WorksheetsProgram Kesedaran Halal 2022
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Berapakah jumlah skim pensijilan yang dinyatakan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020?
7
8
9
10
Desatera Sdn Bhd (DSB) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan katering. Berdasarkan skim pensijilan yang disediakan di Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), syarikat ini dikategorikan dalam skim pensijilan?
Premis makanan
Produk makanan dan minuman
Farmaseutikal
Perkhidmatan logistik
Sebagai pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), apakah dokumen dan rekod penting berkaitan yang perlu disediakan semasa proses pengauditan dijalankan?
Delivery Order (DO) & Invois Pembekal
Daily Menu Forecast (DMF)
Good Return Advise (GRA)
Material Safety Data Sheets (MSDS)
Bahan mentah atau produk yang dihasilkan telah dicemari dan memudaratkan pengguna seperti dicemari najis tikus. Apakah kategori ketidakakuran pernyataan tersebut?
Kecil
Sederhana
Besar
Serius
Syarikat pemegang Pensijilan Halal boleh menghasilkan produk yang berkaitan dengan unsur keagamaan seperti minyak sembahyang.
Betul
Salah
Pengendali makanan dan kawasan proses yang bersih boleh menghasilkan makanan yang bersih.
Betul
Salah
Penyimpanan bahan mentah dan bahan pencuci yang diletakkan bersama TIDAK menyebabkan pencemaran silang berlaku.
Betul
Salah
Peralatan dan perkakasan yang dihasilkan daripada sumber haiwan perlu dikenalpasti status halal sebelum pembelian dilakukan.
Betul
Salah
Bahan pembungkusan hendaklah dipastikan halal, tidak mencemarkan produk dan selamat untuk kegunaan manusia.
Betul
Salah
Sekiranya pekerja membawa masuk makanan dan minuman tidak halal ke premis yang dipersijilkan halal merupakan ketidakakuran serius.
Betul
Salah
Pilih kategori haiwan najis Mughallazah yang betul.
Anjing, babi, serigala
Anjing, anjing laut, babi hutan
Anjing, babi dan sesuatu yang terbit daripada keduanya
Apakah maksud air muthlak?
Air suci lagi menyucikan dan TELAH dicemari oleh sesuatu yang najis sehingga mengubah bau, rasa dan warna air tersebut.
Air suci lagi menyucikan dan TIDAK dicemari oleh sesuatu yang najis sehingga mengubah bau, rasa dan warna air tersebut.
Air yang bersih mengandungi perasa warna, bau, dan boleh dirasai.
Berikut merupakan jenis spesifikasi tanah untuk kegunaan sertu KECUALI .......
Tidak mengandungi unsur najis.
Tanah yang telah digunakan untuk tayammum.
Bebas daripada sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya.
Apakah jenis spesifikasi air untuk kegunaan sertu?
Air yang telah tercemar dengan sebarang unsur najis.
Air bersih/suci (seperti air kopi, sirap).
Air bersih/suci dan bukan air musta’mal (air yang telah digunakan)
Bagaimanakah kaedah sempurna pembersihan sertu yang benar sekiranya anda terpijak najis Mughallazah?
Jiruskan enam kali air tanah, kemudian satu kali air muthlak dan sekali basuhan 'sanitazer'.
Menghilangkan A'in Najasat, kemudian enam kali air muthlak termasuk 'sanitazer' dan satu kali air tanah.
Menghilangkan A'in Najasat, kemudian satu kali air tanah dan kemudian dibasuh dengan enam kali air muthlak.
