh, aku lupa bawa wang hari ini!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Tanya

111.

Dia suka menonton rancangan televisyen.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Perintah

112.

Pemain piano itu siapa?

a)

Ayat Perintah

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Seruan

113.

Adik masih belum makan?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

114.

Minta anda semua bersabar.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Perintah

115.

Jemput makan bersama-sama.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Perintah

116.

Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Seruan

d)

Ayat Seruan

117.

Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Perintah

118.

Amboi, cantiknya gadis itu!

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Perintah

119.

Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

120.

Pemuda itu malas?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seruan

d)

Ayat silaan

121.

Keadaan nenek kamu bagaimana?

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat perasaan

c)

Ayat tanya

d)

Ayat soalan

122.

Di manakah pejabat pos?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat jawapan

c)

Ayat penyata

d)

Ayat simpulan

123.

Siapkan kerja sekolah ini.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat tanya

d)

Ayat seruan

124.

Usah bermain di tepi jalan.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat larangan

c)

Ayat nasihat

d)

Ayat peringatan

125.

Jemputlah datang ke rumah saya.

a)

Ayat permintaan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

126.

Tolong ambilkan saya secawan air

a)

Ayat larangan

b)

Ayat nasihat

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat suruhan

127.

Cis, berani kamu pukul saya!

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat kemarahan

d)

Ayat nasihat

128.

Wah, mahalnya baju ini!

a)

Ayat tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat terkejut

d)

Ayat nasihat

129.

Datuk sedang berehat di ruang tamu.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

130.

Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seruan

d)

Ayat silaan

131.

Silalah masuk ke rumah saya.

a)

Ayat permintaan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

132.

Tolong ambil buku yang berwarna hijau itu.

a)

Ayat larangan

b)

Ayat nasihat

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat suruhan

133.

Jangan masuk ke kawasan ini.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat larangan

c)

Ayat nasihat

d)

Ayat peringatan

134.

Kamu mestilah menghantar buku itu pada hari ini juga.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat tanya

d)

Ayat seruan

135.

Lelaki yang memakai baju biru itu siapa?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat jawapan

c)

Ayat penyata

d)

Ayat simpulan

136.

Puan Salima melahirkan seorang anak perempuan pada pagi tadi.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat larangan

d)

Ayat suruhan

137.

Jangan bising ketika berada di dalam perpustakaan.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat larangan

c)

Ayat nasihat

d)

Ayat peringatan

138.

Amin suka makan makanan ringan sambil menonton televisyen.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

139.

Siapakah yang telah menang dalam pertandingan itu?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat Perintah

140.

Wah, cantiknya lukisan pemandangan kamu!

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat Perintah

141.

Jangan sesekali kamu menyentuh muka jika tangan kamu kotor.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

142.

Ibu kamu sudah sembuh dari demam?

a)

Ayat Tanya dengan kata tanya

b)

Ayat Tanya tanpa kata tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

143.

Keadaan ekonomi turut terganggu di musim pendamik ini.

a)

Ayat Tanya dengan Kata Tanya

b)

Ayat seruan

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Penyata

144.

Silalah masuk dan jemputlah makan sekarang.

a)

Ayat seruan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat suruhan

145.

Kamu dikehendaki untuk hadir ke sekolah pada minggu hadap an.

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat larangan

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat silaan

146.

Nah, ambil semua duit ini memang kamu mnyusahkn hidup aku!

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Penyata

d)

Ayat seruan

147.

Elakan dari keluar rumah jika kamu berasa demam atau kurang sihat.

a)

Ayat larangan

b)

Ayat permintaan

c)

Ayat suruhan

d)

Ayat silaan

148.

Yang manakah ayat aktif tak transitif?

a)

Banglo di taman itu tidak terbeli oleh orang ramai.

b)

Adik menyeberangi jalan semasa ke sekolah.

c)

Kami kebingungan oleh kejadian aneh itu.

d)

Dia mengelamun sepanjang hari.

149.

Yang manakah binaan ayat pasif songsang yang betul?

a)

Telah saya maka semalam kek kukus itu.

b)

Kami akan tolong mangsa tsunami itu.

c)

Kamu belum lagi hantar bungkusan itu.

d)

Pinggan mangkuk itu masih belum disusun oleh kami.

150.

Yang manakah ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek?

a)

Ayah menghadiahi kakak seutas rantai emas.

b)

Kerajaan mengagihkan dana kepada semua lapisan rakyat.

c)

Kamariah menganggap keluarga Mak Siti seperti keluarganya.

d)

Keindahan Cameron Highland menarik perhatian pelancong asing.

151.

Yang manakah ayat yang menggunakan klitik sebagai penanda pasif?

a)

Dia tidak pernah menolongku.

b)

Adik kupanggil pulang ke rumah.

c)

Sudah begitu lama rumah itu kutinggalkan.

d)

Datuknya yang mengajar adikku mengaji.

152.

Ayat yang manakah mengandungi ayat aktif dan ayat pasif?

a)

Pemuda itu kena tegur oleh pegawai polis.

b)

Polis mengesahkan bahawa bank itu dirompak.

c)

Abang masih tercar-cari telefon bimbitnya yang hilang itu.

d)

Penghuni kampung itu kena pindah kerana kampung mereka kebanjiran.

153.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis ragam ayat dengan contoh ayatnya?

a)

Ayat aktif tak transitif - Setiap kesalahan akan diambil tindakan.

b)

Ayat aktif transitif - Murid-murid sedang makan di kantin.

c)

Ayat pasif kata ganti nama diri pertama - Pesanan itu akan kusampaikan nanti kepada bapaku.

d)

Ayat pasif kata ganti nama ketiga - Abang mereka berkenan dengan gadis itu.

154.

Nasi itu saya makan pagi tadi.

a)

ayat pasif kata ganti nama diri pertama

b)

ayat pasif kata ganti nama diri kedua

c)

ayat pasif kata ganti nama diri ketiga

d)

ayat aktif

155.

Murid-murid akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada minggu hadapan.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

156.

Seluar ayah yang koyak itu sudah selesai dijahit oleh ibu.

a)

Ayat pasif

b)

ayat aktif

157.

Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.

a)

Ayat aktif

b)

ayat pasif

158.

Kerja kursus itu patut anda selesaikan sekarang juga.

a)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama

b)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua

c)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga

159.

Kenal pasti ayat berikut betul atau salah:


Kanak-kanak itu telah pihak polis tangkap pada pagi tadi.

a)

betul

b)

salah

160.

Negara Malaysia telah berjaya ditadbir oleh pemimpin kita dengan bijaksana.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasif

161.

Khairi telah saya jemput ke majlis perkahwinan sepupu saya.

a)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama

b)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua

c)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga

162.

Eksperimen itu telah dijalankan oleh Azmil dengan baik di makmal sekolah.

a)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama

b)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua

c)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga

163.

Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

164.

Pelajar itu telah tersepak batu ke arah rumah Ah Mei.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasif

165.

Pelajar itu telah berbincang dengan guru kelas tentang tugasan kerja rumah.

a)

Ayat pasif

b)

Ayat aktif

166.

Keselamatan negara perlu diberi perhatian oleh semua rakyat.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasif

167.

Cara hidup keluarga itu mementingkan nilai ketimuran.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

168.

Pelajar kepanasan semasa berada di dalam dewan ketika majlis tersebut diadakan.

a)

ayat pasif

b)

ayat aktif

169.

Pelajar lelaki itu telah terpijak beg guru kelasnya.

a)

ayat pasif

b)

ayat aktif

170.

Pada petang semalam, rombongan pelajar itu sedang membaiki rumah yang usang di kaki gunung.

a)

ayat pasif

b)

ayat aktif

171.

Mereka bertelingkah tentang warisan harta pusaka ibu.

a)

ayat aktif

b)

ayat pasif

172.

Kejadian itu telah diketahui oleh engkau.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasif

173.
Menangislah sepuas-puas hati.
a)
AYAT TANYA
b)
AYAT PERINTAH
c)
AYAT SERUAN
d)
AYAT PENYATA
174.
Eh, Pak Malim rupanya yang datang!
a)
AYAT TANYA
b)
AYAT PERINTAH
c)
AYAT SERUAN
d)
AYAT PENYATA
175.

Pengetua sentiasa tersenyum kepada para pelajarnya.

a)

ayat tanya

b)

ayat seruan

c)

ayat perintah

d)

ayat penyata

176.

Kucing itu sentiasa mendekati pelanggan yang sedang makan di Restoran Ikhwan Maju.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat seru

c)

Ayat tanya

d)

Ayat penyata

177.

Eh, ada seorang lelaki sedang terbang mahu mengejar aku!

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seruan

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintahh

178.

Mengapakah kamu memukul Chia He?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat penyata

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintah

179.

Tolong letakkan bunga mawar itu di atas meja Nurul.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

180.

Siapakah yang membelikan untuk saya makanan dari Mc Donald?

a)

Ayat perintah

b)

Ayat seruan

c)

Ayat tanya

d)

Ayat penyata

181.

Lembu-lembu peliharaan Danish selalu berkeliaran di kawasan perumahan Taman Limau Masam.

a)

Ayat perintah

b)

Ayat penyata

c)

Ayat tanya

d)

Ayat seruan

182.

Wah, sedapnya cendol mangga yang mahal ini!

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penyata

d)

Ayat seruan

183.

Jemputlah masuk ke dalam pejabat saya untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang projek RM 25 juta bersama Megah Holding.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seruan

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintah

184.

Minta kerjasama semua murid untuk mematikan suis elektrik, menutup tingkap dan mengemas bilik darjah sebelum pulang.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat tanya

185.

Antara Mc Donald dan KFC, yang mana satu pilihan anda?

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat perintah

d)

Ayat seruan

186.

Berdasarkan gambar, pilih ayat seruan yang sesuai.

a)

Cis, lembu-lembu itu selalu berkeliaran di taman rekreasi!

b)

Siapakah lembu-lembu di taman rekreasi itu?

c)

Lembu-lembu di taman rekreasi itu kepunyaan Nurul.

d)

Tolong tangkap lembu-lembu itu dan buang ke hutan.

187.

Berdasarkan gambar, pilih AYAT PENYATA yang betul.

a)

Silalah ketawa semasa berada di dalam bas.

b)

Wah, comel sungguh gambar itik ini!

c)

Mengapakah James tertawa seorang diri semasa di dalam bas?

d)

James tertawa seorang diri apabila melihat gambar itik semasa di dalam bas.

188.

Berdasarkan gambar, pilih AYAT PENYATA yang betul.

a)

Kenapa cikgu mengambil gambar saya?

b)

Amboi, cantiknya jaket hujan awak!

c)

Manoj suka memakai jaket hujan berwarna jingga.

d)

Jangan memakai jaket hujan semasa berada di dalam bilik darjah.

189.

Berdasarkan gambar, pilih AYAT PERINTAH yang betul.

a)

Aduhai, meja kerja Jian Yuan tidak kemas kerana dia selalu sibuk!

b)

Tolong kemaskan meja anda selepas digunakan.

c)

Meja kerja Jian Yuan tidak kemas kerana dia terlalu sibuk.

d)

Meja siapakah yang tidak kemas itu?

190.

Siapakah budak perempuan yang menjadi murid baharu dalam kelas 6 Kuning?


Tukarkan ayat tanya itu menjadi ayat seruan yang betul.

a)

Budak perempuan itu merupakan murid baharu dalam kelas 6 Kuning.

b)

Tolong beritahu nama murid baharu kelas 6 Kuning itu.

c)

Adakah budak perempuan itu murid baharu kelas 6 Kuning.

d)

Wah, budak perempuan itu menjadi murid baharu kelas 6 Kuning!