WorksheetsKUIZ KARNIVAL AKADEMIK
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
Apakah maksud tindak balas redoks?
Tindak balas yang melibatkan peneutralan asid dan alkali berlaku serentak
Tindak balas yang melibatkan suhu naik dan turun serentak
Tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak
Tindak balas yang melibatkan pemutusan ikatan dan pembentukan ikatan berlaku serentak
Manakah antara berikut yang menerangkan tentang tindak balas pengoksidaan?
Bahan kehilangan oksigen
Bahan menerima hidrogen
Bahan kehilangan elektron
Nombor pengoksidaan bahan berkurang
Manakah antara berikut menerangkan tentang tindak balas penurunan?
Nombor pengoksidaan bahan berkurang
bahan mendermakan elektron
bahan menerima oksigen
bahan kehilangan hidrogen
Manakah antara bahan berikut adalah agen pengoksidaan?
Air klorin
kalium iodida
kalium bromida
hidrogen sulfida
Manakah antara bahan berikut adalah agen penurunan?
Kalium manganat(VII) berasid
Kalium dikromat (VI) berasid
Ferum(II) sulfat
Air klorin
Bahan manakah yang paling sesuai untuk menukarkan ion Fe2+ kepada ion Fe3+
Serbuk zink
Air bromin
Gas sulfur dioksida
larutan kalium klorida
Bahan manakah yang digunakan untuk menukarkan ion ferum(III) kepada ion ferum(II)?
larutan kalium iodida
air bromin
larutan kalium dikromat(VI)
Air suling
Manakah persamaan setengah yang menunjukkan bahan tindak balas sebagai agen penurunan?
I- Mg --> Mg2+ + 2e
II- Cu2+ + 2e --> Cu
III- 2Cl- --> Cl2 + 2e
IV- 2H+ + 2e --> H2
I dan II
II dan IV
III dan IV
I dan III
Apakah nilai x,y dan z supaya persamaan tindak balas redoks di bawah ini seimbang.
Cr2O72- + x H+ + y e --> z Cr3+ + 7H2O
x = 14
y = 6
z = 2
x = 14
y = 5
z = 1
x = 7
y = 2
z = 1
x = 7
y = 1
z = 2
Apakah nombor pengoksidaan bagi oksigen dalam H2O2
+1
+2
-2
-1
Berdasarkan persamaan di bawah
Mg + PbO --> MgO + Pb
Bahan manakah yang mengalami pengoksidaan?
Magnesium, Mg
Plumbum(II) oksida, PbO
Magnesium oksida, MgO
Plumbum, Pb
Berdasarkan persamaan redoks di bawah
H2S + Cl2 --> S + 2HCl
Bahan manakah yang mengalami penurunan?
Hidrogen sulfida,
H2S
Air klorin,
Cl2
Sulfur,
S
hidrogen klorida,
HCl
Berdasarkan persamaan redoks di bawah
Zn + CuSO4 --> ZnSO4 + Cu
Manakah yang bertindak sebagai agen pengoksidaan?
Zink,
Zn
Zink(II) sulfat
ZnSO4
kuprum(II) sulfat
CuSO4
Kuprum,
Cu
Apakah yang dimaksudkan dengan agen pengoksidaan?
Bahan yang mengalami pengoksidaan
Bahan yang menyebabkan bahan lain mengalami pengoksidaan.
Bahan yang menyebabkan bahan lain mengalami penurunan
Bahan yang mengalami pembakaran
Antara berikut manakah larutan X yang boleh disesarkan oleh logam ferum?
Plumbum(II) nitrat
Zink(II) nitrat
Aluminium nitrat
Natrium nitrat
Mengapakah air klorin boleh menyesarkan bromin daripada larutan kalium bromida?
Air klorin boleh menghakis
Klorin lebih elektronegatif berbanding bromin
Klorin bersifat asid
Klorin mempunyai susunan elektron yang oktet
Persamaan tindak balas adalah seperti berikut
2KBr + Cl2 --> 2KCl + Br2
Antara berikut manakah yang diperhatikan apabila 1,1,1-trikloroetana ditambah kepada hasil tindak balas?
lapisan tanpa warna kelihatan
lapisan berwarna hijau kelihatan
lapisan berwarna ungu kelihatan
lapisan berwarna perang kelihatan
Apakah warna iodin di dalam larutan 1,1,1-trikloroetana?
Putih
Kuning pucat
Perang
Ungu
Apakah nama larutan yang digunakan untuk membuktikan halogen yang disesarkan daripada larutan halidanya?
Kalium manganat(VII) berasid
1,1,1-trikloroetana
Karbon-14
Air suling
Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam suatu sel kimia
tenaga kinetik → tenaga kimia
tenaga kimia → tenaga kinetik
tenaga elektrik → tenaga kimia
tenaga kimia → tenaga elektrik
Apakah arah pergerakan elektron untuk sel kimia seperti di rajah?
dari aluminium ke kuprum melalui litar luar
dari aluminium ke kuprum melalui pasu berliang
dari kuprum ke aluminium melalui litar luar
dari kuprum ke aluminium melalui pasu berliang
Bagaimanakah menentukan terminal negatif suatu sel kimia?
Nilai keupayaan elektrod piawai yang lebih negatif
yang mengalami penurunan
yang menerima elektron
Nilai keupayaan elektrod piawai yang lebih positif
Apakah fungsi pasu berliang dalam rajah tersebut?
I. melengkapkan litar
II. supaya dua elektrolit tidak bercampur
III. membenarkan pergerakan ion-ion
IV. mengelakkan litar pintas
II dan III sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, II, III dan IV
Antara berikut, yang manakah persamaan setengah yang berlaku di kepingan kuprum?
2H+ + 2e- → H2
Al → Al3+ + 3e-
Cu → Cu2+ + 2e-
Cu2+ + 2e- → Cu
Berikut diberi beberapa nilai keupayaan elektrod piawai bagi beberapa sel setengah
Mg2+ (ak) + 2e --> Mg (s) - 2.38
Al3+ (ak) + 3e --> Al (s) - 1.66
Zn2+ (ak) + 2e --> Zn (s) - 0.76
Fe2+ (ak) + 2e --> Fe (s) - 0.44
logam manakah yang paling sesuai dijadikan terminal positif bagin suatu sel kimia?
Magnesium
Aluminium
Zink
Ferum
Suatu sel kimia menggunakan elektrod zink dan kuprum sebagai elektrod. Manakah yang TIDAK menerangkan tentang elektrod zink?
Eo Zn = -0.76 V
Eo Cu = +0.34 V
Zink menjadi terminal negatif
Zink menjadi anod
Zink akan melepas elektrod
Zink akan menebal
Manakah berikut merupakan elektrolit?
leburan glukosa
leburan naftalena
leburan plumbum(II) bromida
minyak masak
Apakah yang menyebabkan natrium klorida boleh mengkonduksi elektrik dalam keadaan leburan atau akues sahaja tetapi tidak dalam keadaan pepejal?
Terdapat molekul-molekul bergerak bebas
Terdapat ion-ion bergerak bebas
Terdapat atom-atom bergerak bebas
Terdapat elektron yang sudah duplet dan oktet
Manakah maklumat yang TIDAK benar tentang elektrolisis Plumbum(II) bromida lebur berikut?
elektrod karbon boleh diganti dengan elektrod platinum
Terdapat ion plumbum(II), ion bromida, ion hidrogen dan ion hidroksida di dalam elektrolit
ion bromin akan dinyahcaskan di anod
pepejal plumbum akan terenap di katod
Sekiranya anda melakukan elektrolisis plumbum(II) bromida lebur. Apakah pemerhatian anda di elektrod anod?
Gas tanpa warna terhasil
Gas berwarna perang terhasil
pepejal kelabu terbentuk
anod menipis
