WorksheetsSweep The Creep: Quiz
Total questions: 15
Worksheet time: 14mins
Maksud penyantunan kanak-kanak ialah…
Suatu jenayah universal yang berlaku apabila seseorang berkawan atau mewujudkan hubungan romantik dengan kanak-kanak atau ibu bapa/penjaga dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan seksual.
Apabila seseorang dewasa melayan kanak-kanak dengan baik dengan seikhlas hati tanpa adanya niat yang jahat.
Apakah taktik yang sering digunakan oleh penyantun kanak-kanak?
Memaksa dan mengarah kanak-kanak untuk membuat perkara yang tidak senonoh secara terbuka di hadapan khalayak ramai.
Memperdayakan kanak-kanak supaya menganggap bahawa mereka berada dalam hubungan yang selamat dan normal.
Pilih jawapan yang paling tepat mengenai peringkat penyantunan kanak-kanak.
4 peringkat: Mendapatkan kepercayaan, memenuhi keperluan, mengasingkan kanak-kanak tersebut, menjalinkan hubungan seksual.
5 peringkat: Mengenal pasti mangsa, mendapatkan kepercayaan, memenuhi keperluan, menjalinkan hubungan seksual, mengekalkan penguasaan penuh terhadap kanak-kanak.
6 peringkat: Mengenal pasti mangsa, mendapatkan kepercayaan, memenuhi keperluan, mengasingkan kanak-kanak tersebut, menjalinkan hubungan seksual, mengekalkan penguasaan penuh terhadap kanak-kanak.
Manakah antara pernyataan berikut adalah benar?
Penyantunan kanak-kanak hanya berlaku kepada kanak-kanak perempuan sahaja.
Penyantunan kanak-kanak berlaku kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Penyantunan kanak-kanak berlaku kepada kanak-kanak kurang upaya sahaja.
Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani isu penyantunan kanak-kanak? Di bawah merupakan jawapan yang betul KECUALI:
I. Menjadi pendengar yang baik kepada kanak-kanak.
II. Mengajar anak-anak untuk sentiasa berani dalam menyuarakan pendapat.
III. Mendorong kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seksual.
IV. Sentiasa menyokong anak-anak dalam apa jua keadaan.
I.
II.
III.
IV.
Sentuhan yang baik adalah sentuhan yang akan membuatkan kanak-kanak berasa selamat, dan selesa.
Adakah pernyataan di atas pernyataan yang benar atau tidak benar?
Benar.
Tidak Benar.
Sentuhan yang tidak baik adalah sentuhan yang membuat kanak-kanak berasa tidak selamat, selesa, takut atau gementar. Apakah contoh sentuhan yang tidak baik yang paling sesuai?
Saudara mara yang bersalaman dengan kanak-kanak ketika menyambut Hari Raya.
Orang dewasa yang mencium atau menyentuh kanak-kanak di bahagian-bahagian yang sulit dan memberitahu mereka supaya tidak memberitahu kepada sesiapa.
Ibu bapa yang mengusap kepala kanak-kanak sebagai tanda kasih sayang.
Apabila seseorang dewasa membuat anda tidak selesa dan berjanji untuk memberi anda hadiah jika anda berjumpa degannya secara peribadi, apakah yang perlu anda lakukan?
Terima hadiah itu dan berjumpa dengan mereka secara rahsia.
Menolak tawaran tersebut dan segera memaklumkan kepada ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai.
Abaikan dan tidak memberitahu kepada orang lain tentang perkara tersebut.
Sekiranya seseorang memegang tangan anda tanpa izin, apakah yang perlu anda lakukan?
Katakan ‘Jangan sentuh saya!’ dan segera beredar ke tempat yang lebih selamat.
Berdiam diri.
Menerima sentuhan tersebut dengan gembira.
Apakah yang perlu anda lakukan jika orang dewasa yang tidak dipercayai menyentuh anda di bahagian badan yang sulit?
Merahsiakan perkara itu.
Memberitahu kepada ibu bapa.
Memberitahu kepada rakan-rakan.
“Penyantunan kanak-kanak hanya boleh berlaku secara fizikal dan tidak akan berlaku melalui atas talian.”
Adakah pernyataan ini benar atau tidak benar?
Benar.
Tidak benar.
Berikut merupakan perjanjian antarabangsa yang telah berjaya menangani isu-isu berkaitan dengan eksploitasi seksual kanak-kanak melalui perspektif neutral jantina KECUALI:
I. Konvensyen Majlis Eropah mengenai Perlindungan Kanak-Kanak terhadap Eksploitasi Seksual dan Penderaan Seksual (CETS).
II. Piagam Afrika Mengenai Hak dan Kebajikan Kanak-Kanak (ACRWC).
III. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (UNRC).
IV. Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
I.
II.
III.
IV.
Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan persetujuan mereka terhadap apa-apa perkara dan orang dewasa perlu menghormati kehendak mereka. Berikut adalah cara-cara untuk bersuara KECUALI:
I. Berkata ‘tidak’ dengan tegas.
II. Mengikut sahaja kehendak orang dewasa.
III. Menggelengkan kepala sebagai tanda untuk mengelakkan orang dewasa tersebut menyentuh anda.
I.
II.
III.
“Apabila berhadapan dengan masalah, kanak-kanak perlulah sedar bahawa mereka boleh berkongsi masalah tersebut kepada ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai. Seeloknya, kanak-kanak tidak perlu untuk berdiam diri apabila menghadapi masalah.” Adakah pernyataan ini benar?
Benar.
Tidak Benar.
Pilihan di bawah adalah kesan-kesan yang boleh dialami oleh kanak-kanak disebabkan oleh jenayah antunan kanak-kanak KECUALI:
I. Kemurungan.
II. Menjadi lebih yakin dengan diri sendiri.
III. Sentiasa berada dalam ketakutan.
IV. Takut untuk berkomunikasi dengan orang dewasa.
I.
II.
III.
IV.
