WorksheetsSEM 3 PENGAJIAN AM (SET C)
Total questions: 15
Worksheet time: 18mins
Objektif utama Dasar Luar Malaysia ialah
memelihara dasar memakmurkan negara jiran
melindungi kepentingan nasional di peringkat antarabangsa
mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain
mendapatkan bantuan dan teknologi daripada negara-negara maju
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN, seperti Filipina, Brunei, dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spartly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Yang manakah berikut merupakan usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan dalam rantau Asia Tenggara?
Mesyuarat Asia – Eropah
Mesyuarat ASEAN + 3
Forum serantau ASEAN
Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
Yang manakah merupakan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
Jurucakap Misi Perdamaian
Ketua Pasukan Pengaman
Ahli Tetap Majlis Keselamatan
Pengerusi Majlis Perhimpunan Agung
Yang manakah faktor penentu penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
PBB mengutamakan hak asasi bersama
PBB menerima semua negara tanpa mengira ideologi
PBB melaksanakan kerjasama multilateral dalam perdagangan bebas
PBB mengambil sikap berkecuali dalam hal ehwal dalaman negara lain
Peristiharan ‘Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali’ oleh ASEAN bertujuan untuk
Menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
Mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
Menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara
Yang manakah faktor Malaysia menyertai Dialog Antarabangsa Langkawi?
A Keanggotaan dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
B kestabilan geopolitik
C Kepentingan ekonomi
D Keamanan sejagat
Keanggotaan dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
kestabilan geopolitik
Kepentingan ekonomi
Keamanan sejagat
Yang manakah agensi PBB yang berperanan mentadbir sesebuah negara yang sedang mengalami peralihan kuasa ?
Majlis Amanah
Majlis Keselamatan
Majlis Suruhanjaya Hak Asasi
Majlis Perhimpunan Agung PBB
Yang manakah berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
i. Semua negara anggota mengutamakan perdangangan dalam kumpulan mereka
ii. Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan OIC ialah Persidangan Menteri Luar OIC
iii. Sekreteriat OIC bertanggungjawab untuk melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan OIC
iv. Menyelaraskan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang pendidikan, kewangan dan pertahanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah Perdana Menteri Malaysia yang mendokong amalan Dasar Luar Berkecuali ?
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Yang manakah kesan pembentukan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) kepada Malaysia?
Wujud pencemaran marin yang sukar dikawal
Wujud kesulitan untuk mengawal keselamatan perairan
Wujud perkongsian sumber-sumber ekonomi dengan negara jiran
Wujudnya pertindihan kawalan ke atas beberapa buah pulau yang strategic
Yang manakah pendirian Malaysia terhadap isu Palestin?
Menyediakan sumber ketenteraan kepada Palestin
Rejim Israel mesti keluar dari tanah rakyat Palestin
Sedia menerima pelarian dalam kalangan Palestin
Menjadikan pemimpin-pemimpin Israel sebagai penjenayah perang
Yang manakah merupakan tujuan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang diilhamkan oleh Malaysia?
Menyaingi Kesatuan Eropah dan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)
Menggantikan Perjanjian Am tentang Tarif dan Perdagangan (GATT) yang kurang berjaya
Membolehkan Jepun memimpin negara di rantau ini dalam bidang ekonomi
Menjadi forum perdagangan dan ekonomi kepentingan bersama
Yang manakah pernyataan yang benar tentang dasar luar Malaysia?
Wisma Putra merupakan penyelaras hubungan dasar luar
Perdana Menteri merupakan pembuat keputusan sah dasar luar
Yang di-Pertuan Agong perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum melaksanakan dasar luar
Kementerian Luar Negeri bertanggungjawab untuk merangka pelan pembentukan dasar luar
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara anggota ASEAN?
Kepelbagaian sosial dan budaya dalam kalangan negara anggota
Negara-negara anggota lebih mengutamakan kepentingan nasional
Membelakangkan sesuatu perjanjian dan kerjasama yang telah dimeterai
Dasar tidak campur tangan terhadap permasalahan dalaman negara anggota
