wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ilmu Falak Topic 4 & 5

Total questions: 8

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan kedudukan matahari pada waktu solat yang berbeza-beza, iaitu pada waktu solat B, Syuruk, A, Asar, C dan D. Apakah nama waktu solat yang dilaksanakan ketika matahari terbenam?

a)

Isyak

b)

Zuhur

c)

Subuh

d)

Maghrib

2.

Waktu Zuhur dilaksanakan ketika gelincirnya matahari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendefinisikan gelincir matahari dengan waktu satu minit dan empat saat selepas Istiwa. Tandakan Matahari ketika waktu solat Zuhur

3.

D adalah kedudukan Matahari ketika waktu solat Isyak. Apakah definisi mulanya solat Isyak menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?

4 lines
4.

Dengan menggunakan rajah di bawah, lukiskan kedudukan matahari ketika waktu subuh dan darjah nya.

5.

Waktu Asar mempunyai definisi yang berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Manakah antara berikut adalah definisi mulanya waktu solat Asar menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?

a)

Panjang bayang satu tongkat ketika istiwa

b)

Panjang bayang tongkat ketika matahari berada 45 darjah tinggi dari ufuk

c)

Ditambah dengan satu panjang tongkat

d)

Ditambah dengan dua kali panjang tongkat.

6.

Bulan Hijrah ditentukan ketika anak bulan dilihat pada 29 hari bulan Hijrah. Berdasarkan daripada Rajah 2, tandakan fasa bulan ketika 29 hari Bulan Hijrah?

7.

Hari dalam satu bulan Hijrah adalah selari dengan kitaran fasa bulan. Berdasarkan daripada Rajah di bawah , tandakan fasa bulan ketika 15 hari bulan Hijrah

8.

Lukiskan keadaan bulan ketika anak bulan kelihatan pada 29 hari bulan Islam