BARU
Ukuran huruf
Lembar kerjaWORKING AS A TEAM
Total soal: 10
Worksheet time: 80secs
Kaedah "six thinking hats" merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan suatu isu/masalah secara individu atau berkumpulan. Apakah warna bagi topi-topi ini?
Biru, hijau, kuning, merah, putih, hitam
Hijau, putih, merah jambu, kuning, biru, jingga
Putih, hitam, biru, ungu, merah, hijau
Merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu
Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan tingkah laku yang harus ditonjolkan ketika perbincangan kumpulan?
Bertanya soalan apabila kurang memahami isu yang dibincangkan.
Memberikan cadangan penambahbaikan jika diperlukan.
Sentiasa menyokong cadangan ketua tanpa persoalan.
Mendengar semua pendapat ahli kumpulan sebelum membuat keputusan untuk menyokong mana-mana cadangan.
MERANCANG adalah salah satu fungsi pengurusan untuk....
Menentukan tugasan yang akan dilaksanakan, siapa yang bertanggungjawab, bagaimana tugas ini dikumpulkan dan siapakah pelapornya, kepada siapa dilaporkan dan tempat membuat keputusan.
Menjelaskan matlamat organisasi, memaklumkan strategi dan menyediakan perancangan untuk mengkoordinasikan semua aktiviti.
Memotivasi ahli organisasi, memberi arahan, memilih saluran komunikasi yang lebih berkesan.
Memantau aktiviti bagi memastikan tercapai seperti yang dirancang dan membetulkan kesalahan/kesilapan.
Komunikasi antara ketua pasukan dan ahli pasukan penting dalam mewujudkan kerjasama dan kesefahaman. Berikut adalah langkah mewujudkan rangkaian hubungan yang erat KECUALI
Ketua pasukan dapat mewujudkan kerjasama melalui pertemuan yang kerap diadakan
Saling memahami peranan dan tugas masing-masing
Konflik diselesaikan dengan hati terbuka bagi mendapat persetujuan dan kesefahaman
Ahli-ahli pasukan perlu berdiam diri dan hanya menerima keputusan ketua pasukan
Yang manakah TIDAK BENAR mengenai kepemimpinan sebagai ketua
Ketua pasukan bersifat adil dalam memberi tugas dan tanggungjawab kepada ahli pasukan
Ketua pasukan memberi perhatian pada imej dan penampilan diri pasukan
Ketua pasukan mampu menguasai suasana tegang dalam pasukan dan berusaha meredakan konflik yang berlaku
Ketua pasukan menyerahkan semua keputusan kepada ahli pasukan
Apakah yang menjadikan kerja berpasukan berjaya?
Dipenuhi dengan ketidakpercayaan
Kurang komunikasi
Kepimpinan yang baik
Ahli kurang komitmen terhadap matlamat
Mengapakah komunikasi itu penting dalam kerja berkumpulan? Berikan alasan yang tepat.
Perbincangan mengenai isu-isu tertentu dapat dilakukan dengan tepat
Bagi mencapai matlamat kerja
Ahli kumpulan dapat mengeratkan silaturahim
Mengundang idea yang banyak dalam sesebuah perbincangan
Apakah rahsia dalam kerja kumpulan yang berjaya?
Kerjasama
Bertanggungjawab
Berfikiran terbuka
Akauntabiliti
Apakah dua kaedah menyelesaikan masalah?
Kaedah komunikasi dan kaedah perbincangan
Kaedah penilaian dan kaedah inkuiri
Kaedah inkuiri dan kaedah perbincangan
Kaedah penilaian dan kaedah komunikasi
Manakah di antara pilihan jawapan berikut bukan kepentingan ‘work as a team’?
Berkongsi beban kerja
Menghasilkan idea yang kreatif serta kritis
Bersaing dengan cara yang kotor.
Peluang untuk belajar dan menimba pengalaman
