wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 42

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Di mana ada rezeki di situlah ramai orang

a)

ada kerak adalah nasi

b)

bagai menelan mestika embun

c)

ada gula adalah semut

2.

perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya

a)

burung terbang dipipiskan lada

b)

alah bisa tegal biasa

c)

bagai menelan mestika embun

3.

kebaikan yang sia-sia

a)

bagai menelan mestika embun

b)

bagai hujan jatuh ke pasir

c)

berani kerana benar, takut kerana salah

4.

merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh

a)

burung terbang dipipiskan lada

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

5.

sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

a)

seperti anak ayam kehilangan ibu

b)

ditatang bagai minyak yang penuh

c)

ringan tulang berat perut

6.

seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat

a)

garam jatuh ke air

b)

malu berkayuh perahu hanyut

c)

ingat sebelum kena, jimat sebelum kena

7.

kalau tidak berusaha,tentulah susah dan segan bertanya, akan membuat kesilapan

a)

hilang adat tegal muafakat

b)

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

c)

malu berkayuh perahu hanyut

8.

sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin

a)

biar putih tulang, jangan putih mata

b)

seperti anak ayam kehilangan ibu

c)

kusut di hujung, bawa ke pangkal

9.

apabila kita menetap di sesebuah negeri kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut

a)

di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

b)

air pun ada pasang surutnya

c)

berani kerana benar, takut kerana salah

10.

adat lama boleh diubah asal dengan muafakat

a)

ada kerak, adalah nasi

b)

ringan tulang berat perut

c)

hilang adat tegal muafakat

11.

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

a)

sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan yang berfaedah

b)

bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti

12.

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

a)

perselisihan dalam kalangan keluarga sendiri akhirnya berbaik-baik semula

b)

manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji

13.

bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

a)

kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu

b)

sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya

14.

genggam bara api biar sampai jadi arang

a)

membuat sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar

b)

orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada

15.

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

a)

berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarang boleh mengakibatkan akibat buruk

b)

penganiayaan terhadap keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula.

16.

berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

a)

sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan yang berfaedah

b)

seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri

17.

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

a)

manusia tidak sunyi daripada membuat kesilapan

b)

berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarang boleh mengakibatkan akibat buruk

18.

seperti tikus jatuh ke beras

a)

mendapat kedudukan yang mewah

b)

semakin tinggi pangkat semakin merendahkan diri

19.

lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya

a)

sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa

b)

lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya

20.

seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

a)

hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar

b)

tiada guna menasihati orang lain kalau kelakuan sendiri tiada sesuai

21.

biduk lalu kiambang bertaut

a)

lebih baik jangan dicampuri perselisihan keluarga orang kerana mereka akan berbaik semula

b)

pembahagian yang sama rata dan adil

22.

belum di suruh sudah pergi belum dipanggil sudah datang

a)

cerdik dan rajin

b)

tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih

23.

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri , baik juga di negeri sendiri

a)

walau bagaimana mewah sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga lebih baik

b)

tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih

24.

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

a)

pembahagian yang sama rata dan adil

b)

orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika dia merendahkan dirinya

25.

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

a)

dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya

b)

perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah

26.

baik membawa resmi ayam betina

a)

merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan

b)

cerdik dan rajin

27.

pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar

a)

menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

b)

tiap-tiap bernyawa akan mati

28.

seperti harimau menyembunyikan kukunya

a)

kasih sayang yang mendalam sekali

b)

orang yang bijak tetap menyembunyikan kebolehannya

29.

nasi tak dingin pinggan tak retak

a)

orang yang cermat membuat pekerjaannya

b)

membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah

30.

seperti labah-labah cinta kepada telurnya

a)

kasih sayang yang mendalam sekali

b)

menggunakan masa dengan sebaiknya

31.

hutang emas dapat dibayar hutang budi dibawa mati

a)

kuat kerana kelebihan

b)

budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang

32.

pisang tidak berbuah dua kali

a)

beringat-ingat supaya perkara yang tidak baik tidak berulang lagi

b)

orang yang mengikut hawa nafsu

33.

kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit

a)

kuat kerana kelebihan

b)

bijak dalam menyelesaikan sesuatu

34.

tukang tidak membuang kayu

a)

orang yang cerdik, sayang kerana masing-masing ada gunanya

b)

sendiri menanggung kesalahan

35.

tiada rotan akar berguna

a)

kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna

b)

pendiam tetap pintar

36.

kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya

a)

orang yang mengikut hawa nafsu

b)

sesuatu perkara mesti disiasat dahulu dengan teliti

37.

tangan mencencang bahu memikul

a)

menanggung kesilapan sendiri

b)

pendiam tetapi pintar

38.

Akhir-akhir ini, Mina akan menyelesaikan kerja dan urusan pejabat dengan teliti dan secepat mungkin. Perubahan itu membuat teman sepejabatnya tertanya-tanya sebab yang mengubah etika kerjanya. Mina sebenarnya berubah kerana dia mula sedar bahawa rezekinya akan bertambah sekiranya dia gigih berusaha melaksanakan tugasnya ibarat __________.

a)

ringan tulang berat perut

b)

tukang tidak membuang kayu

39.

Walaupun ada rakan sepejabatnya yang meragui keikhlasannya, Mina tetap bersabar dan yakin akan kebenaran yang masih belum jelas kelihatan tetapi lambat-laun akan datang juga, bak pepatah __________.

a)

seperti harimau menyembunyikan kukunya

b)

meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga

40.

Selain itu, dia percaya pentingnya berbuat baik untuk diri sendiri dan sesama rakan sekerja bak pepatah __________.

a)

hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

b)

jauhari juga yang mengenal manikam

41.

Walaupun Mina seorang yang pendiam, dia harus menggunakan kepintaran dan kecekapannya sewaktu bekerja bak pepatah __________.

a)

umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau

b)

jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

42.

Malah, Puan Ana turut mengingatkan Mina supaya menghargai keelokan ilmu yang dikongsi dan bijak menilai kemuliaan sifat dan mutu pekerjaan rakan-rakan sepejabatnya seperti __________. Sejak itu, Mina berpegang teguh kepada nasihat Puan Ana

a)

jauhari juga yang mengenal manikam

b)

baik membawa resmi ayam betina