Font size
WorksheetsPENGENALAN KEPADA SAINS
Total questions: 36
Worksheet time: 18mins
Apakah itu sains?
Kajian sistematik terhadap fenomena semulajadi
Pengetahuan yang mengkaji tentang sejarah manusia
Ilmu pengetahuan yang mengkaji bagaimana manusia berkomunikasi antara satu sama lain
Mengkaji bagaimana haiwan hidup dan membiak
Yang manakah ialah kepentingan sains dalam kehidupan seharian? ( Pilih dua jawapan)
Menyumbang kepada bidang kejuruteraan
Menyumbang kepada kegunaan Internet dan komunikasi
Meningkatkan hasil tanaman yang membahayakan manusia
Memberi masa untuk tidur di kelas
Yang manakah bukan fenomena semulajadi?
Pembentukan pelangi selepas hujan
Proses pencairan ais
Tumbesaran seekor katak
Pembinaan rumah
Terdapat pelbagai bidang sains yang penting kecuali...
Geologi
Fizik
Astronomi
Makanan
Kesemua yang berikut merupakan fenomena semulajadi kecuali
penerbangan kapal terbang
musim kemarau
terbitnya Matahari
gerhana bulan
Inilah kaki retort.Apakah fungsinya?
Memegang sesuatu radas makmal
Tujuan penyiasatan
Untuk bermain bola keranjang
Memegang sesuatu radas RBT
Yang manakah antara berikut BUKAN fenomena semula jadi
Kajian tentang batuan,tanih dan mineral adalah dalam bidang
Geologi
Fizik
Astronomi
Meteorologi
Zoologi adalah bidang yang mengkaji
Haiwan
Tumbuhan
Mikroorganisma
Angkasa Lepas
Apakah simbol amaran ini?
Kimia yang merengsa
Kimia yang boleh meletup
Kimia yang menghakis
Kimia yang mudah meletup
Apakah kimia yang mempunyai simbol amaran ini?
Asid
Merkuri
Petrol
Alkali Pekat
Apakah nama radas ini?
What is the name of this apparatus?
Kelalang kon
Conical flask
Bikar
Beaker
Tabung uji
Test tube
Piring sejat
Evaporating dish
Sebuah botol yang mengandungi suatu bahan di label dengan simbol di bawah. apakah maksud bagi simbol tersebut?
A bottle containing a substance is labelled with the symbol as picture below. what is the meaning of the symbol?
Merengsa
Irritant
Mudah terbakar
Flammable
Beracun
Poisonous
Mudah meletop
Explosive
Antara radas berikut yang manakah digunakan untuk menyukat isi padu cecair yang tetap ?
Pipet
Buret
Silinder penyukat
Bikar
Bacaan yang betul untuk menyukat isi padu air di atas ialah
11ml
12ml
13ml
10ml
Namakan radas berikut
A. Kelalang kon
B. Kelalang dasar leper
Apakah maksud simbol diatas
A. Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif yang dapat menyebabkan kanser
B. Bahan kimia yang mudah meletup
APAKAH BACAAN PADA ANGKUP VERNIER DALAM RAJAH DI ATAS?
3.01 cm
3.05 cm
3.15 cm
3.50 cm
APAKAH BACAAN PADA TOLOK SKRU MIKROMETER DALAM RAJAH TERSEBUT?
2.40 mm
2.54 mm
2.56 mm
2.60 mm
RAJAH MENUNJUKKAN SEBUAH PENYESARAN AIR UNTUK MENENTUKAN ISI PADU GULI.
DIBERIKAN JISIM GULI IALAH 5.5 g.
BERAPAKAH KETUMPATAN GULI ITU?
0.37 g cm-3
0.91 g cm-3
1.1 g cm-3
2.73 g cm-3
Antara bahan yang berikut, bahan yang manakah yang kurang tumpat daripada air?
[Ketumpatan air =1 gcm-3]
K, 0.22 gcm-3
L, 1.53 gcm-3
M, 1.98 gcm-3
N, 8.75 gcm-3
Antara bahan yang berikut, bahan yang manakah yang lebih tumpat daripada air?
[ketumpatan air= 1gcm-3]
K, 0.22 gcm-3
L, 0.93 gcm-3
M, 0.98 gcm-3
N, 8.75 gcm-3
Pilih rumus untuk ketumpatan.
ketumpatan =isipadujisim
ketumpatan=jisim ×isipadu
ketumpatan= jisimisipadu
ketumpatan=jisim+isipadu
Jadual menunjukkan tiga bahan P, Q dan R yang berlainan ketumpatan. Antara bahan berikut, yang manakah akan terapung di dalam air yang mempunyai ketumpatan 1.0 gcm-3?
P
Q
R dan Q
P dan Q
Gambar menunjukkan tumpahan minyak yang berlaku di laut. Bagaimanakah lapisan minyak terbentuk dan kelihatan di permukaan air tersebut ?
Ketumpatan minyak kurang daripada air laut jadi minyak terapung atas air laut.
Ketumpatan minyak lebih daripada air laut jadi minyak terapung atas air laut.
Ketumpatan minyak sama dengan air laut jadi minyak terapung atas air laut.
Rajah ini menunjukkan sebuah rakit. Terangkan secara ringkas bagaimana konsep ketumpatan diaplikasikan dalam rakit tersebut. pilih 2 jawapan yang tepat.
Rakit diperbuat daripada kayu
Rakit terapung di atas permukaan air kerana kayu kurang tumpat berbanding air
Rakit akan tenggelam kerana terlalu berat
rakit sangat perlahan bergerak
Cecair X dan cecair Y dengan ketumpatan masing-masing 0.70 g/cm3 dan 1.35 g/cm3 masing-masing dicampurkan ke dalam suatu bikar? Apakah yang akan diperhatikan?
Kedua-dua cecair akan bercampur dalam masa yang singkat
cecair X akan terapung di atas cecair Y
cecair Y akan terapung di atas cecair X
cecair Y akan meresap ke dalam cecair X
Apakah fungsi tangki balast untuk menjadikan kapal selam tenggelam dalam air laut?
air laut dipam keluar dari tangki balast menjadikan kapal selam kurang tumpat
air laut dipam ke dalam tangki balast menjadikan kapal selam lebih tumpat
air laut dipam keluar dari tangki balast menjadikan kapal selam lebih tumpat
air laut dipam ke dalam tangki balast menjadikan kapal selam kurang tumpat
W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah merupakan turutan langkah yang betul?
Z, W, Y, X
W, Z, Y, X
Z, Y, W, X
Y, Z, W, X
Dalam kemahiran proses sains, terdapat kemahiran membuat inferens. Apakah yang dimaksudkan dengan inferens?
Punca bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan
Sebab atau alasan bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan
Fungsi bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan
Akibat bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan
Diberi pernyataan "Tuala kain menyerap air yang lebih banyak berbanding kertas tisu". Pernyataan ini merujuk kepada kaedah ______________
Mengenal pasti masalah
Mengawal pemboleh ubah
Membina hipotesis
Merancang eksperimen
Berdasarkan graf kadar penyejatan lawan luas permukaan, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
semakin bertambah luas permukaan, semakin berkurang kadar penyejatan
semakin bertambah luas permukaan, semakin bertambah kadar penyejatan
semakin berkurang luas permukaan, semakin bertambah kadar penyejatan
semakin berkurang luas permukaan, semakin berkurang kadar penyejatan
Antara yang berkut yang manakah BUKAN pembolehubah yang dimalarkan untuk eksperimen yang dinyatakan di atas.
Saiz bahan
Jenis Bahan
Masa yang diambil
Haba yang dibekalkan
