WorksheetsMafahim Quran (Baqarah : 255)
Total questions: 14
Worksheet time: 1hrs 5mins
Apakah nama lain bagi ayat 255, Surah Al-Baqarah?
Ma'thurat
Ayatul Haq
Ayatul Kursi
Baqarah
Siapakah yang memberi nama Ayatul Kursi untuk ayat 255, Surah Baqarah?
Sayyidah Fathimah Az-Zahra
Nabi Muhammad SAW
Sayyidah Khadijah
Nabi Ibrahim
Kenapa Rasulullah SAW menamakan Ayatul Kursi untuk ayat 255, Surah Al-Baqarah?
Kerana ia kedengaran sedap didengari.
Kerana ia berkaitan dengan kerusi dan meja.
Kerana istilah "KURSI" terdapat di dalam ayat 255, Surah Baqarah.
Kerana sahabat mencadangkan nama "KURSI".
Apakah surah yang paling agung di dalam Al-Quran?
Al-Ikhlas
Al-'Adiyat
Al-Insan
Al-Fatihah
Apakah ayat yang paling agung dalam Al-Quran?
Ayat 5, Surah Fatihah
Ayat 40, Surah Yasin
Ayat 255, Surah Baqarah
Ayat 3, Surah Ikhlas
Apa yang membezakan Ayat Kursi dengan ayat-ayat lain di dalam Al-Quran?
Hanya di dalam ayat Kursi terdapat ayat "La ila ha illa hu"
Ayat Kursi memperkenalkan tentang keEsaan Allah diiringi dengan sifat-sifatNya.
Ayat Kursi adalah ayat yang paling pendek dalam Al-Quran.
Ayat Kursi merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran.
Apakah seruan pertama yang dibawakan Rasulullah SAW untuk umat manusia?
Seruan لا إله إلا اللّه
Seruan larangan meminum arak
Seruan Haji
Seruan puasa
Mengapa Rasulullah menyeru umat manusia dengan seruan لا إله إلا اللّه ?
Kerana seruan tersebut ringkas dan padat.
Kerana umat manusia ketika itu sangat jahil.
Kerana ianya merupakan syarat utama menjadi muslim.
Kerana Rasulullah disuruh oleh datuknya.
Apakah makna الحَيّ ?
Maha Kuasa
Maha Penyayang
Maha Hidup
Maha Kekal
Apakah makna القَيُّوم ?
Maha Hidup
Maha Mengetahui
Maha Pencipta
Maha Kekal
Apakah yang dimaksudkan Allah Maha Kekal?
Iaitu kasih sayang Allah tidak akan putus sama sekali.
Iaitu Allah Menguasai, Menjaga dan Mentadbir seluruh alam.
Iaitu hanya Allah yang memberi rezeki.
Iaitu hanya kepada Allah tempat kita kembali.
Kenapa Allah tidak boleh tidur?
Kerana perbuatan tidur memisahkan kita dari "hidup". Sedangkan Allah adalah Maha Hidup.
Kerana tidur hanya untuk orang yang keletihan.
Kerana tidur menyebabkan hilang kesedaran.
Kerana tidur menyebabkan kemalasan.
"Lampu berupaya untuk menyala disebabkan adanya suis. Tanpa suis, lampu tak dapat dihidupkan."
Berikan perumpamaan lain yang berkaitan dengan (manusia) dan (Tuhan) seperti perumpamaan di atas.
Lukiskan gambaran tentang kekuasaan Allah melalui alam yang telah Dia Cipta.

