wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Bertulis

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

Peribahasa yang dapat dikaitkan dengan maksud di atas ialah

a)

sarang tebuan jangan dijolok.

b)

air yang tenang jangan disangka tiada berbuaya.

c)

jika ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya.

d)

di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu

2.

Encik Wong yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.

a)
masa itu emas
b)

ukur baju di badan sendiri

c)
bertangguh itu pencuri masa
d)

takut akan bayang-bayang sendiri

3.

Ahli-ahli pengakap yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.

a)

makan angin

b)
ikat perut
c)
makan hati
d)

ambil angin

4.

Ubi itu akan_______oleh Puan Tan sebentar lagi.

a)
ditanak
b)
dijerang
c)
dikukus
d)
direbus
5.
Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a)
mengalas
b)
menatang
c)
menjinjing
d)
membimbing
6.

Puan Fong berikan beberapa_________durian dan se______ rambutan ini kepadanya.

a)

biji ......  buah

b)

tangkai ......   ikat

c)

berkas......   buah

d)

biji .......   ikat

7.

Ayah ................ emak sepasang baju kurung sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

a)
menghadiah
b)
menghadiahi
c)
menghadiahkan
d)
memperhadiahkan
8.

Puan Su _________anaknya di kerusi yang kosong di hadapannya.

a)

terduduk

b)

menduduki

c)

penduduk

d)

mendudukkan

9.

_______ murid-murid di tadika itu terdiri daripada penduduk di kawasan itu.

a)

Tiap-tiap

b)

Setengah

c)

Para-para

d)

Kebanyakan

10.

Ya Min menambahkan sedikir garam ke dalam sup itu kerana terlalu ______

a)

masin

b)

cair

c)

pekat

d)

tawar

11.

Walaupun sudah menjadi seorang _____hasil kejayaan perniagaannya, abang tidak pernah melupakan kawan-kawan di kampung.

a)

jutawan

b)

karyawan

c)

dermawan

d)

angkasawan

12.

Sekiranya aspek kesihatan diambil perhatian, maka kesihatan dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang itu.

Pilih perkataan sinonim bagi meningkatkan

a)

meninggikan

b)

mengecilkan

c)

membesarkan

d)

meneruskan

13.

San Xi dan Fa Qin akhirnya berdamai dan bermaafan setelah sekian lama tidak bertegur sapa.

Pilih perkataan antonim bagi berdamai

a)

berkawan

b)

bersatu

c)

berbincang

d)

bersengketa

14.

Puan Lee menangis mengenangkan kedegilan anaknya, akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik dari kecil lagi. Seperti kata pepatah

a)

Cepat kaki ringan tangan.

b)

Kalau pandai makan, pandai simpan.

c)

Masuk di dalam kawan gajah berdering.

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

15.

Sa Lin tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenar sangat mahir melukis itu,

a)

Seperti harimau lapar

b)

seperti harimau kehilangan ekor

c)

Seperti harimau menyimpan kuku

d)

Seperti harimau dapat cincin

16.

Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.

a)

Ada semut ada sarang

b)

Ada ubi ada batas

c)

Ada gula ada semut

d)

ada bukit ada paya.

17.

Encik Kong bekerja sambilan di restoran sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

c)

Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.

d)

Buang yang keruh, ambil yang jernihnya.

18.

Sebagai anak lelaki tunggal, Lok Man menjadi _________________ keluarga Encik Yang.

a)

anak orang

b)

anak buah

c)

anak emas

d)

anak angkat

19.

Puan Sin ___________ memilih jam tangan yang dijual di pasar malam itu.

a)

bekas tangan

b)

serkap jarang

c)

dalam tangan

d)

rambang mata

20.

Keadaan Han Son ________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

21.

Puan Soo _________ kerana lima ahli keluarganya telah

maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

22.

Encik Beh _________ setelah menerima panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi pantai

d)

bagai anjing buruk kepala

23.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Cahaya hari ini hangat sekali.

II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang

cahaya mata.

III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk

hidup.

IV Air muka Liu cahaya sekali setelah mendengar berita

baik itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

24.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

II Beg yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

III Harga barangan tempatan lebih rendah daripada harga

barangan import.

IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata

pelajaran Bahasa Cina.

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I,II dan III

d)

I,III dan IV

25.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Hun Ben diminta bentang permaidani di r.umah

II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

26.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Kami sampai sejambak bunga kepada emak.

II Paras banjir di Taman Dumai sudah sampai aras bahaya.

III Bus dari Perak akan sampai pada pukul 9:00

malam.

IV Sampai hari ini, Ben Ji masih belum memulangkan buku

cerita itu.

a)

I dan III

b)

III dan IV

c)

I,II dan IV

d)

II, III, dan IV

27.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Polis yang makan suap itu telah ditangkap.

II Perjalanan kami tadi makan masa selama dua jam.

III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang

tidak makan.

a)

I,II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

28.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Telefon itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.

III Beberapa penduduk mendapat cedera ringan dalam

kebakaran itu.

IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah

diselesaikan.

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II,III dan IV

29.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Liong baru sahaja baik daripada selesema.

II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

I,II dan IV

d)

II,III dan IV

30.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Mereka asyik berbincang mengenai mutu sukan negara.

II Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

III Laporan mengenai dengan kejadian itu akan disiasat.

IV Kata-kata nistanya itu mengenai terhadap dirinya sendiri.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

31.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Nasi itu elok dimakan hangat.

II Kakak hangat lauk-pauk untuk dimakan pada waktu malam nanti.

III Kempen itu mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid.

IV Suasana menjadi hangat apabila ahli mesyuarat berselisih faham.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

32.

SOALAN 4 :

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Rumah baharu Encik Heng luas dan lapang.

II Hati Jin Han berasa lapang apabila melihat kami selamat tiba.

III Xi Kin bergiat dalam lapang sukan sejak dua tahun yang lalu.

IV Jika ada lapang, saya akan berkunjung ke sana.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

33.

Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai emas dengan ________________ dinding premis itu tidak tercapai.

a)

memotong

b)

menebas

c)

menggerudi

d)

menukul

34.

Puan Von suka ____________________ tikar untuk kegunaan di bilik tamu

a)

menganyam

b)

membuat

c)

mengikat

d)

menyirat

35.

Adik Ding Eng ______________________ burung di dusun Encik Au.

a)

membuang

b)

melastik

c)

memukul

d)

membaling

36.

Puan Ong _____________ anaknya yang nakal itu.

a)

membuang

b)

melastik

c)

memukul

d)

membaling

37.

Apabila kapal _________________ , kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke dalam kapal menggunakan kren kapal.

a)

berlabuh

b)

mendarat

c)

berhenti

38.

Kapal terbang itu sukar _________________ kerana tiupan angin kuat

a)

berlabuh

b)

mendarat

c)

berhenti

39.

Kita berhati-hati semasa memandu di jalan yang _____________ itu.

a)

bengkok

b)

condong

c)

bongkok

d)

serong

40.

Menara _______________ Italy menarik banyak pelancong ke situ.

a)

bengkok

b)

condong

c)

bongkok

d)

serong

41.

Encik Chew ________________ sebuah rumah dan tinggal di sana buat sementara.

a)

menetap

b)

menumpang

c)

menyewa

d)

menginap

42.

Sean sekeluarga berpindah ke Melaka dan ______________ di sana.

a)

menetap

b)

menumpang

c)

menyewa

d)

menginap

43.

Kami sekeluarga _______________ di hotel Genting Highland semasa bercuti si sana.

a)

menetap

b)

menumpang

c)

menyewa

d)

menginap

44.

John kelihatan __________________ setelah kalah dalam pertandingan bola sepak tadi.

a)

muram

b)

mendung

c)

redup

d)

suram

45.

Budak-budak itu bermain bola di bawah cuaca yang ________________.

a)

muram

b)

mendung

c)

redup

d)

suram

46.

 Air terpercik apabila Ren An mencampakkan tiga ______ batu ke dalam kolam ikan itu.

a)
rumpun
b)
ketul
c)
bentuk
d)
pucuk
47.

Sarah menerima se______ surat daripada rakannya yang sedang menuntut di sebuah universiti di Johor.

a)
helai
b)
pucuk
c)
cucuk
d)
belah
48.

 Pak Hu Sen memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang.

a)

utas

b)
rawan
c)
bilah
d)
batang
49.

 Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh tiga orang murid yang sedang berkelah.

a)
batang
b)
pohon
c)
kaki
d)
pucuk
50.
__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
a)
Sepasukan
b)
Sekawan
c)
Serumpun
d)
Segerombolan
51.

Setiap kali abang pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.

a)
ulas ….. sikat
b)
biji ….. tandan
c)
 ikat ….. tandan
d)
ikat ….. sisir
52.

Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.

a)

ruas

b)

pohon

c)

batang

d)

rumpun

53.

Peminta sedekah itu meminta belas kasihan untuk mendapatkan se __________________ nasi.

a)

gugus

b)

cubit

c)

suap

d)

butir

54.

Dua _____________________ meriam dipamerkan di hadapan Kota A'Famosa.

a)

butir

b)

laras

c)

buah

d)

biji

55.

Helan membeli lapan ______________________ petai di pasar.

a)

utas

b)

gugus

c)

papan

d)

biji

56.

Pah Len menggunakan se _____________________ jala untuk menangkap ikan di laut.

a)

rawan

b)

pasang

c)

urat

d)

sikat

57.

Untuk memagari kebunnya,Pak Cik Ding telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.

a)
utas
b)
gulung
c)
gelung
d)
bidang
58.

“Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu, kata Mak Cik Gan kepada Janet.

a)
cubit
b)
cuit
c)
colet
d)
genggam
59.
Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
a)
kelompok
b)
tompok
c)
buah
d)
biji
60.

Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya

a)
patah
b)
potong
c)
cebis
d)
untai
61.
Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
a)
butir
b)
das
c)
biji
d)
pucuk
62.

Beberapa ____________________ rokok bertaburan di bawah meja.

a)

puntung

b)

pasang

c)

patah

d)

lembar

63.

__________________ kedai musnah dalam kebakaran semalam.

a)

Sekumpulan

b)

Sepatah

c)

Segerombolan

d)

Sederet

64.

Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan

a)

Seperti rumput di tepi jalan

b)

Bagai tikus jatuh ke beras

c)

Berpantang maut sebelum ajal

d)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

65.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

66.

Seperti halilintar membelah bumi

a)

bunyi yang sangat kuat

b)

hari penghabisan

c)

seseorang yang terlalu marah

d)

suasana cerah tiba-tiba

67.

Sikap Rani yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

68.

Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

69.

Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

70.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

71.

Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

seperti cicak makan kapur

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

72.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

73.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak pemaju telah memberikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

a)

Telah memberikan penjelasan pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

b)

Penjelasan telah pihak pemaju berikan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

c)

Pihak pemaju telah berikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

d)

Penjelasan telah diberikan oleh pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

74.

Soalan:_______________________________

Jawapan: Mei minum susu segar pada setiap pagi.

a)

Mei minum susu segar bila?

b)

Mei minum susu di mana?

c)

Mei minum susu mengapa?

d)

Mei minum susu berapa kali?

75.

Soalan:_________________________?

Jawapan: Lelaki itu ialah Pak Ummi

a)

Di manakh Pak Ummi

b)

Lelaki itu siapa

c)

Lelaki itu di mana?

76.

Banyak baik yang boleh didapati daripada menyertai sukan ini.

a)

baiki

b)

membaik

c)

baikan

d)

kebaikan

77.

Aktiviti sukan lasak ini juga mampu menyemai semangat pimpin, kesetiaan dan toleransi.

a)

dipimpin

b)

terpimpin

c)

memimpin

d)

kepimpinan

78.

Galakan perlu beri kepada generasi muda agar membabitkan diri dalam aktiviti sukan lasak ini.

a)

pemberian

b)

memberi

c)

diberikan

d)

keberian

79.

Pengalaman menaiki rakit yang bawa arus deras sangat menyeronokkan.

a)

dibawa

b)

kebawahan

c)

membawa

d)

dibawakan

80.

Kawasan ini ialah kawasan rekreasi air yang sangat cabar dan jauh daripada kesibukan kota raya.

a)

dicabar

b)

cabari

c)

mencabar

d)

dicabarkan

81.

Kawasan jeram yang cantik keliling pokok-pokok dan bunga hutan liar yang segar benar-benar memukau pandangan mata.

a)

kelilingi

b)

mengelilingi

c)

dikelilingi

d)

terkeliling

82.

Adik minta izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.

a)

diminta

b)

meminta

c)

permintaan

d)

terminta

83.

Semua penduduk telah setuju keputusan untuk baik balai raya itu.

a)

bersetuju ... baikkan

b)

menyetujui ... membaiki

c)

dipersetujui ... dibaiki

d)

persetujuan ... baiki

84.

Penduduk di kawasan pedalaman itu jangkit penyakit kulit akibat air sungai yang tercemar.

a)

berjangkit

b)

menjangkiti

c)

dijangkiti

d)

jangkitan

85.

Pokok itu tumbang setelah sambar kilat petang tadi.

a)

sambaran

b)

disambar

c)

menyambar

d)

bersambar

86.

Orang yang jawat dalam sesuatu pertubuhan haruslah melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan penuh amanah.

a)

penjawat

b)

menjawat

c)

berjawatan

d)

perjawatan

87.

Puan Min menjelaskan perkara itu kepada emaknya.

Pilih perkataan sinonim bagi "menjelaskan".

a)

menerangkan

b)

mengemukaan

c)

menyiapkan

d)

mengambilkan

88.

Encik Seen merupakan usahawan yang terkenal dalam bidang perniagaan kerana kecekalannya.

a)

sektor

b)

aktiviti

c)

jurusan

d)

bahagian

89.

Peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa ditunda kerana terdapat soalan bocor.

a)

terbuka

b)

terdedah

c)

diketahui

d)

terbongkar

90.

Setiap orang boleh berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh.

a)

pasti 

b)

mesti   

c)

harus

d)

mampu

91.

Li Yan ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Mary yang kelakar mengenai adiknya.

a)

sinis

b)

lucu

c)

sedih

d)

seloka

92.

Pei Ling menyusun buku-buku rujukan di rak yang disediakan oleh perpustakaan sekolah.

a)

mengatur  

b)

mengurus 

c)

membersih

d)

membentuk

93.

Yong Zi menghumban barang-barang yang tidak digunakan lagi ke dalam tong sampah semasa aktiviti gotong-royong .

a)

melontar

b)

membuang

c)

melempar

d)

mencurah

94.

Kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang  teknologi maklumat supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin canggih kini.

a)

ilmu

b)

kepakaran 

c)

kemahiran

d)

kepandaian

95.

Leman memaklumkan kepada jurulaithnya bahawa dia tidak dapat turut menjalani latihan kerana mengalami keadaan kecederaan pada kakinya.

a)

melaporkan

b)

menberikan

c)

menceritakan

d)

mengkhabarkan

96.

Persatuan Rakyat Kampung Bulat telah ditubuhkan pada tahun lepas.

a)

dimatikan

b)

dibatalkan 

c)

ditutupkan

d)

dibubarkan

97.

Kepetahan Ga Sen ketika berpidato mendapat pujian daripada kawan-kawannya.

a)

kejian 

b)

hasutan

c)

ucapan

d)

sindirin

98.

Pada setiap hujung minggu,  Kok Dik sering ke rumah.

a)

kerap  

b)

jarang 

c)

kurang

d)

sementara

99.

Berita tentang kejahatan artis itu telah diketahui oleh orang ramai.

a)

kebaikan 

b)

kesucian 

c)

keinsafan

d)

ketakwaan

100.

Cikgu Ng menampal jadual tugas murid-murid Tahun Enam Amanah di papan kenyataan kelas itu.

a)

membuang

b)

menanggal   

c)

mencampak

d)

menyangkut